Sunday, August 28, 2011

:: RaYa, RaYa,, RaYa KU yg kali ke-23 ::

Assalammualaikum u oal's .. lama betul saya tak buat coretan dari jari sendiri .. hehe .. Almaklumlah .. saya sibuk sepanjang 4 bulan lepas sebab saya sdg berPRAKTIKUM ... s0, tak byk nak spend time utk buat coretan dari hati turun ke jari dlm BLOG ni ..

But away, tak kisah lah PUN nye PUN ~ haha

Di kesempatan bulan yang baik, bulan Syawal ni .. kita pun dah nak habis menjalani amalan berpuasa di bulan Ramadhan and kita dah nak beraya dah .. Sekejap betul rasanya, kita berpuasa. Pejam celik 2x lagi 1 hari kita nak sambut hari raya .

Cerita pasal our preparetion for hari raya, saya and family dah prepare lah sikit2 ..
Kuih raya adalah dlm 9 jenis je ..
0k what ?!!
ADAlah jugak tapi itu semua kuih tunjuklah .. saya ni tahu makan je, buat tak reti pun . MALAS lah tahun nih ...
Baju raya, AlHamDuliLLah adalah dapat sepasang, SYUKUR . Thanks to my sis sbb sponsor kain . Mak pulak sponsor utk tempahan . Tahu2 dah siap je . huhu.

About langsir pulak, rumah dihiasi langsir tahun lepas . Cadang mmg nak beli baru tapi langsir tahun lepas cantik lagi . So, buat apa nak membazir ? betul tak gengs ?

WeLL, I'm with my family hepi c0z raya tahun nih tetap mcm biasa. Sederhana tapi meriah. Sesegembira sbb ini yang diseru dlm agama, " lakukan sesuatu itu dgn bersederhana " . Buat apa nak membazir, " membazir itu amalan syaitan " . Jadi, cermatlah kita dlm berbelanja di bulan Syawal ni .

***********************************************************************
Hari Selasa ni kita dah nak raya ! Yeay ! raya lagi ...
Kesempatan kali harus dilakukan. Macam biasa, me and family nak ucapkan SelamaT HarI Raya AidilFitri, MaaF ZahiR & BatiN kpd semua umat Islam di seluruh dunia, kpd geng bloggers saya dan yang mengenali diri ini.

Maaf dipinta sekiranya terdapat kesalahan yg dilakukan dgn sengaja atau tanpa saya sedari. Saya ni insan biasa yg tak terlepas dari membuat keKHILAFan .. ' S00RY '

Kepada geng bloggers yg balik akan balik ke kg. jaga diri bebaik. Memandu berhati2 ..
Ingat slogan ni " Pandu Cermat Jiwa Selamat " .. " Ingatlah Org2 yg Tersayang "

< Slogan yg selalu keluar TV >
Berbuih2 mulut org yang bercakap dlm iklan .. s0 kita hargailah keBUIHan dan pesanan org yg dlm iklan TV tuh utk kita2 ni 0k ..

:: SELAMAT HARI RAYA. JANGAN LUPA BAGI DUIT RAYA ^_^ ::

-out-





Monday, August 22, 2011

:: Ketidaksamaan Gender ::


Masalah ketidaksamaan gender telah menjadi isu yang serius sehingga membawa kepada gerakan-gerakan feminisme . Bincangkan faktor-faktor berlakunya ketidaksamaan gender dan kesannya kepada kaum wanita.

Ketidaksamaan gender bermaksud perbezaan di antara kaum lelaki dan perempuan berdasarkan jantina. Ketidaksamaan ini lebih berfokus kepada kaum wanita, di mana kaum wanita dibezakan dengan kaum lelaki terutamanya dalam bidang pendidikan, peluang pekerjaan dan hak-hak dalam keluarga sehingga membawa kepada gerakan-gerakan feminisme. Terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya ketidaksamaan gender sehingga memberi kesan kepada kaum wanita.

Antara faktor-faktor berlakunya ketidaksamaan gender adalah disebabkan oleh adat dan budaya yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Sejak azali lagi kaum wanita sentiasa dipandang rendah. Wanita sentiasa dipinggirkan hak-hak dalam masyarakat. Sebagai contoh amalan Sati yang diamalkan di India di mana setiap balu akan dibakar bersama mayat suaminya. Disebabkan amalan ini, hak-hak wanita telah dinafikan dalam masyarakat India.

Selain itu, sifat semula jadi wanita juga adalah faktor ketidaksamaan gender. Wanita sering dikaitkan dengan sifat fizikal yang lemah dan sopan-santun. Hal ini menyebabkan wanita sering ditindas oleh kaum lelaki. Sebagai contoh, berlakunya kes-kes kahwin paksa di mana seorang bapa yang berkuasa dalam keluarga dan tidak memberi peluang kepada anak perempuan dalam membuat keputusan.

Kesan ketidaksamaan gender boleh dilihat dari segi pendidikan kaum wanita. Ibu bapa memberi layanan yang berbeza terhadap anak lelaki dan anak perempuan. Anak lelaki dihantar ke sekolah manakala anak perempuan berada di rumah menjalankan kerja-kerja rumah. Hal ini menyebabkan wanita kurang mendapat pendidikan berbanding lelaki. Contohnya, wanita mencatatkan kadar buta huruf paling tinggi berbanding lelaki seperti di Bangladesh.

Selain itu, antara kesan lain ialah berlakunya penderaan fizikal dan mental ke atas wanita. Sifat wanita yang lemah menyebabkan lelaki lebih suka wanita berada di bawah penguasaannya. Kaum lelaki sering bertindak sesuka hati dan menjadikan wanita sebagai tempat melepaskan geram. Sebagai contoh wanita sering menjadi mangsa rogol, penderaan seksual dan sebagai tempat melepaskan nafsu semata-mata.

Sebagai kesimpulannya, ketidaksamaan gender perlu dihapuskan bagi memelihara hak-hak antara kaum lelaki dan wanita. Pihak kerajaan dan badan-badan NGO berperanan dalam menghapuskan penindasan ke atas kaum wanita. Kaum wanita perlu mendapat kedudukan yang sama seperti kaum lelaki.


Friday, August 19, 2011

:: Pemanasan Global ::

Pemanasan global merupakan fenomena peningkatan suhu atmosfera permukaan bumi secara global disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semula jadi. Gejala ini mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada dunia.Bincangkan.


Punca: (Aktiviti Manusia)


Pemusnah kawasan hutan.

- penerokaan kawasan hutan bagi tujuan pembangunan, pertanian pindah telah memusnahkan sistem ekologi.
- proses fotosintisis tidak dapat dijalankan, pembebasan karbon dioksida oleh manusia, haiwan dan kenderaan tidak dapat diserap oleh tumbuhan.

- CO2 bertambah di udara dan meningkatkan suhu.


Penggunaan bahan CFC.

- penggunakan CFC secara meluas dalam aktiviti domestik spt peti sejuk, alat pendingin hawa, aerosol.
- gas CFC yang dilepaskan dengan banyak ke udara boleh menipiskan lapisan ozon.
- lapisan ozon yang menipis dan bocor akan menyeba

bkan cahaya ultra ungu menembusi lapisan atmosfera tanpa tapisan.

- menyebabkan peningkatan suhu di bumi.


Pertambahan bilangan kenderaan.

- kenderaan bermotor yang semakin banyak di jalan raya.

- pelepasan hidro karbon ke udara.


- menambahkan lagi gas rumah hijau di uadara terutama di kawasan bandar.

- berlaku fenomena pulau haba.


Kegiatan perindustrian/ perkilangan.

- kemajuan yang pesat dalam bidang perindustrian telah menyebabkan pelepasan gas-gas tanpa tapisan dari kilang-kilang yang beroperasi.

- berpotensi menyebabkan jerebu berlaku.

- gas-gas yang dilepaskan akan terkumpul di ruang udara yang menyebabkan berlakunya

peningkatan suhu di kawasan tersebut.


Proses urbanisasi/ perbandaran.

- kawasan yang luas perlu dibersihkan yang menyebabkan hutan diterokai.

- pembinaan bangunan konkrit dan berkaca akan menyebabkan pantuln cahaya berlaku dalam kawasa berkenaan sahaja tanpa boleh terpantul keluar.

- fenomena kesan rumah hijau.


Punca: (Aktiviti Semulajadi)


Letupan/ letusan gunung berapi.

- menyebabkan pelepasan debu dan gas yang menutup lapisan atmosfera.

- lahar yang dikeluarkan akan meningkatkan suhu di persekitaran.

- contoh: letusan Gunung Berapi Pinatubo di Filipina, Gunung Merapi di Jawa, Indonesia.


Kebakaran hutan.

- disebabkan oleh musim kemarau atau panahan kilat.

- boleh memusnahkan kawasan hutan yang luas.

- menghasilkan asap tebal yang oleh menyeba


bkan peningkatan suhu.


Kesan buruk.


Kesihatan.

- manusia berisiko tinggi mendapat penyakit kulit dan kanser kulit kerana terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan.

- boleh menjejaskan penglihatan/ mata manusia


kerana terdedah kepada sinaran radiasi matahari.


Perubahan cuaca dan iklim.


- kemarau, banjir, rebut taufan, puting beliung, hujan lebar, rebut salji, La Nina, El Nino.

- fenomena ini berlaku secara tiba-tiba/ tidak mengikut musim.

- contoh: banjir besar di Johor dan Negeri Sembilan pada bulan Disember 2006 dan Januari 2007.

- menbawa kerugian harta benda yang besar.


Kenaikan aras air laut.

- suhu yang meningkat akan menyebabkan pencairan bongkah ais di Kutub Utara.

- paras air laut semakin meningkat yang juga menyebabkan fenomena air pasang besar.

- menyebabkan pulau-pulau kecil tenggelam dan kawasan yang rendah mudah dilanda banjir.

- contoh: bandar Bangkok.


Krisis air.

- masalah kemarau berlaku akibat peningkatan suhu bumi.

- kapasiti air kawasan punca air seperti sungai akan berkurangan dan boleh menjadi kering.

- ini menyebabkan masalah kekurangan bekalan air terutama di kawasan bandar.


Menjejaskan bekalan makanan (pertanian dan perikanan).

- cuaca atau suhu yang panas akan mengurangkan kadar kelembapan semula jadi tanah.

- tanah menjadi kurang/ tidak subur.

- mengurangkan penghasilan tanaman makanan/ menjejaskan pertumbuhan tanaman.

- suhu air laut yang meningkat akan menjejaskan pertumbuhan / pembiakan plankton yang merupakan makanan penting bagi pembiakan hidupan akuatik seperti ikan.

- sumber protein utama (ikan) semakin berkurangan.



:: Aeroangkasa ::


Malaysia telah mula menceburkan diri dalam bidang aeroangkasa dengan pelancaran MEASAT 1 pada tahun 1995. Kesungguhan kerajaan ini dapat dibuktikan dengan penghantaran dua orang bakal angkasawan negara untuk menjalani latihan di Rusia. Kemajuan teknologi angkasa lepas membawa banyak kebaikan kepada negara.


Mengembangkan R & D

- kemajuan teknologi aeroangkasa

- Malaysia dapat menyumbang kepada penciptaan baru

- membuat kajian tentang biologi, astronomi dan fizik

- penyelidikan tentang kehidupan baru di alam semester, berkenaan galaksi aktif dan black hole



Mengembangkan teknologi satelit

- bidang telekomunikasi dan bidang penyiaran

- cth: Astro, perkembangan penggunaan telefon bimbit

Ramalan cuaca

- dapat memantau sebarang perubahan atau pergerakan awan, angin, arus / ombak

- Jabatan Meteorologi dapat meramal kejadian bencana alam spt ribut, tsunami, kemarau, gempa bumi.

Melahirkan golongan teknokrat

- melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang aeroangkasa, astronomi, fizik yang akan menjadi pelapis angkasawan pada masa akan datang

- berkeupayaan dalam mereka bentuk kapal angkasa dan satelit oleh pakar tempatan.

Membantu bidang pelayaran

- memberi arah tuju yang jelas terutama semasa cuaca buruk

- penggunaan radar bagi melihat lokasi, kedudukan batu karang, bongkah ais

- agar tidak berlaku perlanggaran / kemalangan terutama pada waktu malam, berkabus.

Mengesan sumber bahan mentah

- melalui teknologi satelit dapat mengesan kedudukan sumber alam semula jadi yang boleh diterokai untuk memajukan ekonomi negara

- cth: lokasi dan liputan minyak dan ikan di lautan, uranium di darat.

Memajukan bidang perubatan

- dapat melaksanakan dan memajukan teleperubatan

- cth: pembedahan jarak jauh

- penghasilan enzim / vaksin yang dijalankan di angkasa lepas yang bebas daripada tarikan graviti.

Keselamatan / pertahanan

- memajukan sistem pertahanan negara

- dapat mengesan kekuatan tentera / senjata dan memintas serangan musuh

- dapat mengesan lokasi kubu pihak musuh, kapal selam, tempat simpanan senjata, membanteras kegiatan lanun.



:: Kepentingan & Usaha wujudkan perpaduan dalam masyarakat majmuk ::



Kelahiran pelbagai masyarakat majmuk di Malaysia telah membentuk satu sikap perkauman antara kaum demi menjaga kepentingan masing-masing. Hal ini sekaligus dilihat mampu menggugat keharmonian dan perpaduan yang terjalin sekian lama antara kaum di Malaysia. Bincangkan kepentingan dan usaha yang dilakukan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.

Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.

Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.

Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.

Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini,

maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.

Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.

Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 54 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.


:: Tanah Runtuh ::

Kejadian tanah runtuh yang berlaku berpunca daripada fenomena semulajadi dan aktiviti manusia seringkali menimbulkan masalah kepada kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan.


Pengenalan:


Kejadian tanah runtuh merupakan masalah yang sering mendapat perhatian umum. Kejadian tanah runtuh ini telah menimbulkan kesedaran akan akibat yang dialami kesan daripada kehidupan manusia.




Punca: (Semulajadi)


Jumlah taburan hujan.

- kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak.

- tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah - tanah menjadi lemah dan mudah runtuh

- Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak


Struktur tanah.

- Kawasan tanah yang senang runtuh (sediment gegai) mempunyai risiko tinggi mengalami tanah runtuh.
- Kadar resapan yang rendah.


Kecuraman dan kepanjangan cerun.

- Cerun yang mempunyai kecuraman lebih daripada 20% berisiko tinggi untuk runtuh.
- Ketinggian cerun akan meningkatkan kadar halaju air yang mengalir dan menggalakkan runtuhan.


Kesan aktiviti manusia


Pembangunan di kawasan tanah tinggi.

- Pembinaan perhotelan, perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang.

-Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan.


Pembalakan tanpa kawalan.

- Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan.

-Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.


Kesan/masalah.

Perubahan geomorfologi.

- Penimbusan tanah yang banyak ke sesuatu kawasan akan mengubah geomorfologi kawasan tersebut.
- Kerja-kerja pembersihan kawasan mengambil masa yang lama.

-Kestabilan cerun runtuh perlu diperbaiki dengan menggunakan teknik penstabilan yang sesuai.


Banjir lumpur.

- Tiada pokok-pokok yang menyerap air menyebabkan aliran air secara langsung di permukaan tanah - banjir kilat.

- Mengancam nyawa dan harta benda.


Kemusnahan hutan tanah tinggi.

- Pemusnahan hutan menyebabkan berlaku perubahan ekologi di kawasan tanah tinggi.

- Memusnahkan kawasan tadahan air. – wujud pencemaran dan mengurangkan kualiti air bersih.


Kesimpulan:
Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengatasi masalah kejadian tanah runtuh ini.


:: Kepentingan & Langkah memelihara hubungan baik antara pelbagai kaum di Malaysia ::

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum. Rakyatnya terdiri daripada Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah serta Sarawak dan lain-lain. Keadaan ini mewujudkan kelainan yang mampu memupuk semangat perpaduan yang harmoni dalam nmewujudkan negara yang seimbang. Bincangkan kepentingan dan langkah yang dilakukan untuk memelihara hubungan baik antara pelbagai kaum di Malaysia.

Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum serta hidup rukun damai sejak kemerdekaannya 54 tahun lalu. Inilah yang menjadi resepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang prihatin, di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian ini.

Di antara kepentingan memelihara perpaduan kaum ialah untuk mewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang perasaan negatif seperti hasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara. Sebagai contoh, setelah melewati setengah abad negara Malaysia mencapai kemerdekaan, telah banyak perubahan positif yang berlaku. Malah negara malaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah negara membangun.

Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan. Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang meningkatkan taraf hidup. Semua pihak dapat berganding bahu memikul tugas masing-masing tanpa sebarang perasaan syak wasangka. Hasilnya, negara kita akan membangun dengan stabil merangkumi segenak aspek kehidupan. Pembangunan pesat negara kita setanding dengan negara-negara maju di dunia.

Menyedari kepentingan perpaduan kaum maka beberapa langkah yang efisien perlu dijalankan bagi mengekalkannya. Antara lain, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan. Konsep sekolah wawasan ini adalah untuk memelihara perpaduan kaum yang dipupuk sejak awal lagi iaitu dalam kalangan kanak-kanak. Institusi pendidikan dengan corak perpaduan kaum ini membantu masyarakat untuk saling mengenali dan menghormati kebudayaan serta adat resam kaum-kaum yang lain. Hal ini secara tuntasnya menjamin kestabilan negara dengan adanya hubungan yang erat di antara kaum.

Selain itu, kemakmuran negara yang wujud dengan resepi perpaduan ini juga adalah hasil daripada matlamat misi dan visi negara. Sebagai contoh, kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi baru dan Wawasan 2020. Cetusan visi para pemimpin ini menyemarakkan lagi usaha mengekalkan perpaduan kaum. Ini jelas dibuktikan dengan konsep keadilan dari segi memperolehi kekayaan. Semua kaum berpeluang menceburi bidang ekonomi mengikut kemahiran dan usaha masing-masing. Kesannya, kestabilan dari segi ekonomi turut memperkembangkan kemajuan negara sehingga menjadi contoh kepada negara jiran iaitu Indonesia.

Kesimpulannya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat bergantung pada hubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Perumpaan; ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ begitu sinonim dengan usaha mengekalkan perpaduan kaum demi kesejahteraan hidup.