Monday, December 6, 2010

'Aku' jatuh Cinta dgn Kawan sendiri .".

Ikuti cerita ini. Korang rasa korang tergolong dalam situasi mana ?
..
^

Remaja 1:
Aku dah kawan dengan dia lebih dari 2 tahun.

Kami kenal masa sama-sama join aktiviti kat universiti & terus jadi kawan baik. Bersama lagi 5 kawan baik yang lain.

Lepas tuh, dah lama bergurau senda bersama, duka tawa bersama, akhirnya tanpa aku sedari, aku dah jatuh cinta pada dia masa tahun pertama lagi.


Kami berkawan ! .. 0f course,, aku layan dia special sikit lebih dari kwn2 baik yang lain, & aku rasa dia pun layan aku special jugak !
Lebih 2 tahun aku pendam .

Akhirnya aku tekad untuk bagitahu dia perasaan aku.

Hasilnya, apa yang aku dapat ?? Dia bagitahu aku yang dia hanya anggap aku kawan baik macam yang lain.


Memang dia layan aku special sikit dari kawan2 baik yang lain tapi masalahnya aku layan dia special !!
Kata orang , kalau org dah 'care' kat dia, apalah salahnya kalau dia 'care' kat kita jugak !...

Susah jugak untuk aku terima alasan dia tuh,
tapi ntahlah ~ aku ni self healing kot ? .... Pastu ok dah.

Sekarang, kami still kawan baik & aku dah xde lagi perasaan pada dia. Kira 0k lah aku bagitahu dia.


At least
aku tahu siapa aku !


Remaja 2:
Hurm ... memang susah kan ? kalau jatuh cinta dengan kawan baik sendiri ?

Siapa yang sangka ?

Rupa2nya ketika dalam berkawan tersimpan pulak satu perasaan sayang yang ikhlas.


Aku pernah bagitahu perasaan aku nih tapi timbul pulak banyak masalah.


S0, kami
decide jadi kawan je.

Walaupun susah tapi kami terpaksa terima sebab itu je jalan yang terbaik !.




Remaja 3:
Aku pulak berada dalam situasi yang berbeza. Kami berkawan baik sangat.

Layanan masing2 memang special antara 1 sama lain...tapi perasaan hanya sebagai kawan.

Sebelah pihak telah terjatuh cinta...sampai masa bila diluahkan, ianya tidak diterima.

Kedua-dua memang mempunyai rasa cinta dan kedua-nya tak terbalas pun.
Itulah senario cinta !
  • kekadang tuh, kita syok kat orang tuh sampai bermimpi tapi dia hanya cakap kawan.
  • Ada pulak, kita hanya anggap kawan tapi sebelah pihak lagi menaruh harapan.
haish !


Remaja 4:
Kenapa mesti ade perasaan cinta yer ?? huhu

kalau dah rapat,dah baik, mesti akan ada yang simpan perasaan.

Ade tak yang bercinta dengan kawan baik sndiri & akhirnya berkahwin ! ada anak ! ada cucu sampai ke cicit micit picit pun lah ! ???

Ataupun sebaliknya ?

Remaja 5:
Aku baru sahaja mengalami perasaan nie. Setelah sekian lama berkawan, hubungan kami jadi sangat rapat sampai terasa sangat dah macam
couple.

Kami selalu teng0k wayang sampai tempah
couple seat nih !...

Tapi, korang nak tahu, minggu lepas dia ada bagitahu yang kiteorang dah melebihi batas yang sepatutnya sebab kami sebenarnya dah sepakat hanya sebagai kawan baik sahaja. Tak lebih & tak kurang.


S0, aku terpaksa lah terima walaupun hati nie berat sebenarnya.


Tapi lama-kelamaan aku dah jadi biasa. Iyelah kan dia dah tak boleh terima aku lebih dari seorang kawan.


Cuma, sejak akhir2 nih perangai die pelik sikit sebabnya aku ada lah cuba nak berbual & mintaklah sikit pendapat tentang pelajaran tapi reaksi dia sangat teruk. Ada ke, dia
just balas cakap & bagi penjelasan tanpa pandang muka aku pun !??

Apsal ?
Dia takut ke ?

Situasi nie, tak fahamlah aku !! haiyahhh ~


Sekarang nie hubungan kami dah tak macam dulu, renggang sikit !
Tapi takpe lah, mungkin aku paham & kami perlu fikir dengan sebaik-baiknya mengenai perkara nih.

Kadang2 aku terfikir, kenapa dia taknak pergi lebih jauh dari sebagai kawan sahaja ?


Adakah dia ?
  1. mungkin dia belum bersedia untuk terima aku & nak kawan je dulu mungkin untuk mengenali hati masing2 ?
  2. sebab dia memang tak boleh terima aku lebih dari kawan ?
  3. ataupun dia inginkan aku buat sesuatu sebagai cara meyakinkan dia bahawa aku nie betul2 sayang pada dia & ingin teruskan kehidupan dengan dia sampai bila2 ?
Korang rasa macam mana ??

*************************************************************************************
Pesanan aku, walau apapun situasi dan cerita korang, ingatlah kata2 nih k ~

' LOve is nOt abOut findinG thE riGht pErsOn

But crEaTinG a riGht rElatiOnsHip ..
It's nOt abOut hOw muCh lOvE yOu hAve in thE bEgInning
But hOw mucH lOve yOu buiLd TiLL thE EnD... '

^_^

Jejaka Anda Seorang Yang Romantik


Memang ramai kat luar sana 'lelaki2' yang romantik nie.

Tapi kebanyakkan mereka juga terpinga-pinga macam mana nak jadi 'lelaki' romantik untuk pasangannya.

So, dalam blog 'Ketik-Ketik Mata Hati Fisya' akan memberi tips & senarai bagaimana rupa jadi 'lelaki' romantik.

_HaHaHa_

Ikut jGn tak ikut.

*
**
***
****
***
**
*
Tipsnya:

1) Memberikan 'sejambak bunga' kepada pasangan. Namun, bagi pasangan yang tak suke bunga, apa kata bagilah hadiah dlm bentuk barangan macam pakaian atau makanan ke ~ *_^ ~

2) Mengajak pasangan makan di tepi laut
'Candle Light Dinner'

3) Sering mengeluarkan kata-kata indah
U So Beautiful,
I Miss U,,
I L0p U,,,

dan akhirnya menyatakan hasrat,,,
^I Want To_Marry U *

4) Lebih mendiamkan diri sebab ingin jaga hati pasangan (sifat mengalah)
'cool MaN !'

5) Jadi seorang lelaki yang memahami pasangan masing-masing.

6) Jujur dengan pasangan.
'n0 play2 w00d 3 0k' (english tak betul nih -hahaa-)

7) Kelihatan 'Smart' apabila berjumpa dengan pasangan.
'tak mau selekeh2'

8) Sentiasa belajar untuk menjadi 'individu' yang romantik yang mampu menambat hati pasangan.

9) Sentiasa 'sayang' walaupun pasangan garang macam 'rimau' !.

10) Redha . (Alhamdulillah)

****
***
**
*

Namun, ada yang berpendapat, persoalan bagaimana 'romantik' itu adalah berbeza mengikut pendapat manusia itu sendiri.

So, Selamat Mencuba.


Cinta @ Kawan ??



Kisah Cinta & Kawan


Pada suatu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam satu kampung…

Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…

Kenapa??

Kerana CINTA itu buta..Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…

Kenapa??

Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!

Didalam telaga CINTA hilang…

Kenapa??

Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..

Kenapa??

Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia… kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia.


*
**
***
^_^
***
**
*
Sebenarnya,
~ Mungkin ... cinta pertama adalah cinta yang lahir dari hati yang tulus ikhlas tanpa ada keraguan.

~ Ego ... ianya akan hilang apabila kita sedang bercinta.

~ Gembira … org yang sedang bercinta mempunyai kegembiraan 1000 kali lebih daripada org yang tidak bercinta @ single.

Cinta tak semuanya indah….
atau bahagia….
Namun perlu kita hayati apa erti cinta !
Baru lah kita tahu jawapannya

**
*

Fakta @ x ?

(*_*)
/ :: \
:
/\


@~~ Cinta itu Buta. ~~@


  • Orang Melayu memang betul-betul pandai membuat bahasa kiasan.
  • Ya !, sebab bila kita sedang bercinta, segala-galanya nampak sempurna.
  • Wujudnya pulak bahasa kiasan seperti ' Masa bercinta, tidur jadi tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang...'
  • Kadang-kadang terasa bagaikan kita berada di awang-awangan tanpa berpijak di bumi yang nyata. Tak perlu saya terangkan sebab saya pasti hampir semua orang pernah merasai perasaan sebegini walaupun sekejap sahaja.


Kawan pulak !


  • Berlainan pula dengan 'Kawan' yang dikatakan amat setia seperti kisah di atas.
  • Kawan pada pendapat saya ialah orang yang akan menjadi tempat meluahkan perasaan atau dengan kata lain menjadi pendengar yang baik.
  • Tetapi ingin saya ingatkan jika kita mahu orang dengar dan faham masalah kita, kita perlulah dengar dan faham terlebih dahulu masalah mereka.
  • Cuba beri respons dan pastikan kita beri respons atau kritikan membina.
  • Jika kita rasa kita perlu beri pujian, beri secara berpada-pada dan jangan pula secara berlebih-lebihan.
  • Kebiasaannya, proses persahabatan akan berlanjutan sehingga bertahun-tahun dan kadang-kadang sehingga ke akhir hayat.
  • Berlainan dengan cinta yang begitu mudah retak dan hilang tanpa kita sendiri sedari.


S0,,,

Jadi, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI...
Walau kita ada couple, KAWAN tetap yang paling setia...
Walau kita ada harta yang banyak, KAWAN tetap yang paling berharga...
Hubungilah KAWAN dan kalau boleh jagalah hati KAWAN sebaiknya...


.: Kerana Islam, Kita Dikatakan Kolot :.

Bismillahhirrahmanirrahim…

As-salamullahi'alaykumwarahmatullahi wabarakatuh.


Moga kalian semua diberkati Allah.
Berhari menulis isi hati untuk mengingatkan diri sendiri dan saudara sesama Islam. Lahirlah idea menulis atas tajuk ini. Mungkin sebab saya salah seorang dari mereka yang berfikiran kolot kerana berfikiran berhati-hati dalam soal yang dianggap remeh seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Andai tersalah pandangan, tegurlah saya yang hina ini wahai insan-insan yang dikasihi Allah diluar sana.

Syukran.


Babak 1.

Berlaku di?

Salah sebuah bilik di asrama lelaki.

Masa?
Pagi, petang atau malam.

“Eh Din, jom belajar dengan Siti dan Nurul? Mereka dah lama tunggu di kafe tu.”
“Tak mahulah Bad. Aku boleh belajar sendirian. Lagipun sejak bila kau belajar dengan diaorang ni?”
“Alah, bosanlah belajar dengan sejantina ni, tak fun la. Kalau dengan lain jantina ni banyak sikit idea.Mencurah-curah ilmu lebih aku dapat..” sengih si Bad.
“Tapi kan diaorang bukan mahram kita? Takkan kau lupa apa kata kau sebelum ni? Belajar dengan mahram lebih baik, redha Allah ada. If terdesak sangat and in case perempuan
je yang dapat kuasai topik tertentu kau akan ajak ramai-ramai dan sekelas untuk belajar sama. Lebih baik. Fitnah pun tak ada.”
“Memanglah tapi tu dulu. Aku rasa, kolot betul pemikiran aku sendiri kan? Okeylah, kau nak simpan kata-kata aku tu simpan jelah, aku pergi dulu.”

Babak 2.

Berlaku di?
Dalam pesanan ringkas.

Masa?
Bila-bila.

“Ina,kita jumpa di taman bunga eh? Please...saya tak pernah dapat jumpa awak berdua je.
Di sekolah pun terserempak dan awak tak pernah pun nak senyum dan selalu je elak.”

“Man, kan saya dah cakap, saya tak nak. Saya tak boleh. Berjumpa sebab apa? Bukan ada perkara penting. Kalau saya bawa Kak Nah, awak tak bagi. Nak bawa Abang Usop pun tak boleh. Mak dan ayah? Lagilah awak tak mahu. Tak bersedia la...apa-apa la. Lagi, jumpa je pun tapi tetap kena bawa mahram bersama. Itu hukum yang patut kita terima dan ditetapkan oleh Islam. Lainlah awak ni suami saya ”

“Alah awak ni, kolot betullah. Bukan saya nak apa-apa kan awak pun sampai kena bawa semua famili awak sekali. Takdelah privacy. Cuba tengok si Rizal dan Imah tu, diaorang selalu jumpa tapi batas jaga jugak. Takde pun sampai bawa sekali semua famli.”

“Soalnya, saya ni bukan bini awak yang boleh dibawa sesuka hati berjumpa tanpa sebab yang

dibolehkan syarak. Awak nak jumpa sebab nak luahkan perasaan awak kan? Saya tak nak.
Imah tu lainlah, dia biasa benda-benda macam tu. Saya tak biasa dan saya tak nak biasakan buat perkara sia-sia ni. Awak nak perempuan macam Imah? Carilah lain. Maaf.”

“Ala..Ina, maaf eh. Hmm..Kalau macam tu saya jumpa awak di sekolah jela. Dapat tengok tanpa jumpa berdua pun jadilah. Nanti if saya dah mampu saya datang terus rumah awak.”


******

Dan..berapa banyak lagi babak dalam kehidupan yang menunjukkan pemikiran-pemikiran mereka yang mahukan kebebasan seperti yang ditunjukkan oleh pihak bukan ISLAM. Pemikiran ISLAM pula sering dikatakan sebagai KOLOT. Siapakah yang paling maju diantara umat Islam yang benar-benar ikut budaya dan cara mereka yang bukan Islam? Orang Islam mana pula yang benar-benar mundur dan ketinggalan hanya kerana ikut setiap apa yang digariskan oleh ISLAM?

Allah dah mengisytiharkan kesempurnaan ISLAM di dalam Kalamullah. Andai ia tidak sempurna, tiadalah perintah Allah yang menyuruh kita, manusia yang lemah dan hina ini patuh dan taat
pada setiap perintahNYA..Patuh dan taat pada agamaNYA.

“Aslam taslim!”
“Islamlah, anda akan selamat!”

Kerana makna Islam sendiri membawa maksud sejahtera. Mereka yang berfikiran bercanggah dari pemikiran yang Islam gariskan, dan tidak meneliti kesempurnaan dan kebaikan yang

terkandung di dalam Islam mungkin akan meletakkan Islam sebagai agama yang leceh, kolot hanya kerana keterbatasan-keterbatasan yang wujud.

Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara yang perlu dititik beratkan. Saya sendiri dulu pernah terfikir, dalam Islam terlalu banyak pantang larang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Walhal setiap peraturan Islam tentukan punya kebaikan dan sebab-sebabyang khas buat manusia yang fitrahnya adalah Islam pada asalnya sebelum lahirnya kita ke dunia dan ditentukan dalam berlainan agama. Bukan?

Jika penganut bukan Islam berfikiran sedemikian, kita sendiri sedia maklum bahawa mereka tidak mendalami agama suci ini sedalamnya. Namun, yang dikisahkan apabila penganut Islam sendiri, mereka yang mengaku keEsaan Allah dan kerasulan kekasihNYA pun mengatakan bahawa Islam ini kolot. Terdapat perkara-perkara yang dianggap kolot jika diturutkan.


“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Al-Baqarah ayat 256


“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama mu."

Al Maidah ayat 3


“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah;”
Al Qashash ayat 16


“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.” Al-Baqarah ayat 132



Kita ni dah terlalu banyak disogokkan dengan budaya dan cara hidup mereka bukan Islam.
Kebebasan yang dipertontonkan. Dunia menjadi dambaan dan dikejar. Bukankah ada suatu waktu dimana makhluk Allah yang dikurniakan akal ini akan dihisab? Bukankah ada suatu saat dimana,harta tidak lagi berguna untuk menyelamatkan diri di sana?


Islam itu penawar. Kerana setiap sesuatu diukur dengan kehalusan dan kesempurnaanNYA
yang tidak ternilai. Sekalipun hal yang remeh sekalipun. Sekecil perkara itu punya banyak hikmah yang menguntungkan diri sendiri. DIA? tidak pernah mengharapkan balasan hambaNYA kerana ia bukan bermakna pada Pencipta.

Terkadang mungkin kita merasakan bahawa kita tidak boleh terlalu jumud dalam soal Islam memandangkan kita di zaman era baru. Zaman kecanggihan. Zaman dimana material makin hebat, dan akhlak manusia semakin tenat. Tapi, asasnya yang dianggap remeh itu mampu menyelamatkan permulaan risiko yang lebih besar.

Teringat kata seorang teman, Islam itu fleksibel. Sesuai mengikut peredaran zaman.
Tapi..manusia telah terlalu mengikut keadaan sehingga Islam itu sendiri akhirnya ditinggalkan
hanya pada namanya dan seterusnya memalingkan hukum Islam terus.


Kita lupa, redha Allah itu pada perkara yang disukai dan dicintaiNYA.
Kita alpa, bahawa Rasulullah dah menetapkan kita tidak akan sesat mahupun tersasar dengan berpandukan Kalamullah dan sunnah baginda.

Tolonglah.
Jangan mudah berkata sesuatu itu KOLOT.
Hanya kerana keterbatasan yang wujud dan merasa susah untuk diikut.
Terkadang..perkara itu nampak kolot,
tapi tersembunyi redha Ilahi sebenarnya.

Apa pun,
Jom hayati agama kita!
Jangan dipersoalkan sebelum mengenal.
Tak kenal maka tak cinta.
Kan?

*kongsian bersama*


Sunday, December 5, 2010

Sebab2 Jin Terpikat Dgn Perempuan.

Iksh ~~~ takutnya !

Banyak pendapat yang menyatakan bahawa 'Jin' suka pada perempuan nih.
Nauzubillah min zalik...
Mintak jauh lah.

Korang kalau nak tahu, kemudaratan yang bakal diterima memang oleh perempuan adalah sangat bahaya, memudaratkan.

Antara sebab2:

Sebab 1 ~
Tidur pada 2 waktu iaitu pada selepas Asar & selepas Maghrib.

Akibatnya:
- tanda2 nak jadi gila, jadi mereng, suke gelak sorang2, suka termenung, jadi pemalas, bersifat kebudak-budakan dan lain-lain.

- akan ada 'lebam2' di peha (warna biru atau hitam) akibat digigit jin.

Sebab 2 ~
- Mandi tidak pakai apa-apa, mandi pada waktu Maghrib & tidak pakai baju basahan.

- Tidak berpakaian ketika berada di dalam bilik sorang2.

Akibatnya:
- jin jatuh cinta & ia dikatakan lebih teruk daripada jin yang disihir.

- jin disihir boleh diubat tapi kalau jin jatuh cinta, susah diubat.

- sukar untuk mendirikan rumah tangga sebab dihalang jin.

Sebab 3 ~
Suka menyembang-nyembang pada waktu Maghrib.

Akibatnya:
- lambat kahwin.

Sebab 4 ~
Disihir.

Akibatnya:
-kerasukan atau histeria.

Sebab 5 ~
Jin jatuh cinta akibat sering menyembang dengan jin.

Akibatnya:
- jin akan halang perempuan berkenaan untuk berkahwin.
- malam2 ditindih oleh jin.
- suka bercakap malam2.
- sering membantah.
- lebam2 di seluruh badan.

*sekadar berkongsi*


Saturday, December 4, 2010

! Mari Belajar Tulisan Jepun !


Konnichiwa,

Konbanwa,

Hait !

*

おめでとうあなたに。
Selamat berkenalan

**

私の名前Noorafisha。
Nama saya Noorafisha.

***

私はシンガポールからだ。
Saya berasal dari Melaka.

****

私は22歳です。
Umur saya 22 tahun.

*****

私はまだ教育と教育マレーシアの学士の大学(UPSI)で勉強しています。
Saya masih lagi belajar di sebuah universiti (UPSI) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia Dengan Pendidikan.

******

歌うように私の趣味。
Hobi saya suka menyanyi.

*******

食事KFCは私のお気に入りです。
Makan KFC adalah kegemaran saya.

********

私は気難しい人は私の気質は異なる場合があります理由も理解しています。時には、時には幸せ、悲しいではなく、狂った。
Saya ini seorang yang sukar orang hendak faham sebab kadang-kala perangai saya boleh berubah-ubah. Kadang sedih, kadang gembira tetapi bukan gila.

**********

夢は、私は、成功すると、調和のとれた生活を持っていると思いますそれ以降の人に幸福な家庭をLoveアイテムに登録しました。
Impian saya ingin mempunyai kehidupan yang harmoni, berjaya, dan keluarga yang bahagia kelak di samping orang yang dicintai.

**********

今、私が最初に勉強したい。
Sekarang ini saya hendak belajar dulu.

************

私が最初に私の家族の生活を変更したいのですが。

Saya hendak ubah kehidupan keluarga saya dahulu.

************

新しい人生に感謝します。
Baru hidup dapat berkat.


^ _ ^
Doozu yurushiku

Arigatou

Cobaan Yang Tak Menjadi


(Persembahan Kreatif teater - Kerana Cinta -)

Pengalaman-pengalaman ~
nak kata kenangan terburuk (tak jugak)
Sebenarnya hepi weyh !

Video kat atas nie masa aku & kawan-kawan buat persembahan untuk 'Expresi 1' Min0r Teater.
Reaksi pertama aku,
^ Gelak^,
_Takut_,
@Seram@ ...
Tak tahan aku tengok diri aku membuat pergerakan kreatif yang aku rasa macam 'vangang' !
Aku gelak sorang-sorang sampai terkuar air mata, air hingus, air liur ...... aduhai ~~~

Betapa buruk & hodohnya diri aku masa tuh ! Iye lah, kalau diingatan aku kire macam 'perfect' jek gerakan aku masa buat persembahan tempuh hari ~
Bila jek aku dapat tahu ade orang upload video nih dalam Utube, aku macam tak percaya dowh! (ayat dolly)

Aku pun 'klik' & tengok ~ Astagfirullah ...
Kelakarnye aku !!!!!!!
(reaksi: tak percaya mati-mati itu adalah aku)

Ya Rabbi
Malu ! malu ! malu !!!!!

Tiba-tiba,
aku terfikir amacamlah pandangan penonton masa tuh tengok aku buat bagai 'Mak Lampir' (kata kawan-kawan rumah aku).

Ade,,
Ade,,,
Ade,,,,
Aku teringat 'time' persembahan ni, ada 'lecture oversea' datang tengok jugak. Aku ingat lagi masa persembahan kiteorang.

Jeng (3x)
Lagu dipasang ... aku pun buat lakonan & gerak.
Aku pun layan buat gerak, lecture tuh pandang macam takde perasaan ~ tengok aku buat pergerakan.

***HaisHHHHH****

Punya lah aku buat bersungguh-sunguh, dengan gaya ala 'Mak Lampir'. Keluar semua peluh aku TAW 'time' tu, badan aku macam nak terpelanting sana sini, lecture tuh boleh senyum ~~!!!
Hati aku terus cakap, ' Tak 0k ke weyh ?'
Bila aku paling ke arah lain, aku pikir !! aku buat lawak ke tadi ?? hah ... ambik kau ~
Fikiran aku mula berkata-kata ... 'Kau gagal buat penonton tak0t dengan kau Fisya !'.
'Kau tak layak pegang watak jahat 0k !'

*bengang*

Habis jek ... muka jadi sebal ~ Malu nak mamp0s ! haha *duduk mencangk0k sambil membebel*

*** hey ! bukan aku sorang je taw, kawan-kawan aku dalam video nih pun sama jek ... ***
(ayat nak sedap hati)

Bila persembahan habis, beli makanan terus makan sebab sudah masa untuk aku mencekik ! ~~

Al-kisah (naik lagi ?!!!)


Alahai - Aloh0i ... apa kes nie ?
4 dalam 1 ??
5 dalam 1 ??
HaIsHhhhhh
Apa-apa je lah >>>>>>

Hurm ....
Macam tak best jek bunyinye kan ?
Amacam nih ?
Perlu ke kita mengeluh ?

Korang mesti dah tahu masalah yang dihadapi kini ?
Situasi ini memang tak digemar oleh rakyat .
Tapi nak buat macam mana .....
Haruslah kita hadapinya dengan tenang dan penuh kesabaran.
Kerana kesabaran itu separuh daripada Iman. Cewahhhhhhh !!!

*****
***
**
*

Dah macam trend pulak ... 1 barang naik semua akan ikut naik !
HaH !!! Ini memang aku tak suka .

So, plan aku sekarang ! wujudkan dalam diri sifat 'Jimat cermat'.
Kah ?? gitu ke ??
Lehhhhhhh >>>><<<<<<

Aku betul-betul tak suka situasi macam gini lorh :-(

Tapi !!! (banyak betol tapi aku)
Aku sebagai rakyat yang berjiwa murni lagi tulus, sebenarnya taklah marah sesiapa pun .
Sebab aku tahu bukan salah siapa pun.
^_^
(ayat nak sedapkan hati)


Tapi, kalau takde orang yang salah !! abis tuh ?
Salah minyak ke ??
Aiy00000 .... haru 0tak aku >>><<<<

*
**
***
****
*****

Namun, aku sebagai rakyat yang mengambil berat jugak nih ^_*
Mempunyai harapan yang besar, semoga keadaan kembali stabil seperti sediakala .

***
**
*

Peace no war

Friday, December 3, 2010

Ne-Yo - One In A Million

Jet setter !
Go getter !
Nothing better !

Call me Mr. been there done that
Top model chick to your every day hood rat
Less than all but more than a few
But i've never met one like you

Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone
All the girls i've been with
Thing i've seen it takes much to impress
But sure enough you go it makes your soul stand up from all the rest

Babe
I can be love
But i just don't know (don't know)
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
All the girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but i don't see no one but you

Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

You're not a regular girl
You don't give a damn about your look
Talking about I can't do it for you
But you can do it for yourself
Even though that ain't so
Baby cause my dough don't know how to end
But that independent thing I'm with it
All we do is win baby

I can be in love
But I just don't know (don't know)
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
All the girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Baby
Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

chorus#
Baby you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Timing girl
Only one in the world
Just one of a kind
She mine

(Ooohhhh)
All that I can think about is what this thing could be
A future baby
baby you're one of a kind
That means that you're the only one for me
Only one for me

Baby (girl) you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this


_ Cerita Lawak _


*sebelum anda melakukannya ... tarik nafas lega-lega 0k krn anda akan ketawa sampai menangis*

^_^ 22 PerkarA YanG Akan Buat Rakan Sebilik MeluaT DgN AndA & Jadi GiLeR ^_^

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.


2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”


3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.


4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”


5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.


6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”


7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”


8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.


9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”


10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.


11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.


12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.


13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.


14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.


15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.


16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.


17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.


18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.


19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.


20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

21. letak beg baju dgn bantal die kt luar bilik...kalo die dh sampai,kite tnye die dulu....betol ke ko kene buang kolej..???

22. kalo ade member sidai baju kt luar, xlame pas tu kite angkat dan masukkn balek dalam baldi...bile die tnye asal ko angkat...jwb la, aku ingatkan td hujan, tu yg aku angkat...sory la lambat angkat, baju ko dah pun basah...

SELAMAT MENCUBANYA !!!
hahahahahaaaa

Cerita Fisya 2

Jumaat, 3 Dis 2010

Aku melelapkan diri seperti biasa kerana kepalaku sakit ~ pening !
Sebelum itu aku mengambil 2 biji panadol lalu menelannya.

gluPPPPP .... telanan panadol pertama ~

gluPPPPPP ... telanan panadol kedua ~

Aku mencapai minyak 'Cap Kapak' lalu ku sapu di dahi dan ku urut-urut untuk menghilangkan sakit pening ini.
Kepijauan dahi selepas di urut minyak tersebut membuatkan aku terasa hangat dan lena dan akhirnya aku kalah dengan lenaan mainan tidur.

Aku tidur,,,,,,, lalu zzzZZZZZZZZZ
mimpi pun mula menjelma >>>>>>>>>>>

Seumpama kembali ke zaman sekolah, aku mula bermain mimpi mengenangkan masa kecilku.
Aku bermimpi alam persekolahan rendah di mana aku bermimpikan sahabatku ketika itu yang menghadapi masalah.

Aku teringat @kah mungkin ia adalah ingatan yang lapuk kembali semula mengingatkan 'garisan halus dan tebal yang pernah aku lihat terhinggap di belakang badannya.'

Aku bermimpikan sahabatku ini telah didera sewaktu ia masih kecil.

Masih jelas diingatan sampai ke hari ini, aku pernah melihat garisan-garisan yang menakutkan aku pada waktu itu.
Sungguh dasyat dan sedihnya aku melihat penderitaan sahabatku ini didera oleh salah seorang ahli keluarganya itu. Namun tidaklah boleh aku memberitahu siapakah yang membuat sahabatku begitu kerana aku takut salah menfitna kerana aku pun sudah lupa siapakah yang berbuatnya.

Cerita ini aku tulis ini hanya disebabkan aku bermimpi tentangnya.
Semoga Dia tidak apa-apa sekarang ini.

Aku juga pernah bertanya, ' kenapa boleh jadi sampai begini ? '
Maka cerita yang ku dengar ini memang sedih.
Sahabatku ini sering di dera oleh 'orang berkenaan' pabila 'orang yang sepertalian darah' dengannya keluar bekerja.
Pabila 'orang yang sepertalian darah' berada di rumah 'orang berkenaan' akan melayannya dengan baik, sedikitpun tidak sesekali meninggikan suara dan layanan yang diberikan bagai penuh kasih-sayang.
Namun, setelah kepergian 'orang yang sepertalian darah' keluar bekerja, sahabatku akan diperlakukan seperti anak yang terbiar.
Disuruhnya melakukan bermacam kerja, di pukul, dimarah mahupun di dera.

Cerita ini diceritakan sendiri oleh sahabatku pada waktu itu. Diceritakan bukan sahaja kepadaku seorang malah kepada sahabat-sahabatku yang lain yang ada pada waktu itu.

Memang sedih.

Dia takut untuk memberitahu kepada 'orang yang sepertalian darah' dengannya itu mengenai kejadian yang menimpanya kerana Dia telah diugut oleh'orang berkenaan'.
Pada waktu itu, aku berfikir, kejam sungguh 'orang itu'.

Namun, mata dan tingkahlakunya di sekolah seperti anak-anak biasa yang ingin bermain, bersoronok bersama kawan-kawan.
Tidak pernah terlintas disejenak fikiran kawan-kawannya akan masalah yang dihadapi selepas pulang dari sekolah.

**
***
****
*****

****Aku kembali ke alam nyata*****
Aku membuka mata menamatkan mimpi silam ini.
Aku pandang kanan melihat sahabat sebilik sedang melayan laptopnya menandakan aku sudah pulang ke alam aku yang sekarang.

**
***
****
*****

Aku berfikir sejenak ~~

Bagi aku, 'Dia' sahabatku ini seorang yang kuat. Segala jerih kepayahan hidup dapat ditanggungnya dengan penuh redha.
Yang Tuhan, Lindungilah Dia.

Aku bertanya, di manakah Dia sekarang ?
Bagaimanakah penghidupannya sekarang ?
Kerana sudah lama tidak aku menemuinya selepas tamat zaman persekolahan rendah.
Mungkinkah kehidupannya sudah aman dan selesa sekarang ?
Doaku agar Dia baik-baik sahaja.

**
***
****
*****

Thursday, December 2, 2010

Cerita Hati Fisya 1


Daku masih sayang & cinta 'Dia' ....
Daku hanya berdiam duka durja walaupun bibir ingin menyatakan luahan hati ....

Hati daku bergetar bila berdepan dengannya ...

Ingin merungkap perasaan sebenar tapi daku berfikir, adakah aku perlu menjadi 'perigi yang penuh dengan keikhlasan ini mencari timba yang seolah-olah tidak mahu menjadi penimba air perigi yang penuh dengan keikhlasan hatinya' ???

Daku malu meluahkannya ~

Pabila melihat 'Dia' bersama perempuan lain, aku cemburu ! tapi kawalan 0tak mengatakan 'Kau' tidak layak untuknya.
Daku mendengar isi 0takku berkata tanpa memahami perasaan hati yang sebenar bahawa aku memang ingin bersamanya.
Ya Tuhan, hambamu ini tidak menipu, Tuhan. Inilah perasaan aku sebenar kepadanya.
Daku takut untuk memberitahu hati ini.
Daku takut ' Dia' tidak mengerti & menerima aku nanti.
Daku sedar siapa diriku ini.
Hanya gadis yang maka dikatakan orang 'tak malu'.

Daku mula sebak & menangis malah bercampur kegembiraan yang tak terkira pabila mula melihat wajah & gambarnya.
Menatap 'Dia' seumpama aliran darah yang tiada henti mengalir. Tenang.
Daku ingin bersamanya walau apa jua.

Sekiranya aku tahu 'Dia' tiada di depan mata, keberadaannya tidak ku rasa, aku menjadi tidak tentu hala.
Mata penglihatan mula meraban mencari ke mana ' Dia'.
Hati memberontak menanyakan, menginginkan, ingin melihat walaupun jauh dari mata
kerana ia sudah cukup bagiku. Ia bagaikan sudah terlepas seksa jiwa.

Dunia terasa cerah, hidupku menjadi indah bila bersua dan berkata-kata dengannya.
Kadangkala, suaraku tidak terkata melihat senyuman 'Dia' kepada ku.
'Dia' adalah jejaka itu.

Walaupun,,, memang benar aku ikhlas terhadapnya, namun aku harus memikirkan yang lain.
Belahan jiwa berbelah juga bila bibir mengungkap rindu, maka aku harus memikirkan 'orang' lain.

Daku tidak boleh pentingkan diri.
Namun, hati aku ?
Siapa yang akan pula mengambil berat ?
Aduhai ~~~ sampai bila daku harus menyimpas rahsia hati ini.

Ya Tuhan, aku tidak membuat salah.
Aku hanya mencinta !
Aku hanya merindu !
Aku hanya menyayangi 'Dia', Ya Tuhan.
Aku tidak membuat dosa.
Tapi mengapa, perasaan ini harus ku pendam & aku tanggung sebegitu berat sekali.
Perlukah aku bercerita kepada semua orang.
Aku ingin sekali menyatakan namanya dalam luahan ini.
Namun, hati dan otak terus memberitahu 'JANGAN' sesekali !
Kelak kau akan mendapat kejutan dan malu yang teramat !

Beratnya rahsia ini aku simpan.
Sudah lama berkawan, namun masih lagi aku berselindung bila berhadapan dengan 'Dia'.

Banyak kali aku menulis tentang rahsia cinta aku dalam blog ini.
Semuanya 'Tentang Dia'.
Aku suka semua pasal 'Dia'.
Aku mengambil berat semua tentang 'Dia'.
Aku akan mencari peluang untuk dekat & bersamanya !
Daku lakukan banyak cara untuk menambat hatinya tapi 'Dia' masih begitu ! begitu ! & begitu !

Aku memang ...
-Perigi mencari timba-
-Bertepuk sebelah tangan-
-Muka tak malu-
-Tak sedar diri kan ?-
hah !!! apa lagi >>>>>

Apakah segala macam cara perbuatan tidak sedikit pun menambat hatinya ?.
Tidak pernahkah, sedikit pun terdetik pun perasaan suka 'Dia' kepadaku ini wujud dalam
dirinya ?.
Daku teringin sekali bersua & menanyakan semua ini kepada 'Dia'.
Aku tahu, aku tidak berhak untuk memaksa.

Segala kenangan bersamanya, aku simpan ! aku lihat ! aku tersenyum melihat terlatah, wajahnya, senyumnya, suaranya sepanjang bersamaku.
Kemunculan 'Dia' terhadap diriku tidak penah aku duga sama sekali.
Namun, bila hatiku ini mula tertambat, banyak sekali dugaan yang harus aku jalani.

Pertama, membiarkan 'Dia' menyukai perempuan lain. Aku biarkan.
Kedua, membiarkan 'Dia' bersama perempuan lain. Aku relakan walaupun hati menahan rasa melihat mereka.
Ketiga, aku mendengar sepanjang cerita mereka, kebahagiaan mereka walaupun ia memakan hati kebenarannya.

Ketika 'Dia' mula menyapaku, denyut nadi berhenti kerana teringin sekali mendengar suaranya.
Keadaan terasa meriah, hatiku gembira saja.
Sepanjang hari aku mengenangkan walaupun ia hanya sebentar.

Segalanya akan mungkinkah ?