Saturday, October 2, 2010

haru~biru

blur ~
tens0n ~
penat ~
badan nak tercabut ~
ngantuk ~
kaki badan sakit ~
0tak stuck ~
dan lain-lain ~
(adalah aku)

hari2 latihan ... siang bawa ke malam ... malam bawa ke siang ~
tak terungkap bahawa diri ini sudah longlai macam 'sotong' ~
keje menimbun !! macam mana nak dihabisin ^^^^

aku menarik nafas k0n0nnya mampu melegakan ... tp ternyata 'bohong' ..

skunk aku
MALAZZZZZZZZZZZZZZZ !!!!!!!!!

_Syair Cinta _


Dalam kalbuku aku tetapkan dirimu sbg sahabat yg blh ku ajak berbincang,
Ku berikan tubuhku kpd yg mengkehendakiku,
Ku pandang tubuh ini utk berdampingan ,
Tetapi kasih kalbuku sahajalah yg bersahabat dgn kalbuku,

Aku cinta kpdmu dgn 2 macam cinta,
Cinta & rindu kpdmu kerana engkau layak dicinta,
Adapun cinta & rindu itu,ku sibukkan diriku dgn sentiasa mengingatimu, bukan selainmu
Adapun cinta kerana engkau layak dicintai,

Kau singkapkan hijab hingga aku melihatmu,
Namun tiada pujian dalam hal ini & itu,
Segala puji hanyalah untukmu dalam ini & itu,
Sungguh ganjil,engkau mengaku mencintai Allah,

Tetapi...
Masih sahaja engkau menentangNya..,
Jika engkau memang mencinta Allah,
Lakukan kehendakNya!!!
Kerana mencintai seseorang...
Bererti mengabulkan kehendakNya

* Ini adalah "syair cinta Rabiatul Adawiah". Sekadar renungan kita bersama..
Hanyatilah maknanya yg mendalam. Moga ianya dapat membantu kita memuhasabah diri.

^_^ kenali diri wanita melalui kedudukan mereka sbg anak dlm keluarga *_*

Terdapat beberapa unsur melambangkan wanita: (tanah, air, api, dan angin)
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

*Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
*Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
*Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
*Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

*Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
*Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
*Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
*Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

*Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
*Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
*Penasihat yang baik kepada suami.
*Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
*Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
*Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

*Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
*Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
*Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
*Bijak mewujudkan suasana selesa.
*Hati yang cepat berubah ubah.

(just berkongsi)