Saturday, February 19, 2011

sY naK NaiK Tram,, paKCik ! RM 2 jeK ..

Yeah ~ Yeah ~
Bangga betul saya jadi anak Melaka.
Melaka Maju ! Melake Maju !


Hari ini saya baca surat khabar online, keluar berita Melaka bakal ada Tram ? ke Tren ?
Tak kesah lah pape pun, janji aku tahu & paham.

Begini beritanye,

***************************************************************

Melaka Tram Beroperasi Mei Tahun Depan

(19/2/2011)

AYER KEROH: Pengeluar tren, Mrails International Sdn Bhd, mengunjurkan projek Melaka Tram bernilai RM272 juta, trem pertama yang menggunakan gas asli (NGV) di dunia, akan dibuka kepada orang ramai Mei tahun depan.

Presiden dan Pengarah Urusannya, Datuk Jeya Kumar, berkata aplikasi dan pelaksanaan "Trem Generasi Akan Datang" mesra alam itu, akan merevolusikan industri lokomotif.

"Kami akan menggunakan teknologi ini untuk mengekalkan budaya dan warisan, tanpa menjejaskan alam sekitar, sebagai mematuhi status Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO," katanya pada taklimat media di sini hari ini.
Kumar berkata, trem itu akan menggantikan sistem "pantograph" tradisional agar seiring dengan perkembangan semasa, serta selari dengan Konvensyen Kerangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim, dalam menangani pemanasan global.

"Ini juga menetapi wawasan kami untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan Melaka sebagai pusat destinasi hebat untuk pelancong, dan membuktikan komitmen ka
mi untuk mewujudkan sistem pengangkutan mampan," katanya.

Majlis pecah tanah projek itu dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir, ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Melaka Tram dilaksanakan hasil perjanjian antara Ketua Menteri Diperbadankan (CMI) dan Mrails pada Mac tahun lalu.
Menerusi perjanjian itu, syarikat bersetuju untuk mereka bentuk, membina, mengurus dan menyelenggara serta memantau operasi landasan dan "tramcar" selama 25 tahun, selain membiayai kos projek yang bernilai RM272 juta.

Syarikat itu juga dipertanggungjawabkan untuk mengurus kutip
an tiket selama 25 tahun, dengan CMI memperoleh 20 peratus daripada hasil kutipan itu.

Kumar berkata, Koridor Melaka Tram akan dimulakan dari depot bersebelahan Plaza Tol Ayer Keroh ke bandar warisan Melaka, meliputi jarak 40 kilometer, yang meliputi 11 daripada 14 kawasan tarikan pelancong.

"Kami akan bekerja rapat dengan rakan usaha sama kami, CNR Tangshan Railway Vehicles Co Ltd, pengeluar lokomotif China," katanya.

Trem ialah pengangkutan rel yang lebih ringan daripada kereta api dan berbeza daripada bentuk lokomotif lain memandangkan trek dibina di atas jalan raya.


Ia berupaya mengangkut 120 penumpang pada satu-satu masa, dan sesuai untuk golongan kurang upaya kerana reka bentuk paras buminya, selain beroperasi pada kelajuan 40 km/j.

Kumar berkata, Mrails yang mengunjurkan sekurang-kurangnya 40,000 pengguna sehari, akan memastikan tambangnya rendah iaitu RM2 dan percuma untuk golongan kurang upaya dan pelajar.

Untuk masa depan, syarikat itu merancang mengeksport tr
en ke bandar lain di Malaysia dan luar negara, seperti India dan Afrika, tahun depan. - BERNAMA



(Inilah Melaka Tram tuh)

Pengajaran yang bakal saya dapat nanti, saya akan selalu naik 'bende' nih. Haha.

!!~ ShaYe ShukeR sHanGaT ~!!

(^_^)


0 comments:

Post a Comment