Thursday, February 25, 2010

~Makanan Mudah Dihadam dan Sukar Dihadam & sebab2 nya~

Pengenalan

Perut merupakan organ berongga, mempunyai kantung berdinding tebal serta berotot, merupakan sebahagian daripada salur alimentari bagi memudahkan proses pencernaan atau mencerna makanan agar mudah dihadam serta diasimilasikan dalam badan manusia. Masalah penghadaman berpunca daripada perbuatan memakan makanan dalam keadaan yang tergesa-gesa dalam keadaan yang tertekan, seseorang yang selalu melewatkan waktu makan, seseorang yang sibuk bekerja dan tidak kerap bersenam. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah seperti sakit perut, rasa pedih ulu hati, rasa tidak selesa, kembung dan masalah pencernaan yang juga boleh mengakibatkan masalah sembelit. Masalah penghadaman ini juga berlaku disebabkan amalan pemakanan yang tidak seimbang seperti pengambilan makanan segera yang terlalu banyak menyebabkan masalah pencernaan.

Makanan mudah dihadam

Terdapat beberapa jenis makanan yang mudah dihadam seperti makanan berkanji (roti), sayur-sayuran mudah dihadam, buah-buahan mudah dihadam (pisang, nanas, betik dan madu asli) dan lain-lain. Terdapat makanan lain iaitu yogurt yang mengandungi probiotik bagi meransang pertumbuhan bakteria baik dalam usus untuk memudahkan proses pencernaan atau penghadaman makanan. Di samping itu, mengehadkan pengambilan makanan tetapi makan secara kerap juga mampu memudahkan proses penghadaman makanan. Terdapat pandangan daripada sesetengah kepercayaan iaitu mengikut Ayurveda, proses penghadaman dapat dipermudahkan dengan cara meminum segelas air suam yang dicampurkan dengan sedikit perahan jus lemon atau campuran madu, mengambil segelas minuman lassi pada tengah hari bagi membantu flora dalam usus berfungsi dengan lebih baik, minum air perahan halia segar yang dicampur dengan jus lemon dan air suam, jangan tinggal sarapan (makanan mudah hadam iaitu bijirin atau buah-buahan), masak makanan dengan rempah seperti campuran halia, jintan putih dan ketumbar dikatakan mampu menyingkirkan toksik serta meningkatkan penyerapan nutrient makanan dan membantu penghadaman, minum teh herba, perbanyakkan minum air suam dan makan makanan yang segar.

Makanan sukar dihadam

Tabiat pemakanan yang kurang sihat akan mengakibatkan berlaku masalah penghadaman. Antara makanan-makanan yang menyebabkan masalah penghadaman ialah kerap makan makanan segera dan kurang sihat seperti makanan dalam tin dan sebagainya, makan makanan yang berlemak seperti ayam, daging, makanan berminyak, makanan bersantan, dan makanan sukar dihadam seperti kacang dal serta kerap minum air yang manis, air bikarbonat serta berkafein seperti minum air daun teh yang mengandungi asid yang tinggi mampu membuatkan makanan protein dalam perut menjadi keras dan sukar dihadam. Terdapat juga beberapa sebab atau punca berlakunya masalah penghadaman makanan di dalam usus seperti makan berulam air dikatakan boleh mengganggu proses pencernaan atau penghadaman. Hal ini disebabkan, air tersebut telah menolak makanan untuk masuk dengan segera ke dalam perut, memakan makanan dengan banyak dalam satu-satu masa boleh menyebabkan perut tidak dapat bertindak dengan cekap serta mengambil masa lebih lama bagi mencernakan makanan tersebut dan kerap minum minuman berais kerana ia boleh menyebabkan kurangnya kecekapan penghadaman.

Oleh yang demikian, tabiat yang kurang sihat ini harus dikurang serta dielakkan bagi menjamin kesihatan.

* just nak k0ngsi ilmu *

1 comments:

Anonymous said...

terima kasih ats info yg diberikn. amat membantu sye. ^______^

Post a Comment