Thursday, December 2, 2010

Cerita Hati Fisya 1


Daku masih sayang & cinta 'Dia' ....
Daku hanya berdiam duka durja walaupun bibir ingin menyatakan luahan hati ....

Hati daku bergetar bila berdepan dengannya ...

Ingin merungkap perasaan sebenar tapi daku berfikir, adakah aku perlu menjadi 'perigi yang penuh dengan keikhlasan ini mencari timba yang seolah-olah tidak mahu menjadi penimba air perigi yang penuh dengan keikhlasan hatinya' ???

Daku malu meluahkannya ~

Pabila melihat 'Dia' bersama perempuan lain, aku cemburu ! tapi kawalan 0tak mengatakan 'Kau' tidak layak untuknya.
Daku mendengar isi 0takku berkata tanpa memahami perasaan hati yang sebenar bahawa aku memang ingin bersamanya.
Ya Tuhan, hambamu ini tidak menipu, Tuhan. Inilah perasaan aku sebenar kepadanya.
Daku takut untuk memberitahu hati ini.
Daku takut ' Dia' tidak mengerti & menerima aku nanti.
Daku sedar siapa diriku ini.
Hanya gadis yang maka dikatakan orang 'tak malu'.

Daku mula sebak & menangis malah bercampur kegembiraan yang tak terkira pabila mula melihat wajah & gambarnya.
Menatap 'Dia' seumpama aliran darah yang tiada henti mengalir. Tenang.
Daku ingin bersamanya walau apa jua.

Sekiranya aku tahu 'Dia' tiada di depan mata, keberadaannya tidak ku rasa, aku menjadi tidak tentu hala.
Mata penglihatan mula meraban mencari ke mana ' Dia'.
Hati memberontak menanyakan, menginginkan, ingin melihat walaupun jauh dari mata
kerana ia sudah cukup bagiku. Ia bagaikan sudah terlepas seksa jiwa.

Dunia terasa cerah, hidupku menjadi indah bila bersua dan berkata-kata dengannya.
Kadangkala, suaraku tidak terkata melihat senyuman 'Dia' kepada ku.
'Dia' adalah jejaka itu.

Walaupun,,, memang benar aku ikhlas terhadapnya, namun aku harus memikirkan yang lain.
Belahan jiwa berbelah juga bila bibir mengungkap rindu, maka aku harus memikirkan 'orang' lain.

Daku tidak boleh pentingkan diri.
Namun, hati aku ?
Siapa yang akan pula mengambil berat ?
Aduhai ~~~ sampai bila daku harus menyimpas rahsia hati ini.

Ya Tuhan, aku tidak membuat salah.
Aku hanya mencinta !
Aku hanya merindu !
Aku hanya menyayangi 'Dia', Ya Tuhan.
Aku tidak membuat dosa.
Tapi mengapa, perasaan ini harus ku pendam & aku tanggung sebegitu berat sekali.
Perlukah aku bercerita kepada semua orang.
Aku ingin sekali menyatakan namanya dalam luahan ini.
Namun, hati dan otak terus memberitahu 'JANGAN' sesekali !
Kelak kau akan mendapat kejutan dan malu yang teramat !

Beratnya rahsia ini aku simpan.
Sudah lama berkawan, namun masih lagi aku berselindung bila berhadapan dengan 'Dia'.

Banyak kali aku menulis tentang rahsia cinta aku dalam blog ini.
Semuanya 'Tentang Dia'.
Aku suka semua pasal 'Dia'.
Aku mengambil berat semua tentang 'Dia'.
Aku akan mencari peluang untuk dekat & bersamanya !
Daku lakukan banyak cara untuk menambat hatinya tapi 'Dia' masih begitu ! begitu ! & begitu !

Aku memang ...
-Perigi mencari timba-
-Bertepuk sebelah tangan-
-Muka tak malu-
-Tak sedar diri kan ?-
hah !!! apa lagi >>>>>

Apakah segala macam cara perbuatan tidak sedikit pun menambat hatinya ?.
Tidak pernahkah, sedikit pun terdetik pun perasaan suka 'Dia' kepadaku ini wujud dalam
dirinya ?.
Daku teringin sekali bersua & menanyakan semua ini kepada 'Dia'.
Aku tahu, aku tidak berhak untuk memaksa.

Segala kenangan bersamanya, aku simpan ! aku lihat ! aku tersenyum melihat terlatah, wajahnya, senyumnya, suaranya sepanjang bersamaku.
Kemunculan 'Dia' terhadap diriku tidak penah aku duga sama sekali.
Namun, bila hatiku ini mula tertambat, banyak sekali dugaan yang harus aku jalani.

Pertama, membiarkan 'Dia' menyukai perempuan lain. Aku biarkan.
Kedua, membiarkan 'Dia' bersama perempuan lain. Aku relakan walaupun hati menahan rasa melihat mereka.
Ketiga, aku mendengar sepanjang cerita mereka, kebahagiaan mereka walaupun ia memakan hati kebenarannya.

Ketika 'Dia' mula menyapaku, denyut nadi berhenti kerana teringin sekali mendengar suaranya.
Keadaan terasa meriah, hatiku gembira saja.
Sepanjang hari aku mengenangkan walaupun ia hanya sebentar.

Segalanya akan mungkinkah ?

0 comments:

Post a Comment