Sunday, November 21, 2010

Review

Review Of ‘Duka Purnama’.

· Permulaan

1) Menceritakan sebuah perkampungan, keadaan yang aman, bahagia dan sentosa. Mereka menjalankan kegiatan berniaga dan perdagangan.

- Wujud ‘space enviroment’ seperti ada size of movement – size space, extention in space, direction in space.

- Wujud ‘relationship’ seperti relating of objects – relating to people, group work, duo, dan spatial relationship.

- Wujud elemen tarian.

2) Berlaku keadaan huru-hara apabila datang sekumpulan orang jahat memusnahkan segala harta orang kampong dan kehidupan mereka. Berlaku juga pergelutan antara ayah Purnama dengan penjahat lalu membunuh ayah Purnama. Purnama ketika itu masih kecil. Lalu kawan baik ayah Purnama menuntut bela atas kematian sahabatnya dan membunuh penjahat itu. Purnama di ambil sebagai anak angkat dan dibesarkan.

- Wujud ‘action of body’ seperti bend- stretch -, transference of weight – stepping, travel, turn, gesture, jump, stillness, body shape, symmetrical dan asymmetrical use, body parts – isolated – emphasized.

- Wujud qualities of movement dan relationship.

3) Purnama dewasa, keadaan percintaan antara Purnama dan Duka.

- action of body, quality of movement dan relationship

- sedikit elemen tarian.

4) Semasa kegembiraan perkahwinan antara Purnama dan Duka.

- terdapat elemen tarian asli dan campuran arab.


  • Pertengahan

1) Musuh datang menuntut bela dan membuat keadaan menjadi huru hara. Berlaku pergaduhan antara penjahat dengan keluarga angkat Purnama dan Duka.

- Wujud ‘action of body’ seperti bend- stretch -, transference of weight – stepping, travel, turn, gesture, jump, stillness, body shape, symmetrical dan asymmetrical use, body parts – isolated – emphasized.

- Wujud qualities of movement .

2) Duka dan Purnama melarikan diri bertujuan menyelamatkan diri. Namun akhirnya bertemu juga dengan penjahat. Berlaku pergaduhan dan pergelutan Duka dengan penjahat serta Purnama di culik.

- Wujud ‘action of body’ seperti bend- stretch -, transference of weight – stepping, travel, turn, gesture, jump, stillness, body shape, symmetrical dan asymmetrical use, body parts – isolated

- Wujud ‘space enviroment’ seperti ada size of movement – size space, extention in space, direction in space. emphasized.

- Wujud qualities of movement dan relationship.


  • Pengakhiran

1) Duka ditangkap penjahat dan diseksa. Akhirnya Duka bangkit dan berlawan dengan musuh bagi menyelamatkan Purnama. Namun, Duka akhirnya mati di tikam Purnama secara tidak sengaja yang sebenarnya ingin membunuh penjahat.

- Wujud ‘action of body’ seperti bend- stretch -, transference of weight – stepping, travel, turn, gesture, jump, stillness, body shape, symmetrical dan asymmetrical use, body parts – isolated – emphasized.

- Wujud qualities of movement.


Review ‘Week by Week’

  • Minggu 1

Minggu pertama merupakan perjumpaan pertama antara kami para pelajar elektif bersama pensyarah. Kami telah diperkenalkan dan didedahkah serba sedikit sebagai permulaan mengenai ‘Pergerakan Kreatif Teater’. Penerangan ini telah didedahkah oleh salah seorang pensyarah fakulti seni dan muzik di bilik seni tari. Beliau telah menerangkan pembelajaran yang akan diajar semasa di kelas nanti. Beliau juga memberitahu bahawa kursus ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Pembelajaran yang akan dipelajari dalam kelas ini meliputi elemen gerakan kreatif lakonan dan bukan seperti lakonan semata-mata. Beliau juga menerangkan kursus ini akan kelihatan lasak sedikit dan para pelajar juga diminta memakai pakaian yang sesuai semasa sesi pembelajaran. Kelihatan juga kebanyakkan pelajar yang mengambil kursus ini terdiri daripada para pelajar seramai 30 orang.

*Pada hari sabtu minggu pertama itu, kami telah pergi ke MBPJ bersama-sama dengan pelajar minor teater untuk melihat dan menonton teater tari ‘Duka Purnama’. Teater tari ini telah diarahkan oleh pensyarah kursus kami.

  • Minggu 2

Pada minggu ini pula, kami telah bertemu dengan pensyarah kursus . Beliau merupakan pensyarah bagi kursus elektif kami. Kami semua telah dikumpulkan di bilik seni lakon. Kami diminta memperkenalkan diri masing-masing. Kami juga diminta memberi pandangan kaitan terhadap pembelajaran kursus ini dengan program masing-masing atau praktikal sebagai seorang guru kelak.

Dari situ, bermula pembelajaran berkaitan kursus ini. Beliau telah menerangkan pembelajaran yang akan beliau ajar. Sebagai permulaan, kami diajar secara teori dahulu supaya kami lebih kenal akan kursus yang bakal dipelajari. Selepas itu, kami diminta supaya membentuk kumpulan yang terdiri daripada 9 hingga 10 orang dalam 1 kumpulan.

  • Minggu 3

Seperti minggu kedua, pada minggu ketiga juga kami diajar teori berkaitan kursus ini. Kemudian kami juga didedahkah secara praktikal berkaitan pergerakan kreatif teater. Sebelum bermulanya pembelajaran, beliau meminta kami membuat sedikit 'waming up' sebagai permulaan sesi pembelajaran.

Beliau juga telah menunjukkan teknik-teknik yang akan dipelajari. Sebagai perkenalan terhadap pembelajaran, para pelajar ditunjukkan pergerakan yang perlu dibuat seperti ‘action of body’ dan sebaginya. Kami juga diberikan tugasan iaitu kami diminta untuk membuat gerakan kreatif mengikut tema pilihan sendiri dalam kumpulan.

  • Minggu 4

Pada minggu ini, kami telah dijemput untuk menghadiri sesi ujibakat ‘Teater Bangsawan Raden Mas’ di panggung budaya. Oleh yang demikian, sesi pembelajaran kelas kami telah dilakukan di panggung budaya.

Selain itu, kami telah memulakan aktiviti pembelajaran kami seperti biasa. Kami diajar bermacam-macam teknik gerakan kreatif. Seperti biasa sebelum memulakan latihan, kami disuruh melakukan ‘waming up’ seperti membuat gerakan mengikut lagu, tarian dan lain-lain. Kami juga diminta melakukan gerakan kreatif sendiri sebagai intro pengenalan kepada gerakan kreatif yang seterusnya dan juga sebagai pendedahan awal kami terhadap pembelajaran supaya kami lebih memahami apakah itu pergerakan kreatif.

Di samping itu, kami juga diminta untuk memaparkan hasil tugasan yang diberikan pada minggu lepas iaitu kami telah menunjukkan hasil gerakan kreatif kami mengikut kumpulan masing-masing.

  • Minggu 5

Pada minggu ini pula, seperti biasa kami dilatih dan diberikan pendedahan berkaitan pergerakan kreatif teater. Pada minggu ini, kami diajar supaya ‘fokus’ dalam latihan. Fokus ini amat penting supaya para pelajar dapat menghayati watak dan dapat memberikan gerakan yang berkait. Malah, kami juga diajar supaya merasai gerakan mengikut keupayaan diri. Setiap gerakan yang ditunjuk dan diajar berkait dengan teknik ‘Laban’ semasa di dalam kelas.

Pada minggu ini juga, beliau juga telah meminta kami supaya memikir dan menyediakan satu tema gerakan kreatif beserta sinopsis cerita bagi tugasan yang sebenar pula. Oleh yang demikian, kami perlu berfikir dan berbincang untuk persedian tugasan sebenar.

  • Minggu 6

Pada minggu ini, seperti biasa latihan dan pendedahan baru. Selepas itu, kami diminta membentangkan tema dan sinopsis cerita masing-masing. Setelah pembentangan tamat, kami diminta supaya menunjukkan sedikit pengetahuan terhadap karakter cerita dan diluahkan dalam pergerakan kreatif. Sememangnya memang susah bagi kami untuk menghayatinya. Namun dengan tunjuk ajar kami dilatih dan diberikan gerakan baru sesuai dengan watak.

Tugasan diberi iaitu para pelajar perlu berlatih pergerakan kreatif mengikut watak masing-masing dan akan dibentang pada minggu seterusnya.


  • Minggu 7

Keadaan seperti biasa, sebelum pembelajaran para pelajar melakukan ‘waming-up’ dan sedikit kuliah berkenaan teknik ‘Laban’. Kemudian, kami diminta supaya membentang gerakan kreatif mengikut tema dan cerita kumpulan masing-masing. Namun, terdapat masalah berkenaan tema dan cerita terhadap karakter masing-masing dimana ia tidak serasi dengan kami. Oleh yang demikian, kami diminta sekali lagi memikirkan tema dan tajuk cerita lain mengikut kesesuaian.


  • Minggu 8

Pada minggu ini, beliau telah memberitahu tugasan-tugasan yang akan dilakukan bagi kursus elektif pergerakan kreatif teater. Hasil dari pemberitahuan itu, kami perlu melakukan 1 hasil lakonan gerakan kreatif teater, hasil pemerhatian teater ‘Duka Purnama’ atau ‘Semerah Padi’ dan 1 projek akhir bersama pelajar minor teater.

Oleh yang demikian, kami diminta menyiapkan dan menjayakannya. Selepas itu, sesi pembelajaran dan latihan bermula dan ia berlaku seperti biasa seperti minggu-minggu yang lepas.

  • Minggu 9

Minggu ke 9 merupakan minggu selepas raya. Seperti biasa kami berlatih. Selepas itu, kami telah diminta supaya fokus dan tumpukan kepada tugasan final mengikut kumpulan. Kami juga diminta berlatih dan mencari tempat yang sesuai bagi tugasan tersebut beserta penyediaan kelengkapan lain.

Oleh yang demikian, ketika sesi latihan kami perlu memperbaiki setiap gerakan. Kami juga telah banyak kali bertukar tema disebabkan kurang bersesuaian dengan kami. Setiap kali latihan diadakan bersama ahli kumpulan, beliau juga akan turut bersama-sama melihat perubahan dan cuba untuk memperbaiki gerakan mengikut tema kumpulan

  • Minggu 10

Pada minggu ini, kami berlatih bersama ahli. Kami berlatih serta dibantu oleh beliau sebagai pembimbing. Setiap kekurangan yang berlaku, kami diminta supaya diperbaiki. Kami juga ditunjukkan gerakan-gerakan yang bersesuaian mengikut tema dan karakter. Hasil dari sesi latihan kami semua sepakat untuk saling bantu-membantu mencetuskan idea gerakan kreatif.

  • Minggu 11

Sama seperti minggu sebelumnya, kami sesame ahli kerap berlatih sehinggalah mencapai tema dan karakter. Setiap kelemahan tersebut kami memperbaikinya dengan merujuk teknik-teknik yang diajarkan serta teknik ‘Laban’.

Pada minggu tersebut juga, terdapat ahli kumpulan lain telah mempamerkan hasil tugasan mereka. Hasilnya sangat memuaskan.

  • Minggu 12

Pada minggu ini, kami sesame ahli melakukan persiapan bagi tugasan kami. Hal ini disebabkan, pada minggu tersebut kami akan mempamerkan hasil latihan tugasan kumpulam kami. Kumpulan kami telah mempamerkan tugasan kami di foyer fakulti seni dan muzik pada selasa malam. Hasilnya, sangat memuaskan dan kami mendapat pelbagai komen baik dari penonton mahupun pensyarah.

  • Minggu 13

Pada minggu ke 13 pula, kami diminta untuk berlatih bagi projek akhir iaitu ‘Expresi 1’. Bagi kursus kami Pergerakan Kreatif Teater akan melakukan persembahan ‘Performing Street’ dan lakonan kreatif teater masing-masing.

Di samping itu, kami dilatih untuk persediaan persembahan ‘Performing Street’. Kami juga perlu berlatih bagi persembahan kreatif teater kumpulan masing-masing. Beliau telah melakukan sedikit perubahan terhadap tugasan kami ini iaitu beliau telah memendekkan persembahan tugasan kami.

Oleh yang demikian, kami perlu berlatih semula bagi menjayakan projek final ini.

  • Minggu 14

Minggu ini merupakan minggu terakhir kami pelajar elektif Pergerakan Kreatif Teater. Sebelum bermula projek akhir ini, setiap malam kami perlu berlatih untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling di tempat tersebut. Sekali lagi kami dilatih supaya mendapat hasil yang baik bagi projek tersebut.

Tiba hari yang dinantikan, jam 11.30 pagi, kami telah memulakan persembahan ‘Performing Street’ diselang-selikan dengan persembahan lain. Hari pertama pertunjukkan amat memuaskan.

Tiba hari kedua, keadaan yang sama perlu dilakukan kami. Kehadiran para pelajar sekolah sebagai pelawat dan tetamu khas menyaksikan persembahan kami memeriahkan lagi suasana. Hasilnya segala pembelajaran dan latihan yang dilakukan telah dilakukan sebaik mungkin oleh kami. Respon yang diperoleh juga amat memuaskan juga.

*saje nak berkongsi*