Monday, July 4, 2011

P.AM _ K2 _ BAH. D _ GRAF BAR KOMPONEN

*** just untuk perKONGSIan bersama ***

LATIHAN 1

Berdasarkan petikan di bawah, lukiskan sebuah graf bar yang sesuai menunjukkan hasil eksport Malaysia mengikut sektor tertentu bagi tahun 1980 dan 1985.

Sektor pertanian, pembalakan, perlombongan, perkilangan dan sektor lain ialah sektor yang memberikan hasil kepada eksport Malaysia. Sumbangan terbesar pada 1980 datangnya daripada sektor perlombongan iaitu sebanyak RM 9381.3 juta. Kemudian, diikuti sektor pertanian dan perkilangan yang menyumbangkan sebanyak RM 7409.2 juta dan RM 6254. 2 juta. Sementara itu, sebanyak RM 3803.3 juta diperolehi daripada sektor pembalakan manakala sektor lain menyumbangkan sebanyak RM 1324.1 juta.

Pada 1985, sektor perkilangan semakin maju di Malaysia menyebabkan sumbangan sektor ini meningkat kepada 32.1 % daripada jumlah eksport Malaysia yang berjumlah RM 38094 juta. Keadaan ini berlaku disebabkan galakan kerajaan memperluaskan dan memajukan sektor perkilangan agar ekonomi negara tidak terlalu bergantung kepada sektor pertanian dan perlombongan.

Sektor kedua pentingnya pada 1985 ialah perlombongan menyumbangkan RM 10704.4 juta. Sebanyak RM 7352.1 juta diperolehi daripada sektor pertanian dan RM 3695.1 juta daripada sektor pembalakan. Selebihnya diperolehi daripada sektor lain.


(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 1985/86)

LATIHAN 2

Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kecederaan dan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalanraya pada tahun 2000 hingga 2004.

Stratistik kemalangan jalanraya sering menjadi perhatian masyarakat kerana dikatakan bahawa statistik yang dicatatkan di negara kita adalah antara yang tertinggi di dunia walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalanraya. Pada tahun 2000 sebanyak 50054 kes kemalangan telah dilaporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Daripada jumlah kemalangan tersebut 34245 kes dilaporkan hanya mengalami cedera ringan, manakala 9773 kes dilaporkan parah manakala 12.058 peratus dilaporkan meninggal dunia.

Pada tahun 2002 pula jumlah kemalangan yang dilaporkan menurun sebanyak 991 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun tersebut, 5887 telah maut dalam kemalangan jalanraya berbanding 8424 yang cedera parah manakala yang cedera ringan ialah sebanyak 35171 kes yang ringan.

Sebanyak 52741 kes kemalangan jalanraya telah dilaporkan pada tahun 2003. Sebanyak 70.94 peratus telah dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan manakala 11.92 peratus dilaporkan meninggal dunia dan 9040 kes dilaporkan cedera parah.

Pada tahun 2001, seramai 5849 orang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya, 8680 orang pula dilaporkan cedera parah manakala 35944 hanya mengalami cedera ringan.

Jumlah kes-kes kemalangan jalanraya terus meningkat pada tahun 2004 hingga mencecah 54084 kes dan 11.51 peratus daripada jumlah itu ialah kemalangan maut dan 38631 kes hanya mengalami cedera ringan.

Pihak Polis Diraja Malaysia menjalankan operasi dari semasa ke semasa dalam usaha mencegah kemalangan dan mengenakan saman kepada pemandu-pemandu yang melanggar kesalahan lalu lintas terutama pada musim-musim perayaan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Polis Diraja Malaysia 2005)

LATIHAN 3

Berdasarkan maklumat berikut, sediakan graf bar yang sesuai untuk menggambarkan jumlah penumpang yang dikendali oleh Lapangan Terbang Antarabangsa dari tahun 2001 hingga tahun 2004.

Menurut laporan daripada Malaysia Airport Holding Berhad, seramai 24068 penumpang telah dikendali oleh Lapangan Terbang Antarabangsa pada tahun 2001.

Daripada jumlah penumpang tersebut, 14206 adalah dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) manakala 2913 penumpang adalah dari Kota Kinabalu, 2503 adalah dari Pulau Pinang, dari Langkawi seramai 1821 penumpang selebihnya adalah dari Kuching.

Pada tahun 2002, 61 peratus penumpang adalah dari KLIA, manakala 3138 penumpanga adalah dari Kota Kinabalu. 2861 penumpang pula adalah dari Kuching, 2478 pula adalah penumpang dari Pulau Pinang dan dari Langkawi pula adalah seramai 1713 daripada keseluruhan penumpang seramai 26129 penumpang yang dikendali pada tahun itu.

Pada tahun 2004 jumlah penumpang meningkat dengan mendadak kepada 32290 orang iaitu peningkatan sebanyak 19.68 peratus berbanding jumlah penumpang pada tahu 2003. KLIA terus menjadi destinasi yang paling ramai penumpang dari Kota Kinabalu manakala dari Kuching pula meningkat sebanyak 366 penumpang berbanding jumlah dari destinasi yang sama pada tahun 2003. Jumlah dari destinasi Pulau Pinang juga semakin meningkat kepada 2961 manakal dari Langkawi juga meningkat daripada tahun 2003 sebanyak 112 penumpang.

Pada tahun 2003, penumpang yang dikendali berjumlah 26980 orang. Jumlah penumpang dari KLIA adalah kurang sebanyak 3588 berbanding tahun 2004 manakala penumpang dari destinasi Kota Kinabalu pula ialah kurang seramai 598 orang. Penumpang dari Pulau Pinang pula adalah seramai 2315 dan penumpang dari Langkawi ialah seramai 1835 orang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Laporan Malaysia Airport Holding Berhad)

LATIHAN 4


Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar dan juga data setiap jenis kenderaan bermotor di Malaysia bagi tempoh yang dilaporkan.

Bilangan kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia sentiasa bertambah tahun demi tahun. Pertambahan ini jika tidak diseimbangkan dengan perkembangan rangkaian dan sistem jalan raya pasti akan menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh, pada tahun 1996 terdapat sejumlah 7 686 684 unit pelbagai jenis kenderaan, dan bilangannya meningkat sebanyak 863 785 unit pada tahun berikutnya. Bilangan ini terus meningkat kira-kira hampir 600,000 unit pada tahun 1998.

Kenderaan bermotor yang paling banyak didaftarkan sepanjang tempoh tersebut ialah motosikal. Pada tahun 1996, sebanyak 3 951 931 unit motosikal didaftarkan, dan bilangan ini meningkat kepada 4 328 997 unit pada tahun 1997. Bilangan motosikal yang didaftarkan terus meningkat sebanyak 363 186 unit pada tahun berikutnya. Seterusnya, motokar merupakan kenderaan kedua popular di Malaysia selepas motosikal. Pada tahun 1996, sebanyak 2 886 536 unit motokar telah didaftarkan, dan bilangan ini terus bertambah untuk dua tahun berturut-turut, iaitu masing-masing sebanyak 384 768 dan 181 584 unit berbanding berbanding motokar pada tahun sebelumnya.

Selain itu, pendaftaran kereta sewa atau teksi dan bas juga turut bertambah. Walaupun tidak sebanyak bilangan motosikal dan motokar, perkembangan ini menggambarkan kemajuan yang baik dalam bidang pengangkutan awam di Malaysia. Pada tahun 1996, sebanyak 59 456 unit kereta sewa atau teksi dan 38 965 unit bas telah didaftarkan. Bilangan kereta sewa atau teksi terus bertambah menjadi 62 119 unit manakala bilangan bas bertambah menjadi 43 444 unit pada tahun 1997. Seterusnya pada tahun 1998, bilangan kereta sewa atau teksi yang didaftarkan bertambah kepada 64 632 unit. Begitu juga dengan bilangan bas yang didaftarkan bertambah kepada 45 643 unit pada tahun 1998.

Perkembangan pendaftaran kenderaan barang di Malaysia dalam tempoh ini menunjukkan ciri yang agak menarik kerana bilangannya sentiasa melebihi 500 000 unit. Pada tahun 1997, sebanyak 574 622 unit kenderaan barang telah didaftarkan dan bilangan ini melebihi sebanyak 62 457 unit berbanding tahun sebelumnya, tetapi kurang sebanyak 24 527 unit berbanding bilangan pada tahun 1998.

Malahan, pada tahun 1998 juga terdapat sejumlah 286 898 unit kenderaan-kenderaan lain seperti kereta kerajaan, treler, dan kenderaan sekolah memandu yang didaftarkan. Bilangan ini merupakan jumlah terbanyak berbanding tahun-tahun sebelumnya, iaitu 237 631 unit pada tahun 1996 dan 269 983 unit pada tahun 1997.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Statistics Handbook 1999)



P.AM _ K2 _ BAH. D _ GRAF BAR KOMPAUN

*** just untuk perKONGSIan bersama ***

LATIHAN 1

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pekerjaan yang ditawarkan oleh enam kumpulan pekerjaan pada tahun 1985 dan 1995 di Malaysia.

Enam pekerjaan yang terpenting di Malaysia iaitu kumpulan ikhtisas dan teknikal, pentadbiran, pengurusan dan perkeranian, penjualan, pertanian, pengeluaran dan perkhidmatan telah menawarkan sejumlah 3394200 peluang pekerjaan pada tahun 1985 dan jumlah itu meningkat kepada 5093500 peluang pekerjaan pada tahun 1995. Antara keenam-enam sektor pekerjaan itu, sektor pertanian menawarkan jumlah pekerjaan yang paling banyak iaitu berjumlah 1641600 pada tahun 1985 dan bertambah sebanyak 337400 pada tahun 1995. Sektor yang juga menunjukkan kemampuan menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi selepas sektor pertanian iailah kumpulan pekerjaan pengeluaran. Sektor ini menawarkan pekerjaan sebanyak 1566800 pada tahun 1995 bertambah sebanyak 710600 berbanding dengan tahun 1985. Bidang penjualan pula menawarkan sebanyak 283900 pekerjaan pada tahun 1985 dan meningkat kepada 481900 pada tahun 1995. Peratus pertambahan penawaran pekerjaan bagi sektor ini dalam jangka masa yang dinyatakan itu ialah lebih kurang 70%.

Sektor perkhidmatan pula mampu menawarkan sejumlah 447600 peluang pekerjaan pada tahun 1995 berbanding dengan 252300 pekerjaan 10 tahun sebelumnya manakala kumpulan pekerjaan pentadbiran, pengurusan dan perkeranian pula menawarkan sebanyak 203200 peluang pekerjaan pada tahun 1985 dan meningkat sebanyak 136700 pada tahun 1995. Sektor yang paling kurang menawarkan peluang pekerjaan berbanding sektor-sektor lain ialah kumpulan pekerjaan ikhtisas dan teknikal. Sektor ini menawarkan sebanyak 278300 pekerjaan pada tahun 1995 bertambah sebanyak 121300 berbanding pada tahun 1985.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Laporan Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-6).


LATIHAN 2

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di pelbagai sektor di Malaysia.

Pada tahun 2001, semua sektor ekonomi dijangka mengalami pertumbuhan positif dengan sektor perkilangan terus mencatatkan pertumbuhan, iaitu pada kadar 12% berbanding dengan kadar pertumbuhan pada tahun 2000, iaitu sebanyak 17%. Meskipun terdapat kebimbangan bahawa pertumbuhan industri berorientasikan eksport mungkin berkurang berikutan ekonomi Amerika Syarikat yang mengalami kemelesetan dan penjualan komputer peribadi yang berkurangan, pengeluaran industri berorientasikan eksport Malaysia dijangka masih mampu berkembang pada kadar 12.3%. Di samping itu, sebahagian daripada pelaburan baru dan pengembangan kapasiti di sektor elektronik yang dijangka mula beroperasi pada tahun ini akan merangsang pengeluaran industri berorientasikan dalam negeri dengan peningkatan sebanyak 11%.


Sektor pembinaan dijangka berkembang dengan lebih kukuh pada kadar 5.5% berbanding dengan 3.1% pada tahun 2000. Perkembangan sektor ini adalah berdasarkan pelaburan sektor swasta dalam projek penswastaan dan peruntukan belanjawan untuk kemudahan social yang lebih tinggi. Pertumbuhan yang mapan dan pendapatan yang meningkat dijangka terus menggalakkan permintaan dan pertumbuhan aktiviti pembinaan. Sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar adalah besar, bagaimanapun dianggarkan kekal pada kadar 3.4%.


Satu lagi sektor ekonomi yang diramal berkembang dengan perlahan ialah sektor perlombongan yang dijangka mencatat pertumbuhan 1.7%. Pada tahun 2000, sektor ini berkembang pada kadar 0.6% sahaja. Permintaan terhadap gas asli yang meningkat menyebabkan pengeluaran gas asli bertambah kepada 4384 juta kaki padu standard sehari (jkps/h) berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2000, iaitu 3882 jkps/h. Pengeluaran minyak mentah dijangka berkurang berdasarkan sasaran pengeluaran yang ditetapkan. Begitu juga dengan pengeluaran timah.


Sektor pertanian, penternakan, perhutanan, dan perikanan diramalkan berkembang sebanyak 1.8% pada tahun ini berbanding dengan kadar pertumbuhan pada tahun 2000, iaitu 0.5%. Pengeluaran sektor ini dijangka meningkat kepada RM18 493 juta berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2000 yang bernilai RM 18166 juta.


Memandangkan kegiatan ekonomi yang lebih tinggi, nilai ditambah sektor perkhidmatan yang diterajui oleh sektor kecil pengangkutan, penyimpanan, dan perhubungan serta sektor kecil kewangan, insurans, hartanah, dan perkhidmatan perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan mapan sebanyak 5.2% berbanding dengan tahun 2000, iaitu hanya 4.9%.


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2000-2001)


Wednesday, May 11, 2011

:: Jangan Pandang Rendah ::

Ini lah sikap sesetengah manusia yang perasan bagus.
Selalu sangat pandang rendah pada orang-orang yang nampak lemah dari mereka.
Sikap sebegini tidak baik.

Pandangan rendah / lemah ini kebiasaanya pada golongan cacat, OKU, lemah pemikiran, kurang kemampuan dari sudut ekonomi menyebabkan wujudnya jurang antara mereka.

Kenapa perlu ada jurang ?
Perlukah setiap kekurangan itu perlu dibeza-bezakan ? macam ...
cacat - sempurna
OKU - normal
miskin - kaya
bodoh - pandai
dan sebagainya.

Kenapa perlu ada rasa & pandangan sebegini.
Bagi saya, orang yang pandang rendah pada orang lain itulah sangat bodoh sebenarnya.
Kadang-kadang rasa geram itu timbul bila lihat orang yang sempurna fizikal menghina, mentertawa, mengherdik orang yang kurang sempurna fizikalnya.

Masalahnya sekarang, orang yang sempurna fizikal itulah yag kurang sempura dan terencat akal lah sangat-sangat.

Situasi 1:
Pernah saya lihat depan mata saya.
Segolongan budak-budak sekolah ini mengejek-mengejek seorang pakcik. Memang ! memang ! pakcik tuh sengau bila dia bercakap, tapi tak bermakna dia patut diejek dan diperlekehkan. Kesian pakcik tuh. Walaupun dia pandang dan kelihatan senyap sepi bila diperlekehkan, namun saya tahu dalam hati dia mesti sedih. Saya pulak, rasa nak menamp0 jek laju2 budak2 al-bangang tuh.

Situasi 2:
Seorang nenek tua menjual buah durian di hadapan pagar sebuah tempat ini. Sememangnya saya kesian tengok nenek ini sebab kulit dia macam sopak-sopak duduk kat tepi tuh dengan kereta sorongnya yang berisi buah durian comel2 jek.

Daripada jauh saya kesian sangat masa tuh. Rasa nak beli jek durian nenek tuh. Tapi apakan daya saya, masa tuh saya tak mampu nak beli sebab takda duit.

Kesian jugak saya lihat nenek tuh sebab baju dia bertampal-tampal, lusuh. Teringat saya, mana lah pergi anak-anak nenek tuh. Kenapa pada usia sebegini masih lagi melakukan pekerjaan. Sepatutnya dia berehat dah kat rumah bermain-main dengan cucu-cucu dia.
Memang kesian sangat2 !!
Bagi saya, nenek tuh memang seorang yang hebat & gigih.

Disebabkan keadaan nenek tuh yang tak sesempurna kehiduapan orang lain, 2 budak perempuan ini sanggup mentertawakan nenek ini. Nama je golongan terpelajar tapi mentalnya tak menunjukkan terpelajar langsung !! Kurang ajar betul lah. Rasa nak sepak2 je dua ekor tuh.

Selepas 1 jam agaknya nenek tuh duduk sorang2 kat situ tanpa ada seorang pun yang membeli hasil jualannya, nenek tuh pun beredar.

Situasi 3:
Budak terencat akal, sangat naif, lurus bendul di buli, diejek, diketepikan oleh sesetengah masayarakat.
Kenapa ? Sempurnakah masyarakat yang tak terencat akal, tak lurus bendul, tak naif tuh ?
Mereka ingat mereka bagus sangat ?

Bukankah bila adanya perbezaan walau dari sudut apa sekalipun, perlunya kita ini saling tolong-menolong ?
Kenapa yang tak sempurna itu perlu lagi kita tambahkah masalah dengan memandang hina pada mereka.

Mereka tak meminta mereka jadi begini.

Kenapalah semua ini perlu berlaku pada golongan2 sebegini. Perlukah mereka ini dihina. Mereka pun manusia biasa yang ingin kehidupan mereka seperti manusia sesempurna yang ada.

Bagi saya, orang2 yang kurang sempurna itulah sebenarnya hebat. Cuba kita yang sempurna dan normal ini berhadapan dan menjalani kehidupan seperti mereka. Contohnya, orang cacat. Kita yang normal dan sesempurna ini pun belum tentu boleh lakukan macam mereka ini.
Walaupun mereka tak sesempurna dan cacat, ada lagi kehebatan yang mereka miliki. Lagi hebat dari kita yang normal ini.

Allah itu Maha Adil. Walaupun diciptakan hambanya yang kurang sifat fizikal mahupun mental, Allah tetap memberikan mereka anugerah yang kadangkala tidak ada pada manusia yang normal.

Moral of the story: Jangan Kita Pandang Rendah Pada Golongan2 Ini.
Sayangi dan Tolonglah mereka. Akui lah, kita yang normal ini pun memerlukan pertolongan orang lain untuk teruskan kehidupan dan berjaya. Samalah seperti golongan2 ini.

Kita ini sama saja.
Bagi Allah, setiap hambanya itu sama saja di sisinya, tak lebih tak kurang.

So, Jangan Nak Over Acting & berlagak !!


Friday, April 22, 2011

:: Sesi L0ghat Cakap 0rang Melaka ::

Hai guys ....

Mai lah sini, saya nak kongsi sesuatu ni !!

Nak tanya, korang pernah tak cakap @ dengar cakap2 Melaka ni ?

: TAK TAHU ?

!! Kalo gitu ni nak kasi tahu !!

Ramai orang tak tahu & takut bila dengar cakap2 org Melaka ni ..

Sebabnya bahasa yang digunakan tuh macam pekat lagi ka-sau kan?

tapi tuh la ... org kata tak kenal maka tak cinta ...

tak belajar, maka kita tak tahu bahasa dan budaya suatu tempat mahupun negeri ...

Orang Melaka nih, kebiasaan bila mereka cakap kat hujung2 tuh mesti kedengaran 'U' kan ?

Mana taknya macam tuh ... bila yang huruf 'R' tuh ditukarnya jadi 'U'.

Sebagai contoh .. kita dengar sikit sleng orang Melaka cakap !

" Weh, Bakau ... lame nau aku tak jumpe engkau, ape kau buat skang Bakau, memang susah be-be-nau tau nak jumpe engkau nih ... Aku nih memang pantang di-cabau ... Memang kenalah engkau nih nanti ... Bakau !! "

... hahhaahaa ...

Dialog tuh, saya penah dengar sendiri masa kat kampung ... Kalau setakat dengar pakcik2 kat kedai kopi tuh cakap, memang dah perkara biasa ... tapi kadang saya tergelak jugak sebabnya

! KELAKAU NAU !

Sekilas nak bagitahu perkataan lain ...

  • ulau - ular
  • kahau - kasar
  • lahabau- lama tak dengar cerita
  • hawau - hawau kau. tak guna kau tertawa
  • menggigal - lecoh, asalkan dapat saja
  • dak - merujuk kepada orang 'si'
  • gobok/ lemari - almari
  • lopak - pensil case
  • tebongkau - tidur
  • tuang - isi
  • kensal - tuala
  • tiak - panggil
  • kepau - bersepah
  • bongkau - berambus, beredar/ cari barang dlm keadaan tergesa2
  • bebenau (nau) - sangat
  • sahu - tension
- sebenarnya ada banyak lagi ... nanti saya cuba remaind2 balik okay. -

P/S : Nampak kalau berbicara macam nak beperang, nak bergaduh, kena semprot bagai. Tapi itulah tanda kemesraan kalangan yang PURE org Melaka nih ...


Wednesday, April 20, 2011

:: I L0Ve Y0u - Saya CiNta AwaK ::

CINTA tuh indah kan ? Rasa macam melayang-layang kalau kita dilamun cinta. setiap yang bercinta, mesti akan cakap macam nih .......


So guys, i will tell u about L0
VE in my opinion. Can I ? ^_^
Bagi saya, L0VE itu sesuatu yang unik sangat. Kalau kita hayati betul-betul:


  • L0VE -Kita tak boleh pegang, tak boleh sentuh tapi boleh rasakannya.
  • L0VE - Cinta itu indah when kita memilikinya dan terseksa sangat bila kita kehilangannya.
  • L0VE - Bukan sekadar/hanya melalui perkataan dan kata2 bahkan ia adalah sesuatu yang NYATA.
  • L0VE - Tiada pengakhiran dan ia sesuatu yang berterusan jika kita pegang pada erti KESETIAAN.
  • L0VE - Akan sentiasa ada dalam hati dan jiwa kita walaupun kita telah berakhir, kehilangan atau ditinggalkan.
  • L0VE - Kita tidak akan perasan akan kehadirannya. Sedar2 " I'm iN L0Ve ".
  • L0VE - Walaupun hati kita ada 1 tapi hati kita mempunyai banyak pintu.
    CINTA yang ikhlas & sejati akan sentiasa terpahat selamanya dalam hati sampai mati.
  • L0VE - Ada 2 kategori ' Cinta Lama' ( pabila kita memutuskan untuk tutup buat kalinya) & ' Cinta Baru ' (pabila kita buka hati memutuskan untuk menerimanya).

Guys, cuba kita buka mata, lihat dan dengar suara hati kita. Memang, kita pernah bercinta & akhirnya putus. Kita rasa sakit sangat, kita menangis, kita meraung sebabnya meratapi CINTA yang pergi tuh, tapi kita tetap tidak lupa & ingat sampai mati ,..

KAN ?


Maka, kita pun mencari dan menerima L0Ve baru yang hadir sekali lagi dalam hidup kita.
Guys, tak salah pun. Y0u Deserve iT . Tapi kita jangan lupa CINTA lama kita yang pernah membuka mata dan hati kita serta membawa kita mengenal ' Apa iTu CinTa ?'.

Bagi saya, semua insan di dunia berhak untuk merasai CINTA, memiliki CINTA tidak mengira rupa, pangkat, harta dan sebagainya ....


sebabnya ...
( ALLAH sudah menjadikan setiap manusia itu hidup berpasang-pasangan. )
Bila seru sudah sampai maka, bertemulah kita, mengenal, bercinta dan bernikah.

Tapi, guys jangan lupa CINTA itu buka hanya kepada manusia sahaja tetapi CINTA kita kepada ALLAH, RASUL, IBU AYAH dan DIRI SENDIRI.


:: L0Ve doesn't have a happy ending .
because it's never gonna end .

:: And love doesnt have an ending .
because love is infinity .

:: Being complete ,
is when u realize what is L0Ve .




Tuesday, April 19, 2011

:: CikgU - CikGi @ GurU ::

Guru merupakan orang yang pekerjaannya " mengajar, pendidik atau pengasuh ".
Peranan guru dalam masyarakat amat penting. Setiap perkara dilakukan tidak kira tempat (formal mahupun tidak formal), guru diperlukan bagi tujuan membimbing dari tersasar sekaligus mengharapkan pembawakan ilmu sesuai dalam kehidupan dan masyarakat.

Peranan guru diperlukan dalam sistem masyarakat demi membawa perubahan dan pemangkin kemajuan dalam hidup anak-anak yang memerlukan ilmu sebagai penguat dan teras kehidupan.

Apakah yang terfikir pada diri kita tentang pendidikan pada hari ini?

Sejauh manakah pembelajaran yang berlaku di seko
lah dari segi kandungan kurikulum dan kaedah pengajaran yang digunakan akan membantu pelajar menerima pendidikan yang sepatutnya?

( Khalifah Umar Al Khattab
telah meminta ibu bapa supaya mendidik anak- anak sesuai dengan zamannya. )

Pada hari ini kita telah dapat melihat suasana pen
didikan yang berbeza di seluruh dunia sesuai dengan perkembangan masing- masing. Dunia teknologi telah menyebabkan proses mendapatkan maklumat semakin mudah dan cepat tetapi persoalannya bagaimana maklumat yang diperolehi akan merupakan satu pendidikan kepada pelajar. Dengan kata lain, perubahan tingkah laku telah berlaku. Jika sebaliknya, kemusnahan dunia akan menjadi kenyataan lebih cepat daripada sepatutnya.

Teknologi akan digunakan untuk menunjukkan kehebatan berbanding membantu mereka yang memerlukan.
Namu
n begitu, kita tidak boleh menidakkan kepentingan teknologi maklumat ini dalam proses pendidikan di sekolah. Adalah amat janggal untuk kita mendengar seorang guru yang menggunakan keseluruhan masa pengajaran menyampaikan isi pengajaran kerana apa yang hendak disampaikan hanya memerlukan satu ketukan 'google search'.


Apa perlunya lagi seorang guru melukis gambar dan rajah untuk dijadikan set induksi jika hanya dengan menaip 'goog
le image' akan terdapat
beribu-ribu gambar dalam pelbagai warna yang tidak mungkin dapat dilukis oleh guru
sepanjang usia perkhidmatan mereka.

Oleh itu, timbang-timbangkanlah apa peranan guru pada hari ini kerana dunia sekarang tidak lagi menganggap guru sebagai seorang yang berada pada kedudukan yang tinggi maka sudah tentu ketidakupayaan untuk memikirkan bagaimana pengajaran harus berlaku di dalam kelas akan menyebabkan kepincangan yang lebih besar kepada dunia perguruan itu sendiri.

Janganlah sampai pada suatu masa di mana istilah 'guru' hilang daripada kamus manusia kerana peranan mereka telah tiada di dunia ini.

Seorang Guru Yang Hebat Mampu Melahirkan Anak Murid Berwibawa, Berdisplin & Berilmu Pengetahuan

= Harapan Bangsa Pemangkin Gemilang =