Friday, December 3, 2010

Cerita Fisya 2

Jumaat, 3 Dis 2010

Aku melelapkan diri seperti biasa kerana kepalaku sakit ~ pening !
Sebelum itu aku mengambil 2 biji panadol lalu menelannya.

gluPPPPP .... telanan panadol pertama ~

gluPPPPPP ... telanan panadol kedua ~

Aku mencapai minyak 'Cap Kapak' lalu ku sapu di dahi dan ku urut-urut untuk menghilangkan sakit pening ini.
Kepijauan dahi selepas di urut minyak tersebut membuatkan aku terasa hangat dan lena dan akhirnya aku kalah dengan lenaan mainan tidur.

Aku tidur,,,,,,, lalu zzzZZZZZZZZZ
mimpi pun mula menjelma >>>>>>>>>>>

Seumpama kembali ke zaman sekolah, aku mula bermain mimpi mengenangkan masa kecilku.
Aku bermimpi alam persekolahan rendah di mana aku bermimpikan sahabatku ketika itu yang menghadapi masalah.

Aku teringat @kah mungkin ia adalah ingatan yang lapuk kembali semula mengingatkan 'garisan halus dan tebal yang pernah aku lihat terhinggap di belakang badannya.'

Aku bermimpikan sahabatku ini telah didera sewaktu ia masih kecil.

Masih jelas diingatan sampai ke hari ini, aku pernah melihat garisan-garisan yang menakutkan aku pada waktu itu.
Sungguh dasyat dan sedihnya aku melihat penderitaan sahabatku ini didera oleh salah seorang ahli keluarganya itu. Namun tidaklah boleh aku memberitahu siapakah yang membuat sahabatku begitu kerana aku takut salah menfitna kerana aku pun sudah lupa siapakah yang berbuatnya.

Cerita ini aku tulis ini hanya disebabkan aku bermimpi tentangnya.
Semoga Dia tidak apa-apa sekarang ini.

Aku juga pernah bertanya, ' kenapa boleh jadi sampai begini ? '
Maka cerita yang ku dengar ini memang sedih.
Sahabatku ini sering di dera oleh 'orang berkenaan' pabila 'orang yang sepertalian darah' dengannya keluar bekerja.
Pabila 'orang yang sepertalian darah' berada di rumah 'orang berkenaan' akan melayannya dengan baik, sedikitpun tidak sesekali meninggikan suara dan layanan yang diberikan bagai penuh kasih-sayang.
Namun, setelah kepergian 'orang yang sepertalian darah' keluar bekerja, sahabatku akan diperlakukan seperti anak yang terbiar.
Disuruhnya melakukan bermacam kerja, di pukul, dimarah mahupun di dera.

Cerita ini diceritakan sendiri oleh sahabatku pada waktu itu. Diceritakan bukan sahaja kepadaku seorang malah kepada sahabat-sahabatku yang lain yang ada pada waktu itu.

Memang sedih.

Dia takut untuk memberitahu kepada 'orang yang sepertalian darah' dengannya itu mengenai kejadian yang menimpanya kerana Dia telah diugut oleh'orang berkenaan'.
Pada waktu itu, aku berfikir, kejam sungguh 'orang itu'.

Namun, mata dan tingkahlakunya di sekolah seperti anak-anak biasa yang ingin bermain, bersoronok bersama kawan-kawan.
Tidak pernah terlintas disejenak fikiran kawan-kawannya akan masalah yang dihadapi selepas pulang dari sekolah.

**
***
****
*****

****Aku kembali ke alam nyata*****
Aku membuka mata menamatkan mimpi silam ini.
Aku pandang kanan melihat sahabat sebilik sedang melayan laptopnya menandakan aku sudah pulang ke alam aku yang sekarang.

**
***
****
*****

Aku berfikir sejenak ~~

Bagi aku, 'Dia' sahabatku ini seorang yang kuat. Segala jerih kepayahan hidup dapat ditanggungnya dengan penuh redha.
Yang Tuhan, Lindungilah Dia.

Aku bertanya, di manakah Dia sekarang ?
Bagaimanakah penghidupannya sekarang ?
Kerana sudah lama tidak aku menemuinya selepas tamat zaman persekolahan rendah.
Mungkinkah kehidupannya sudah aman dan selesa sekarang ?
Doaku agar Dia baik-baik sahaja.

**
***
****
*****

0 comments:

Post a Comment