Saturday, February 19, 2011

sY naK NaiK Tram,, paKCik ! RM 2 jeK ..

Yeah ~ Yeah ~
Bangga betul saya jadi anak Melaka.
Melaka Maju ! Melake Maju !


Hari ini saya baca surat khabar online, keluar berita Melaka bakal ada Tram ? ke Tren ?
Tak kesah lah pape pun, janji aku tahu & paham.

Begini beritanye,

***************************************************************

Melaka Tram Beroperasi Mei Tahun Depan

(19/2/2011)

AYER KEROH: Pengeluar tren, Mrails International Sdn Bhd, mengunjurkan projek Melaka Tram bernilai RM272 juta, trem pertama yang menggunakan gas asli (NGV) di dunia, akan dibuka kepada orang ramai Mei tahun depan.

Presiden dan Pengarah Urusannya, Datuk Jeya Kumar, berkata aplikasi dan pelaksanaan "Trem Generasi Akan Datang" mesra alam itu, akan merevolusikan industri lokomotif.

"Kami akan menggunakan teknologi ini untuk mengekalkan budaya dan warisan, tanpa menjejaskan alam sekitar, sebagai mematuhi status Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO," katanya pada taklimat media di sini hari ini.
Kumar berkata, trem itu akan menggantikan sistem "pantograph" tradisional agar seiring dengan perkembangan semasa, serta selari dengan Konvensyen Kerangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim, dalam menangani pemanasan global.

"Ini juga menetapi wawasan kami untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan Melaka sebagai pusat destinasi hebat untuk pelancong, dan membuktikan komitmen ka
mi untuk mewujudkan sistem pengangkutan mampan," katanya.

Majlis pecah tanah projek itu dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir, ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Melaka Tram dilaksanakan hasil perjanjian antara Ketua Menteri Diperbadankan (CMI) dan Mrails pada Mac tahun lalu.
Menerusi perjanjian itu, syarikat bersetuju untuk mereka bentuk, membina, mengurus dan menyelenggara serta memantau operasi landasan dan "tramcar" selama 25 tahun, selain membiayai kos projek yang bernilai RM272 juta.

Syarikat itu juga dipertanggungjawabkan untuk mengurus kutip
an tiket selama 25 tahun, dengan CMI memperoleh 20 peratus daripada hasil kutipan itu.

Kumar berkata, Koridor Melaka Tram akan dimulakan dari depot bersebelahan Plaza Tol Ayer Keroh ke bandar warisan Melaka, meliputi jarak 40 kilometer, yang meliputi 11 daripada 14 kawasan tarikan pelancong.

"Kami akan bekerja rapat dengan rakan usaha sama kami, CNR Tangshan Railway Vehicles Co Ltd, pengeluar lokomotif China," katanya.

Trem ialah pengangkutan rel yang lebih ringan daripada kereta api dan berbeza daripada bentuk lokomotif lain memandangkan trek dibina di atas jalan raya.


Ia berupaya mengangkut 120 penumpang pada satu-satu masa, dan sesuai untuk golongan kurang upaya kerana reka bentuk paras buminya, selain beroperasi pada kelajuan 40 km/j.

Kumar berkata, Mrails yang mengunjurkan sekurang-kurangnya 40,000 pengguna sehari, akan memastikan tambangnya rendah iaitu RM2 dan percuma untuk golongan kurang upaya dan pelajar.

Untuk masa depan, syarikat itu merancang mengeksport tr
en ke bandar lain di Malaysia dan luar negara, seperti India dan Afrika, tahun depan. - BERNAMA



(Inilah Melaka Tram tuh)

Pengajaran yang bakal saya dapat nanti, saya akan selalu naik 'bende' nih. Haha.

!!~ ShaYe ShukeR sHanGaT ~!!

(^_^)


Wednesday, February 16, 2011

Kali Ke-3

Salammualaikum...

Korang mesti tertanya-tanya,

APE KEBENDENYE
Kali Yg Ke-3 nih ???



KAN !!!

Baiklah, saya akan jelaskan jap jek lagi.

*
**
***
*****

Sebenarnya, 'entri' yg saya tulis nih berkenaan tentang PRK 2011 yg bakal diadakan pada
21 Februari 2011 nih.

Weh!!! no! no! no!
bukan PRK UMUM okeh.
tetapi

Pilihan Raya Kampus universiti saya.





Sapa tahu saya belajar kat universiti mana??
ANGKAT TANGANNNNNNN

Jawapannya: SENDIRI PIKIRLAH ...

Ini adalah kali ketiga saya akan mengikuti mengundi untuk memilih calon MPP kami.

Saya sekarang dalam tahun 3.
Iye lah.



Chaiy0k !!!!

Pimpinan Bitara

Mahasiswa Pendidik

Legasi Mahasiswa Progresif

Smile

Tapir

**************************************************************************

W00OOWW... mantap der nama nih.
Haha.



Harap-harap bagi calon-calon yang bakal bertanding dan berkempen, buatlah sedaya mungkin untuk menambat hati kami. Lakukan yang terbaik untuk kami mahasiswa/i UPSI dan juga bagi unversiti sendiri.

Pesanan (Tak tahulah apa yang saya cakapkan nih betul ke salah. Sendiri ingatlah ye!)

Sebelum menabur 'janji-janji manismu', TOLONGLAH kaji dulu perkara @ benda yang ingin dicakapkan dan yang bakal di taburkan kepada kami. Boleh ke tidak di lakukan di kemudian hari. PENTING TUH!
Tak mahulah lah pulak nanti, janji yang dicakapkan itu bak kata orang 'Menunggu Salji Turun Di Tempat Sendiri'.
Pikir-pikirkanlah.


*Jangan yang ada blame saya pulak. Just nak kan yang terbaik, bukan untuk saya saje tapi untuk semua*

Walaubagaimanapun,
saya YAKIN dan PERCAYA, anda yang bakal menduduki kerusi MPP ini adalah yang terbaik nanti. INSYAALLAH.

S0, guys



^_^


Tuesday, February 15, 2011

14 Feb 2011




Perut lapaq deh!
Makan mknn kedai dpn kampus dah jemu pul0p!
(bertegas) Mau mkn sesuatu yg lain!!!

Beklah ..

^_^

So,
ajak my kwn mkn2 kat 'Secret Recipe'.
Oh Yeah!! Haha.

Kejadian berlaku selepas klaz EDU habis. Ingatkan nak pegi mkn pizza. Tp tak jadi pulak.
Jadi,

'ting!!??'

idea dtg suda! idea dtg sudaaaaa!!!!
Mau mkn kat
'Secret recipe'

Pergi naik 'prebet'. Malaz jln kakilah katakan..

" Nah.. pakcik! Rm4 ye. MekaseH"

Saya pergi berdua (ngan mY prendz)
Cuci mata tengok2 kek.

Reaksi: Woo000O
Cedap-cedap!
Saya mahu semua.
Okeh.
(memain jek)

Waiteress!!

Saya order... (kalo tak silap lah)

1. chicken cordon bleu





2. chocolate drink with aiscream





3. chocolate cake duargunce





^_^


Hasil selepas sejam akibat kebuluq:





(kalau mak aku tengok sume nih: memang sah2 'BELIAU' akan cakap pada aku macam nih)

Padan muka K0!!!

Lain kali makan lah lagi kat sini. Abiskanlah PTPTN ko !
Habis duit nanti, gigit kepala lutut pulaK !!


SEKIAN

Saya Cinta Nabi Muhammad S.A.W.


╔═══ ೋღ☃ღೋ ════╗
☼SALAM MAULIDUR RASUL☼
╚═══ ೋღ☃ღೋ ════╝
kepada seluruh umat Islam.


Ya Nabi Salam Alayka Ya Rasul Salam Alayka Solawatullah Alayka...