Tuesday, January 25, 2011

0pen Day Kolej Za'Ba UPSI

Seronok! Penat! Suka! Sedih! Marah! Sakit HAti!
dan sewaktu dengannya.
Yang penting..... ENJOY ! yehaaaa

Selama 4 hari bertungkus-lumus sebagai Sekretariat di Hari Terbuka ini. Pengalaman baru aku sebagai pelajar belajar skali bersama-sama pegawai dan sekretariat lain menguruskan sesuatu event. Memang best tp penat sikit la.
Pengorbanan, tidur tak cukup, letih, rasenyer kaki nak tercabut pun ade nih. Haha.

Aku disaksikan pengalaman dan pengetahuan tentang kamera. Wow! best! suker sangat. Gian pulak nak klik-klik gambar lagi menggunakan pelbagai jenis kamera yang sangat best. Pengalaman yang akan tersenarai dalam diari hidup ini sebagai sekretariat PDI.
Mant0p PDI. Korang adalah yang terindah taw.

Diberi kerja sebagai tukang membuat bising setiap pagi, tengahari, petang dan malam.
Nak tahu tak aku jadi ape masa ni?
Aku jadi tukang announment bagi setiap event akan dan sedang berlangsung.

Sedang2 buat announment, ada yang membalas kata-kata tak setuju, inilah, itulah, dan ada yang tak kurang membalas ucapan sama-sama sebab aku cakap terima kasih. Haha.

Whatever memang meriah 0pen Day kali ni. Pelbagai acara, pertangdingan, program, bengkel, pemainan dan banyak lah. Nak dikatakan 0pen Day kali nih ala-ala J0m Heboh.

Skunk ni, rindu pulak ngan 0pen Day. Rindu pada suasana bising dengan gelak-tawa, suara-suara pengunjung.
Tak terlepas rindu 'Heler'. Nga3.

Nak buat bising! Nak buat bising! Hehe *_^

*
**
***
****

(cebisan galeri gambar 0pen Day)

Cabaran ' bahasa isyarat Berita Harian'

selepas selesai Malam Puisi Amal Gapena & RTM

Penonton 'ramainya'

Perasmian Penutup

Tunggu 'turn'

^_^

Peserta Murabbi UPSI. Tahniah kepada Amirul ' sebagai Johan Murabbi'.

Bagus2

Mawi 'Malam Penutup'

Hizbul & Asyraf (Imam Muda) 'Malam Akhir murabbi UPSI

Kopratasa ' Malam Penutup'

*_^


Cabaran 'Bahasa Isyarat Berita Harian'

PDI Crew.

Tuesday, January 18, 2011

T0L0ngLaH cePaT !

Duit gian xde dah nih.
Mkn kene catu. Bajet sehari rm2. (k0rang rasa dapat tak korang buat mcm aku nih).
Hari2 mkn lauk sama.
Nak byr tuh pon tak dpt. Nak beli buku, pen, pensil, eh mcm2 lah! Pun tak dpt nih.
Pape pun tak beli lg. Siannyer aku ...

Tiap kali nak beli, d0k pikir, 'perluke aku beli?'.
Hey lah duit!

Yg tak tahan 1 hal.
Bajet muka sedih, agak terdesak, nak tak nak terpaksa tebalkan muka pinjam duit dari PAMA.
K0rang tahu tak PAMA tu ape?

PAMA tu ... Lu Pikir Lah Sendiri.
Tak kan tak tahu k0t. Ayat nih, tanye budak tadika pun tahu nak jawab!

Serik, aku pekak kan telinga (tp mata tengok2). Boleh lagi kwn2 aku ckp2 benda yg tak sptutnya dijadikan bhn mainan dikala ia adalah sumber terpenting nih.
Byk betul andaian Lah, komen Lah psl bende nih je.

Disebabkan byk sgt crita2 tipu, direka-reka, aku pun bls komen dieorg
'korang nih, benda tu masuk lps raya Cina lah'.
(baru puas hati aku)

Aduh ...
Serik, Kusut, tak sanggup menanggung catuan.
Hanya gara-gara perkara nih, hidup pun jadi tak tentu hara.
Nak study bek2 pun dah jadi terbantut aku dibuatnya.

Sebab ape ? Sebab 'Menunggu'.
UuhhHHH .. payahLah d0k lagu nih sLaLu.

Mental: Jem dah. SeghabUt! seghab0t!

Wednesday, January 5, 2011

' USB '

Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak jumpa wayar USB. Merata Tg. Malim sy cari.

Sy nih guna handset model CSL Blueberry. Hari pertama check in balik kolej, charger dah buat hal. Tak boleh nak charge handset. Aduh! pane betul lah!.

S0, hati makin sarat dengan sedih sebab maybe handset tak boleh nak gune dah. Alasannya bateri dah 'kong', charger dah rosak. jadi, handset nanti tak boleh lah nak mesej2 n call2. Sedih taw.
Keputusan diambil nak beli handset baru. Ingatkan nak beli cikai2 jek buat sementara ptptn tak masuk lagi. Ataupun, off jek handset nih. Bila nak guna baru on kan!. Tapi, pikir2 lagi memang tak boleh macam nih. jadi sy ambil keputusan nak pegi pekan cuba cari USB nih sampai jumpe. Mana lah tahu kot2 ada ke jual. Tanggapan sy USB jek yang rosak bukan kepala charger nya.

Tiba hari Isnin, pegi pekan. cari punya cari jumpa pulak kedai jual USB yang secocok ngan handset sy. Sukanya hati. Alhamdulillah. Harganya RM 10 jek. Mampu lagi nak beli nih. Haha.
Hati pulak rasa tak sabar nak charge handset nih. Kat kedai yang sama beli jugak beg cover handset. Harga RM 15. Bolehlah.

Balik rumah, charge handset. Sejam pertama ok. Lepas tuh mula dah buat hal. Something wrong with this. Tertera kat papar screen handset ' BAD CONTACT OF CHARGER'. Alamak! Ape nih ?
Try2 byk kali pon situasi yg sama. Aduh. Pane lagi hati. USB tak sesuai dgn handset nih.

Lagi ... hari ini ...
Pusing2 lagi cari USB yang sama, pegi 1 kedai jumpe USB yang seakan sama. Try2 tak secocok pulak. Hampeh betul!.
Hati makin2 tak senang. pikir dah takde harapan nak jumpe USB CSL nih. Sedih taw.
Pegi pulak ke pekan, ambil keputusan nak pegi kedai tuh balik mybe tukar ke yg baru.

Akhirnya, jumpe jugak USB SCL nih. Kali nih yang '0ri '. Fiiiiuuhhh .. leganya.
Kena tambah lagi RM 5.

Perasaan: sgt puas hati.
Thanks to 'tokey' kedai handset tuh sebab bagi perkhidmatan terbaek! Haha.


(Ini lah USB tuh) ....



USB lama



USB baru

Monday, January 3, 2011

kEs Cinta duLu-duLu PunyeR

Ok
Dak Fisya nak mula bercerita.


Nie kira kisah dulu-dulu la.

Masa tuh umur aku 16 tahun. Masa Form 4. Si Fisya nih buat pertama kali bersua, tersenyum sipu malu-malu tucing bila berjumpa dengan seorang lelaki nih.
Si Fisya yang amat naif dalam soal hati mula terpikat dengan Si Dia.

Orangnya kira ok lah. Sesedap mata aku memandang. Haha.

*
**
***
****
*****


Masa mula-mula terserempak. Selisih denganya. Dia depan aku,

@#$^%!*&@)(_>><>&%!!
Mata aku terbeliak, tak kelip-kelip tengok dia.
Aduh .. tetibbe senak perut.
Hehehe ... Aku just pandang-pandang jek dulu. Lepas tuh ingatkan dia tak perasan ke. Alamak ! dia nampak lah DER. Dia toleh tengok aku balik. Aku mula gelabah gaban, buat2 korek garu2 hidung.
Ad0i !! Bebal k0 Fisya. Budak yang menjelikkan lah k0.

Dalam fikiran aku, mesti Dia ketawa punyer. Malunyeeee.
Aku terus masuk surau. Solat. Bila kat luar aku nampak Dia lah lagi.
Kawan2 Dia sok sek sok sek crite pasal aku lah tuh. Memang Si Fisya nih malu taw. Seingat aku nak jek ket0k2 kepala dieorang. Maluuuuu.

Kire nak kabe2 malu, aku sarung kasut ala-la macam orang tak cukup zat makanan. Pelahan macam siput sedut. Pas tuh tengok jam. Jalan terus.

Setiba keluar, selisih lagi dengan Dia. Aku pulang 'meremang bulu'. Maluuuunyeeee lagi.

Tiba2 Si Dia bersuara, teg0r aku. Pesanan 'jalan baik2 ye, jatuh bangun sendiri'.
Dia teg0r aku lah. Seronok bagaikan kanak2 rabina. Hehe.Lepas tuh aku jawab lah balik dengan keadaan malu2 gitu 'ok'.

Perasaan: macam nak berlari maraton.

1 hari tuh sampai kat rumah, suke giler ! Mulalah aku nyanyi2.

*
**
***
****
*****

Esok pulak,
Aku harap sangat dapt jumpa Si Dia lagi. Nasib malang pulak tak jumpa lah. Sedih tuh ade lah rasa tapi nak buat macam mane kan.
Eh!! tak2 .. geram pulak rasa, MANA DIA NIH ?


*****

Menjelang

Suasana jadi baik, Si Fisya nih jumpe lagi Si Dia kat padang bola. Rupe2nye Dia suka main bola.
Best ! Seronok menjadi-jadi. Aku berhenti tengok Dia main bola kejap. Lepas rindu. Lepas tuh balik.
Selepas je tahu tiap2 petang Dia akan main bola, hari2 aku turun tengok Dia kat padang tuh. dari pandangan aku tak lah terer p0n. Besa2 lah tapi ok lah dari aku yang 'kaki bangku' nih.
Nak jek aku tegor Dia kalo terserempak lagi. Mulut nih kelu pulak dah nak cakap.

*****
Hati berganda-ganda keriangan jumpe pulak kat kedai.
Aku pegi kedai nak beli roti, Si Dia pulak nak beli gam gajah kalo tak silap lah.
Jumpe lagi, kali nih kiteorang senyum2. Lepas tuh Dia teg0r.

Dia: 'Beli ape ?
'

Aku: 'Beli roti'.

Dia: 'owh'.

Aduh .. malas lah nak citekan setiap minit kejadian berlaku nih. Aku cite terus lah ye langkah seterusnya.

**********

Mulalah langkah Aku & Dia mula ingin kenal2.
Dari malu2, nak jek kaki melangkah keluar rumah jumpe Dia kat padang bola, boleh jumpe and sembang2 dengan Dia.
Nak dijadikan cerita, kiteorang dah rapat lah jugak. Kiteorang mula kawan2 sampai aku abis Form 5.

Kebiasaan macam aktiviti couple lain buat, kiteorang pun macam tuh lah. Melayari kebahagiaan alam percintaan. Cewahhhh. Tapi tak de lah sampai melampau k. Masih punya batas2.

Perwatakan Dia nih sangat caring and baik. Senang duduklah aku dengan Dia nih. layan aku baik2. Suke blanje aku makan2. Penting ! Dia tak kedekut.
Seronok 'bercouple' dengan Dia. Haha.

*****
Alam percintaan berlanjutan sampai aku ditawarkan masuk F0rm 6.
Masa tahun2 ni 'kiteorang mula gawat'. Keadaan hubungan mula suram lebih2 lagi selepas kejadian seorang perempuan nih jumpe aku, marah2, and cakap aku rampas boyfriend dia.

APE KES ?

Sumpahlah, aku memang tak tahu menahu pon. Hangin aku time tuh. Dah lah jumpe marah2 aku, langsung tak de peluang nak beri sedikit kata2 balas nih.
Siap warning,

Si Perempuan: Kalo akak nampak ko dengan Dia, siap !

Aku; Hangin siot !

Dah lepas marah2 aku, perempuan tuh blah ! Mengucap aku.

Masuk bilik termenung habis. Mak bapak aku panggil, tanya memang aku tak dengar.
Hati panas giler ! Terus ambik handset, call boyfriend. Kalo boleh nak je aku nih jerit2, marah2 cakap dengan Si Dia. Tah tahan r hati betul2 panas !

Aku pe lagi mintak penjelasan. Air mata dah nak meleleh bila cakap dengan Dia dalam phone.

Aku: Sapa perempuan tuh ?
Dia: Kite jumpe, nanti abang citekan.
Aku: taknak ! taknak ! cite skrg. Sape perempuan tuh. Kenapa abang tipu org !
Dia: abang tak tipu Fisya. Sumpah.
Aku: abang bohong ! benci abang !
Dia: tak ! jom jumpe. Abang dtg skrg.
Aku: dah tak payah.
Dia: alahai ... jgn mcmni.
Aku: sape perempuan tuh ?
Dia: ...............................................
Aku: napa diam ? tak0t ? ok. baik putus jek. Semoga berbahagia dengan perempuan tuh.
(habis
. tutup phone)


*****
Lepas jek hari tuh, kiteorg dah tak jumpe lagi. Aku dan Dia dah putus. Dia adalah try call tapi aku tak nak jawab. Malas dah. Silap2 kang aku teruk pulak dikejekan perempuan tuh.

Sedih giler aku. Cinta putus ditengah jalan. Kire ending crite aku nih buruk lah. Tak boleh dijadikan pengajaran dan kelegaan hidup.
hayyyy ... Malangnya nasib aku.

*****
Tapi nih kisah lalu. Aku pon dah maafkan Dia. Agaknya memang dah adat kot bila menikmati perjalanan bercinta nih. Ada pahit, ada manis. Tapi sampai bila2 kenangan nih memang aku tak boleh buang and lupe sampai bila2. Buat aku jadi remaja gagah dan tak takut mungkin satu hari akan dikecewakan jugak. Mungkin ?


Saturday, January 1, 2011

JoM PikaTambaT MatA HatI LelakI

Mari.

***
Tips hangat.

***
  • Senyum sokmo & jangan sombong bila berdepan, bercakap dengan dieorang tuh
  • Harus pandai masak-memasak taw. Lelaki nih, dieorang senang terpikat bila perempuan pakar memasak. (penting2)
  • Perwatakan mesti menarik. (jangan mengada terlebih)
  • jujur, merendah diri dan lain2.
  • Buat apa yang disuka & jangan buat yang dieorang tak suka lah.
  • Bersikap terus-terang. Lelaki nih tak suka kalau perempuan yang suka sembunyi2 sesuatu perkara dari mereka. Jangan risau sebab dieorang nih 'open-minded' lah jugak.
  • Tingkah laku tolong ye jaga, bersikap lah baik-baik, sopan-santun. Dieorang mudah berkenan.
  • Jauhi tabiat suka mengongkong lelaki.
  • Menjadi peneman saat suka & duka dieorang.
***
Jadi,

Buat-buat jangan tak buat.
Kita tengok berkesan tak cara nih.
Buat dengan ikhlas k.



Muncung



takde mood ...

muncung panjang macam itik, tangan bersilang, then termenung !

Fiiuuuhhhhh