Saturday, July 24, 2010

Ke Slim River (Bah. 1)

Hari Pertama (24/7/10)

Hari ini aku dan kwn aku balik ke kampungnya kg. Kurnia kt Slim River.
Daripada stesen bas Tg, Malim naik bas Starcoach ke stesen Slim River. Tambang RM 2 jek..
Sampai kt stesen bas Slim River kene berjalan ke rumah kwn aku.
Tak jauh tp terase penatnye.
hahahahahha

Mule-mule segan r nak gi uma kwn aq nie. Sbb takut susahkan mak ayah family die.
Ngee...tp kwn kata xpe la...mak ayah die sporting menerima tetamu.
Ok la....aq terime.

Sampai-sampai segan aq...hahahahaha(ceit!)
Ada 2 baby comel sgt. Suke ketawa!
Pe lg layan karenah mereka...

Wednesday, July 21, 2010

Kesabaran


Apa nak dikatakan. Dah org wt macam nie, masih terima je la.
Malas nak layan kerenah org yang xreti-reti nak faham.
Kesabaran aq ada hadnya nie. Jgn sampai 'temperiture' naik gunung berapi meletus sudaaa.

Bila kita wat salah kang tahu plk nak marah, mengamuk, buat muka. Tapi bila 'dia' wat salah
xpun sekali aq nak tegur ke, buat-buat muke ke @ nak marah-marah.
Xfaham la...
Biarlah 'dia' ngan dunia 'dia' tu.

Geram!Geram!Geram!Geram!Geram!!!!!!!!!!!!!!!!sgt-sgt......
Kpd si 'dia' Tolonglah!Berubah.
Aq dah naik malas dah nk ckp lg.
Sendiri Mau Ingat yek!...
Aiyooooo...susahnye bile berhubungan dan nak jaga perasaan org nie!
FED UP!!!!!!!!!

Monday, July 19, 2010

MaSaKaN MinGGu iNi....(r0Ti TeL0r bAkAr)

Salam semua..

Kawan-kawan suke makan roti telur x?
Ok la saya nak berkongsi masakan yang sangat sedap kalau kite pandang dan resanya macam nak makan jek...hurmmm!jom kite tengok...

Ini die rupe roti telor....
macam mana nak buat??

First, buat 2 lapisan roti, lapisan 1 kite buat lubang bulat…

Second, sapukan dengan majerin atau butter...

Third, pecahkan telur dalam lubang yang dibuat….

Then bakar…rasenyer dalam 25-30 darjah celcius...(perhatikan sampai masak)
Jgn lama sgt plk, nnti ade hangus pulak roti tu kang!

Wahhhhhh! Dah siap! Sedapkan?
Tengok tu.....telor separuh masak mmg sedap kalau dimakan...
Mai la cube resipi nie...

*resipi ini saya dapat dari blog orang lain...just nak berkongsi ngan kawan-kawan...*
Selamat Mencube...

Sunday, July 18, 2010

cARi KetEnaNGaN bY AcHik & NaNa

Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan

Apa yang terjadi
Itu semua lumrah hidup di dunia
Kadang bergembira
Kadang terseksa

Mengapa masih begini
Sukar untuk dilupakan
Jiwa semakin terganggu
Dan terseksa

#Haruskah aku
Bermain dengan perasaan yang terluka
Adakah ku masih cinta
Atau pun hanya merindu

Walau ku tahu
Kita sudah tidak bersatu hati lagi
Mungkin ini akibatnya
Cinta pertama buatku

uLanG #

Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu

Pabila hatiku
Cari ketenangan

Saturday, July 17, 2010

AnTaRa CinTa, PendEriTaaN & DenDam

Antara 3 perkataan yang saya nyatakan di atas manalah satu menjadi pilihan?
Adakah apabila kita memilih salah satunya & keputusan yang dibuat itu akan terlerai & selamat semuanya?
Jika bagi saya pula, ianya ada perkaitan!hurmmmm...betol kew?

Pengalaman saya pernah menonton teater. Kisahnya mengenai 'CINTA' yang amat mendalam bagi saya ketika saya menontonnya.
Cinta dalam kisah teater ini sangat & menunjukkan bahawasanya pasangan Adam & Hawa ini saling mencintai lebih dari segalanya.
Mereka diibaratkan seperti 'isi dan kuku' yang tidak dapat dipasahkan lagi oleh sesiapa pun.
Mereka bercinta seperti pasangan putera puteri, dewa dewi kayangan, romeo & juliet, pari pari dari alam syurga yang sangat gembira dalam melayari alam percintaan mereka.

Namun, akibat daripada dendam seseorang yang mempunyai sekeping hati yang busuk, penuh dengan hasad dengki, dendam yang tidak berhenti membuatkan si penjahat sanggup menghuru-harakan masyarakat yang tidak bersalah dan tempat mereka menjadi kelam-kabut dek kebencian mendalam si penjahat.

Malah, pasangan ini juga tidak terlepas peluang daripada persengketaan & amarah kebencian yang menusuk ke dalam jiwa penjahat menyebabkan pasangan 'CINTA' hidup dalam kesengsaraan hati dan nurani. Dek dendam yang lama sanggup si penjahat membunuh dan menyakiti orang yang tidak bersalah.

Pasangan yang dalam kesusahan & dilema segera mencari penyelesaian dari segala kekusutan ini akhirnya dapat dileraikan. Namun, penyelesaian tersebut telah mengundang bencana & musibah yang tidak pernah disangkakan oleh sesiapa pun di mana jejaka pujaan hati wanita tersebut mati di tangannya akibat kesalahan yang tidak disengajakan menyebabkan si jejaka mati.
Tinggallah si wanita 'cinta' ini tanpa belaian dan pernyataan cinta suci jejakanya itu...

Saya amat tersentuh dengan percintaan yang mendalam bagi pasangan ini walaupun ia hanya dipentas dalam teater. Kesannya kepada penonton dan saya tidak dapat saya lupakan.
Saya juga tertanya-tanya, adakah cinta suci ini wujud di zaman sekarang?
Iya, mugkin ada mungkin tidak.
Kata noktah yang saya lihat cinta suci yang wujud akan dilandai bermacam perkara sama ada suka & duka.
Indah sungguh percintaan sekiranya penderitaan dapat dijauhkan. Begitu juga dengan dendam minta sekali dielakkan.

*Kenangan Indah Bersama Insan Adalah Cinta*
Cinta wujud dalam pelbagai bentuk & aturan cinta itu mestilah tepat mengikut lumrah kehidupan manusia.

Friday, July 16, 2010

CeRitA CinTa WaniTa

Wanita cenderung memendam cita dan cinta di dalam hati untuk diri sendiri. Mereka tak banyak bicara, tetapi hati mereka menyimpan keinginan yang luar biasa. Sekali saja isi hati seorang perempuan terlerai, kisahnya bisa membuat banjir air mata. Malah titisan air mata seorang wanita juga akan meninggalkan kesan mendalam pada diri dan hati seorang jejaka.

Wanita sebenarnya banyak menyembunyikan luahan isi hatinya. Entah mengapa? sememangnya wanita takut untuk melafazkan kata hatinya kepada seorang jejaka...betul ke?
kadangkala wanita sering kali dan lebih suka menyendiri merenung kisah hidup mereka...
Wanita juga sering mengakui diri mereka dalam dilema.

Bantuan apakah yang harus diberi agar keyakinan wanita kembali dan kuat?
Apakah bantuan diberi boleh mengembalikan kekuatan wanita daripada lemah agar mendapat keyakinan dalam cinta?

Wanita memerlukan bimbingan dan nasihat agar kehidupan mereka lebih bermakna.
Wanita mampu menjadikan diri dan kehidupan mereka lebih bermakna sekiranya pelengkap hidup mereka jujur dan amanah bagi mendapat kehidupan yang penuh keikhlasan.

*sekadar berkongsi luahan hati*

Thursday, July 15, 2010

sYg KamU

..syg kamu bagaikan air mengalir di sungai...
...syg kamu ibarat xkan padam bara yg digengam...
...syg kamu akan aku sanggup redah badai lautan...
...syg kamu spt aku jaga bagaikan menatang minyak yang penuh...

...syg kamu xkan berhenti selagi nadiku berdetik menyusuri waktu...
...syg kamu akan ku sempurna segala yang tertinggalan agar tidak akan ada sebarang kekurangan...
...syg kamu selagi nafas ku berhembus dgn ketentuan-Nya...
...syg kamu tidak akan pernah sekali aku jemu dengan tingkah mu...

...syg kamu ibarat aku menadah emas utk mu...
...syg kamu akan aku, selama mana kau menungguku...
...syg kamu kerana kesabaran mu dengan tingkah ku...
...syg kamu selama mana kau telah berhabis segalanya demi ku...

...syg kamu kerana kau sanggup mengubah sikap demi ku...
...syg kamu kerana kau tidak henti2 memberitahu luahan sebenar hati mu...
...syg kamu kerana keikhlasan mu menerima diriku seadanya...
...syg kamu kerana kamu memahami diriku walaupun diriku masih belum sempurna sebagai wanita...

...syg kamu meskipun kau jauh tp hati mu tetap dihati ku...
...syg kamu kerana kau tidak jemu mengingatkan ku akan ;CINTA' tulus mu...
...syg kamu kerana kau menerima & menghormati seadanya keluarga ku...
...syg kamu walaupun kau mengaku diri mu juga belum sempurna sebagai lelaki sifat pekerti...

~syg ku~
....walaupun sebegitu byk aku mengungkap kenyataan ini utk mu, ia masih belum cukup utk aku mengungkap kata penting bahawasanya aku
sgt mencintai mu~

...semoga tuhan memberi petunjuk & hidayah bagi cinta kita agar cinta ini mendapat keredhaan dari-Nya...

...setiap nafas yg ku hembus hanya terukir nama mu...
...walalupun pabila aku lelapkan mata ku ini, wajah mu jua sering ku bygkn...
...sehingga apapun jua, aku tetap mencintaimu walaupun mata ku terpejam rapat kalinya...