Saturday, October 29, 2016

I'm Back After 5 Years

Assalammualaikum Bloggers ...

Setelah sekian lama saya tak melihat dan menulis dalam blog ini, kini saya kembali. Bukan untuk menjadi seperti dahulu, seorang yang gian menulis dalam blognya. Diri saya tidak lagi sama seperti zaman muda remaja, seorang pelajar universiti yang suka mengisi masa lapangnya dengan menulis pelbagai cerita di dalam blog. Zaman itu telah pun berubah setelah tamatnya saya menjadi siswazah universiti. Kini, saya sudah menceburi alam pekerjaan yang semakin mencabar. Kenapa saya katakan mencabar? Jawapannya, bagi yang mengalami alam pekerjaan akan mengetahui sendiri apa yang saya maksudkan mencabar. Saya ingin ceritakan kisah saya, apa yang berlaku dalam 5 tahun selepas 2011.

     Dulu, saya riang gembira bila belajar di universiti. Banyak perkara yang saya alami sendiri tanpa bantuan keluarga kerana mereka berada jauh di kampung halaman. Kami berpisah kerana tuntutan saya yang mendapat rezeki sambung belajar dan saya perlu menamatkan alam pengajian dengan sendiri. Perih, payah, sakit, suka dan sebagainya saya alaminya semasa di sana. Kawan-kawan banyak memberi bantuan dan memberi semangat untuk saya meneruskan kehidupan dan belajar. Alam universiti banyak mengajar saya. Dulu saya rasa kesusahan belajar dan kehidupan semasa pengajian adalah kesusahan yang mencabar yang memerlukan keupayaan fizikal dan mental. Tapi sebenarnya kesusahan tersebut hanyalah sedikit sangat berbanding sekarang. Bila habis pengajian dan menamatkan dengan mendapat penghargaan segulung ijazah, saya adalah manusia yang paling gembira dimuka bumi kerana seksaan pengajian telah tamat. Sesudah itu saya jadi penganggur terhormat di rumah. Jadi saya carilah kerja sampingan sementara mendapat pekerjaan tetap yang layak dengan ijazah saya. Masa tu pun seronok menjadi pekerja swasta di sebuah pasaraya runcit 24 jam. Saya bekerja dengan remaja yang umur mereka muda dari saya. Melihat telatah mereka membuatkan saya ketawa bagai pecah perut. tapi semua itu hanya sementara dan sekarang menjadi kenangan yang akan saya simpan dalam memori kecil saya. Sepanjang tempoh tersebut dengan sabar saya menanti tawaran pekerjaan yang saya dan kawan-kawan nantikan. Penantian tersebut masa itu penuh konflik dan tanda tanya, apakah kami dapat tawaran pekerjaan tersebut. masa itu saya tidak tipu, LILLAHI TAALA, saya takut dan berdebar. Saya takut tidak ada majikan yang akan ambil saya bila mereka melihat kelulusan saya dengan jawatan yang saya mohon.

     Bermula tahun 2013, saya ditawarkan jawatan yang saya nanti walaupun ia hanya kontrak sahaja. Saya gembira kerana saya menganggapnya sebagai permulaan perubahan kehidupan saya sekaligus mengubah nasib keluarga saya juga. Tuhan itu Maha Adil, saya ditawarkan ke jawatan tetap bagi pekerjaan tersebut. Allah ...... Terima Kasih Allah. AKHIRNYAAAA. Kegembiraan memang terpancar di mata semua kawan sepengajian dan saya tidak dapat ucap kata-kata melainkan Terima Kasih Allah. 

     Pekerjaan saya memerlukan kekuatan fizikal, mental, dan emosi. Sekarang saya bergelar seorang guru. Sememangnya cita-cita dari kecil hendak menjadi seorang guru. Masa kecil saya lihat guru kerjanya baik dan mudah hanya mengajar budak-budak yang dari kosong hinggalah menjadi orang berpengetahuan. Saya anggap mudah tapi sebenarnya MASYAALLAH ..... susahnyaaaa ..... Bila kena batang hidung baru tahu cabaran dalam kehidupan tak pernah habis dan kita akan laluinya di mana-mana, bila-bila masa dan siapa-siapa sahaja.

     Tiga tahun bergelar pendidik sehingga hari ini, saya beransur menjadi tabah dan kenal dengan banyak erti sabar. Kadang-kala saya mengeluh, itu memang saya akui sebab saya hanya manusia biasa. Keluhan itu tetap dijalani dengan tanggungjawab yang diberikan. Dunia perkerjaan memang banyak ragam. Ada masa gembira, ada masa tertekan dan ada masa menangis tapi dalam hati. Selama mana nak bekerja, jawapannya selama mana kita ditentukan sampai masa kita perlu bekerja. Even, kita sudah berpencen, selama kita hidup selepas itu kita masih perlu bekerja untuk kesinambungan kehidupan kita bagi hari-hari mendatang.

** continue **