Friday, April 22, 2011

:: Sesi L0ghat Cakap 0rang Melaka ::

Hai guys ....

Mai lah sini, saya nak kongsi sesuatu ni !!

Nak tanya, korang pernah tak cakap @ dengar cakap2 Melaka ni ?

: TAK TAHU ?

!! Kalo gitu ni nak kasi tahu !!

Ramai orang tak tahu & takut bila dengar cakap2 org Melaka ni ..

Sebabnya bahasa yang digunakan tuh macam pekat lagi ka-sau kan?

tapi tuh la ... org kata tak kenal maka tak cinta ...

tak belajar, maka kita tak tahu bahasa dan budaya suatu tempat mahupun negeri ...

Orang Melaka nih, kebiasaan bila mereka cakap kat hujung2 tuh mesti kedengaran 'U' kan ?

Mana taknya macam tuh ... bila yang huruf 'R' tuh ditukarnya jadi 'U'.

Sebagai contoh .. kita dengar sikit sleng orang Melaka cakap !

" Weh, Bakau ... lame nau aku tak jumpe engkau, ape kau buat skang Bakau, memang susah be-be-nau tau nak jumpe engkau nih ... Aku nih memang pantang di-cabau ... Memang kenalah engkau nih nanti ... Bakau !! "

... hahhaahaa ...

Dialog tuh, saya penah dengar sendiri masa kat kampung ... Kalau setakat dengar pakcik2 kat kedai kopi tuh cakap, memang dah perkara biasa ... tapi kadang saya tergelak jugak sebabnya

! KELAKAU NAU !

Sekilas nak bagitahu perkataan lain ...

  • ulau - ular
  • kahau - kasar
  • lahabau- lama tak dengar cerita
  • hawau - hawau kau. tak guna kau tertawa
  • menggigal - lecoh, asalkan dapat saja
  • dak - merujuk kepada orang 'si'
  • gobok/ lemari - almari
  • lopak - pensil case
  • tebongkau - tidur
  • tuang - isi
  • kensal - tuala
  • tiak - panggil
  • kepau - bersepah
  • bongkau - berambus, beredar/ cari barang dlm keadaan tergesa2
  • bebenau (nau) - sangat
  • sahu - tension
- sebenarnya ada banyak lagi ... nanti saya cuba remaind2 balik okay. -

P/S : Nampak kalau berbicara macam nak beperang, nak bergaduh, kena semprot bagai. Tapi itulah tanda kemesraan kalangan yang PURE org Melaka nih ...


Wednesday, April 20, 2011

:: I L0Ve Y0u - Saya CiNta AwaK ::

CINTA tuh indah kan ? Rasa macam melayang-layang kalau kita dilamun cinta. setiap yang bercinta, mesti akan cakap macam nih .......


So guys, i will tell u about L0
VE in my opinion. Can I ? ^_^
Bagi saya, L0VE itu sesuatu yang unik sangat. Kalau kita hayati betul-betul:


  • L0VE -Kita tak boleh pegang, tak boleh sentuh tapi boleh rasakannya.
  • L0VE - Cinta itu indah when kita memilikinya dan terseksa sangat bila kita kehilangannya.
  • L0VE - Bukan sekadar/hanya melalui perkataan dan kata2 bahkan ia adalah sesuatu yang NYATA.
  • L0VE - Tiada pengakhiran dan ia sesuatu yang berterusan jika kita pegang pada erti KESETIAAN.
  • L0VE - Akan sentiasa ada dalam hati dan jiwa kita walaupun kita telah berakhir, kehilangan atau ditinggalkan.
  • L0VE - Kita tidak akan perasan akan kehadirannya. Sedar2 " I'm iN L0Ve ".
  • L0VE - Walaupun hati kita ada 1 tapi hati kita mempunyai banyak pintu.
    CINTA yang ikhlas & sejati akan sentiasa terpahat selamanya dalam hati sampai mati.
  • L0VE - Ada 2 kategori ' Cinta Lama' ( pabila kita memutuskan untuk tutup buat kalinya) & ' Cinta Baru ' (pabila kita buka hati memutuskan untuk menerimanya).

Guys, cuba kita buka mata, lihat dan dengar suara hati kita. Memang, kita pernah bercinta & akhirnya putus. Kita rasa sakit sangat, kita menangis, kita meraung sebabnya meratapi CINTA yang pergi tuh, tapi kita tetap tidak lupa & ingat sampai mati ,..

KAN ?


Maka, kita pun mencari dan menerima L0Ve baru yang hadir sekali lagi dalam hidup kita.
Guys, tak salah pun. Y0u Deserve iT . Tapi kita jangan lupa CINTA lama kita yang pernah membuka mata dan hati kita serta membawa kita mengenal ' Apa iTu CinTa ?'.

Bagi saya, semua insan di dunia berhak untuk merasai CINTA, memiliki CINTA tidak mengira rupa, pangkat, harta dan sebagainya ....


sebabnya ...
( ALLAH sudah menjadikan setiap manusia itu hidup berpasang-pasangan. )
Bila seru sudah sampai maka, bertemulah kita, mengenal, bercinta dan bernikah.

Tapi, guys jangan lupa CINTA itu buka hanya kepada manusia sahaja tetapi CINTA kita kepada ALLAH, RASUL, IBU AYAH dan DIRI SENDIRI.


:: L0Ve doesn't have a happy ending .
because it's never gonna end .

:: And love doesnt have an ending .
because love is infinity .

:: Being complete ,
is when u realize what is L0Ve .




Tuesday, April 19, 2011

:: CikgU - CikGi @ GurU ::

Guru merupakan orang yang pekerjaannya " mengajar, pendidik atau pengasuh ".
Peranan guru dalam masyarakat amat penting. Setiap perkara dilakukan tidak kira tempat (formal mahupun tidak formal), guru diperlukan bagi tujuan membimbing dari tersasar sekaligus mengharapkan pembawakan ilmu sesuai dalam kehidupan dan masyarakat.

Peranan guru diperlukan dalam sistem masyarakat demi membawa perubahan dan pemangkin kemajuan dalam hidup anak-anak yang memerlukan ilmu sebagai penguat dan teras kehidupan.

Apakah yang terfikir pada diri kita tentang pendidikan pada hari ini?

Sejauh manakah pembelajaran yang berlaku di seko
lah dari segi kandungan kurikulum dan kaedah pengajaran yang digunakan akan membantu pelajar menerima pendidikan yang sepatutnya?

( Khalifah Umar Al Khattab
telah meminta ibu bapa supaya mendidik anak- anak sesuai dengan zamannya. )

Pada hari ini kita telah dapat melihat suasana pen
didikan yang berbeza di seluruh dunia sesuai dengan perkembangan masing- masing. Dunia teknologi telah menyebabkan proses mendapatkan maklumat semakin mudah dan cepat tetapi persoalannya bagaimana maklumat yang diperolehi akan merupakan satu pendidikan kepada pelajar. Dengan kata lain, perubahan tingkah laku telah berlaku. Jika sebaliknya, kemusnahan dunia akan menjadi kenyataan lebih cepat daripada sepatutnya.

Teknologi akan digunakan untuk menunjukkan kehebatan berbanding membantu mereka yang memerlukan.
Namu
n begitu, kita tidak boleh menidakkan kepentingan teknologi maklumat ini dalam proses pendidikan di sekolah. Adalah amat janggal untuk kita mendengar seorang guru yang menggunakan keseluruhan masa pengajaran menyampaikan isi pengajaran kerana apa yang hendak disampaikan hanya memerlukan satu ketukan 'google search'.


Apa perlunya lagi seorang guru melukis gambar dan rajah untuk dijadikan set induksi jika hanya dengan menaip 'goog
le image' akan terdapat
beribu-ribu gambar dalam pelbagai warna yang tidak mungkin dapat dilukis oleh guru
sepanjang usia perkhidmatan mereka.

Oleh itu, timbang-timbangkanlah apa peranan guru pada hari ini kerana dunia sekarang tidak lagi menganggap guru sebagai seorang yang berada pada kedudukan yang tinggi maka sudah tentu ketidakupayaan untuk memikirkan bagaimana pengajaran harus berlaku di dalam kelas akan menyebabkan kepincangan yang lebih besar kepada dunia perguruan itu sendiri.

Janganlah sampai pada suatu masa di mana istilah 'guru' hilang daripada kamus manusia kerana peranan mereka telah tiada di dunia ini.

Seorang Guru Yang Hebat Mampu Melahirkan Anak Murid Berwibawa, Berdisplin & Berilmu Pengetahuan

= Harapan Bangsa Pemangkin Gemilang =

Monday, April 18, 2011

:: Istilah Kewanitaan ::

Sangat 'Kuno' lah kita sekiranya kita leka dan tidak mengetahui istilah wanita.
Pelbagai istilah yang dirungkai jika kita ingin mengenali diri kita.
Menjadi wanita sejati sejak kita dilahirkan. Oleh itu kita adalah golongan yang beruntung.

-: Mari mengenal diri kita sebagai WanitA :-

Ada banyak istilah di bidang kewanitaan yang kadang kurang dipahami sendiri oleh kaum wanita. Menurut, buku Every Woman oleh Derek Llewellyn-Jones menjelaskan sejumlah istilah yang perlu diketahui wanita dewasa.

Istilah 'wanita' dari sudut Sains, barangkali ...


Abruption Placentae
- pemisahan atau sebagian besar uri dari rahim oleh pendarahan.

Antenel Period - periode antara konsepsi dan melahirkan, juga disebut Periode Pranatal.

Areola - daerah berpigmen dengan warna coklat yang mengelilingi puting susu.

Embryo (Embrio) - produk konsepsi dari hari pembuahan sel telur (ovum) oleh sperma sampai awal minggu ketujuh. Selama periode yang singkat ini hampir semua struktur yang lain terbentuk.

Fetus (Janin) - produk konsepsi pada akhir minggu ketujuh sampai kelahiran, pada segala periode kehamilan disebut janin.

Hormon - zat yang dilepaskan oleh kelenjar khusus ke dalam aliran darah dan merangsang kelenjar atau jaringan tubuh lain untuk beraktiviti.

Lactation - menyusui. Periode anak diberi makan melalui payudara ibu. Ini bererti pengeluaran atau formasi air susu.

Estrogen - hormon seks wanita yang dihasilkan oleh induk telur dan pada masa kehamilan dihasilkan di dalam uri. Kata ini berasal dari oestrous bermaksud penghasil panas.

Monilia - infeksi jamur pada vagina disebut juga candidosis dan vaginal thrush.

Ovum - sel telur yang telah matang dan siap dikeluarkan dari induk telur.

Pregnancy-induced Hypertension - naiknya tekanan darah yang terjadi dalam kehamilan, sering dihubungkan dengan adanya protein dalam urin, disebut pregnancy-ninduced hypertention atau pre eclampsia (tekanan darah tinggi yang disebabkan kehamilan). Dulu disebut toxamia kehamilan yang merupakan istilah yang tidak lengkap.

Puerperium - periode antara kelahiran dan saat rahim kembali ke ukuran normal, anggaran enam sampai lapan minggu.

Speculum - alat kecil dari logam, dibuat seperti paruh bebek yang dimasukkan oleh doktor ke dalam vagina, sehingga doktor dapat melihat leher rahim.

Zona Pellucida - membran atau selaput luar yang kuat dan tembus pandang mengelilingi sel telur manusia, mirip cangkang yang mengelilingi telur ayam. Zona pelucida hanya hilang ketika telur yang dibuahi mencapai rongga rahim setelah berada tiga hari di dalam saluran telur.



:: Wahai Wanita Tergolong Kaum Hawa ::

Wanita bagaikan intan dan permata yang sentiasa perlu dijaga dengan sempurna.
Wanita anugerah yang tidak terhingga dari Ilahi. Oleh itu, wanita sangat berharga di mata bergelar 'lelaki'. Lelaki sejati mampu membimbing wanita ke jalan diredhai.

Kepada kaum Hawa, sekadar nasihat ingin dikongsikan demi kebaikan warna kita sebagai Kaum Hawa. Oleh itu , tips amalan cerminan kaum Hawa ....

  1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
  7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

:: KeRna dIrImu BeGiTu BerHarGa ::