Wednesday, January 27, 2010
PRK 2010
Setinggi ucapan tahniah buat semua calon yg akan bertanding esok....
Esok adalah kali kedua bagi sy menjalankan tugas sy sbg mahasiwi memilih calon yg layak sy pilih sbg wakil kami mahasiswa/i ....pemilihan ini bagi sy penting krn calon2 yg bertanding akan mewakili kami semua menjadi wakil suara kami mengenai hal-hal kebajikan kami...
Seingat2 sy masa 2nd semester, sy telah menjalankan tugas sy mengundi pada pertama kalinya....Fuhhhhhhhh...ramai giler yang pergi mengundi.......dan sy mula terfikir MCMNER NNTI NK MENGUNDI NIE.....almaklumlah x penah2 dalam idop nie pergi mengundi.....(ahahahhaha).Ternyata slps tu senang rupenyer.....Pangkah jek calon yg benar2 layak buat sy utk dipilih sebagai wakil kami.
Dan sekarang nie...tibelah masa sy perlu mengundi utk kedua kalinya.....esok hari keramat buat mahasiswa/i mengundi dan calon2 yg bertanding.....Diharapkan semuanya akan berjalan dgn lancar dan selamat......
Akhir kata,
Selamat mengundi semua yek......
Wasalam...
Monday, January 25, 2010
Renungan (sSe0rg yG beRgeLaR IBU)
Trdpt sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan dan kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke pinggan saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.”. Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan masanya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.. Sedih saya melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepatmenolaknya dan Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.”. Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dgn brtemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapakali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu,tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata :“Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.”. Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata :“Minumlah nak, ibu tak haus!!”. Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baikhati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka lalu Ibu berkata : “Saya tidakperlukan cinta saya tidak perlukan lelaki.”. Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua.Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu.Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata :“Jangan susah-susah, ibu ada duit". Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga diluar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negaraorang.”. Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit berbahaya. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda yg tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang berada di setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit"
Inilah kasih ibu yang sebenarnya senang dan susah, sihat dan sakit serta gembira dan sedih. Walauapapun, ibu tetap mengutamakan anak2nya lebih dari dirinya sendiri walaupun anak2nya sudah dewasa. Kita mungkin mampu membeli puluhan kereta, ratusan rumah dan saham2, serta apapun di dunia ini tapi untuk membeli seorang yang brgelar ibu tidak akan kita sebagai anak ketemui beliau di mana2 walaupun kita menjelajahi di seluru pelosok duniawi....
AKHIR KATA...."SAYANGILAH IBU KITA" krn SYURGA yg kita cari itu berada di bwh tapak kaki beliau....
Saturday, January 23, 2010
samb....(Makam Hang Tuah & Hang Jebat)
Ini adalah makam Hang Jebat...yg kt bwh td adalah makam Hang tuah shj yg sy paparkan...
Saya juga mntk maaf atas ketidakperasanan sy trhdp gmbr yg sy paparkn sblom ini mengenai ketiadaan gmbr makam Hang Jebat......
pembetulan juga (Makam Hang Jebat ini terletak di Kg Pali, berdekatan Jln Gelanggang Bandar Melaka).
Ini die gmbr makam Hang Jebat tu....
tambahan....
Ini pula gmbr2 Makam Hang Kasturi yg bertempat di kawasan Jonker Walk iaitu dikenali sebagai Jln Hang Jebat dan ianya berdekatan dgn deretan bangunan2 kedai.
Makam Hang Tuah & Hang Jebat
Friday, January 22, 2010
Antara Makanan Baik & Yg Patot Dihindari
1- Kekacang
Makanan kekacang terutama kacang Pistachio mengandungi sejenis bahan spt magnesium, asid folik yang penting untuk pertumbuhan otak kita di samping mengandungi protein tinggi. Dipercayai kacang Pistachio dapat menandingi keupayaan kismis dalam hal ini. Oleh itu, selalulah makan kacang ini yek!...
Makanan Yg Kurang Baik
1- Air yg ada semut
Di dalam badan / mulut semut mengandungi sejenis enzim yang apabila kita makan akan memberi kesan terhadap sistem saraf otak, terutama sekali saraf pembelajaran dan hafalan. Enzim ini yang diistilahkan 'racun' pada semut. Kalau boleh elakkan dari terminum air atau termakan makanan yang ada semut. (nanti mudah lupa plk!)
2- Kepala ikan
Sebenarnya makan kepala ikan ini tidak salah atau memudaratkan cuma elakkan makan kepala otak ikan. Otak ikan adalah segumpal daging berwarna putih atau putih kemerahan yang terletak di dalam tengkorak ikan. Untuk memakannya seseorang itu perlu menggoncang atau mengetuk tulang tengkorak tersebut hingga otak itu keluar.
Mudarat otak ikan adalah sama dengan kes semut tadi cuma lebih berat lagi, bahan dalam otak ikan ini boleh mematikan saraf otak kita. So, pesanan saya, ikutlah pesanan Rasulullah ketika hendak memilih makanan atau hendak makan. Jangan main bedal jek ek!!!
Tuesday, January 19, 2010
Tips Kesihatan (Senaman & Preparation)
Preparation yg kita lakukan sebenarnya berhubungkait bagi mencegah kita daripada kemalangan semasa senaman. Persediaan yg kurang sempurna akan membuatkan kita mengalami sakit2 bdn. Oleh itu, persedian amatlah penting bagi mencegah sebelum merawat!
Persediaan Sebelum Senaman
Sebelum kita lakukan senaman, sebaik2nya kita pastikan kita telah mengambil makanan dan minuman yang secukupnya, ini penting untuk kita mempunyai tenaga awal yang mencukupi. Memang ramai yang ingin bersenam untuk menurunkan berat badan dan justeru itu mereka tidak ingin mengambil makanan atau minuman yang secukupnya. Ini akan menyebabkan perkara-perkara atau kemalangan yang tidak diingini akan berlaku hanya kerana kita pitam atau sebagainya.
Biasakan diri melakukukan aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti senaman yang penuh. ini penting untuk membolehkan otot-otot badan kita bekerja dalam keadaan yang sihat. Aktiviti pemanasan badan ini perlulah melibatkan pergerakan otot-otot seluruh badan. Contoh alat terbaik untuk aktiviti pemanasan ini adalah Cross Trainer. Lakukan aktiviti pemanasan badan dari 5-10 minit
Persediaan Semasa Senaman
Semasa melakukan aktiviti senaman, banyakkan mengambil minuman untuk membolehkan kita berpeluh dan memastikan kita mempunyai oksigen yang cukup untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Jika kita tidak mengambil air yang secukupnya, kebarangkalian kita akan mengalami dehidration adalah tinggi.
Pastikan juga, kita lakukan senaman kita mengikut aturan yang betul. Jika senaman itu melibatkan kita perlu mengangkat sebarang berat, pastikan ianya adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Elakkan mengangkat barang berat secara berlebihan hanya kerana ingin mendapat keputusan yang cepat. Jika tidak kebarangkalian mendapat kecederaan dalaman lebih mudah dialami.
Persediaan Selepas Senaman
Perkara yang paling penting selepas bersenam adalah melakukan aktiviti regangan. Ini adalah penting terutama selepas kita melakukan aktiviti angkat berat. Aktiviti regangan ini akan mengelakkan otot-otot kita daripada memendek dan kekal memendek hanya kerana kita melakukan aktiviti regangan ini. Kalau kita perasan, ramai yang melakukan kegiatan angkat berat dan berjalan seperti robot, dengan tangan yang kembang semacam jer tu. (hahahahahahaha)
Ini adalah disebabkan ototnya yg telah memendek kerana tidak mengambil berat kegiatan regangan selepas melakukan senaman.
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MELAKUKAN SENAMAN UNTUK SIHAT......
INGAT! WARM UP DULU!!!
Sunday, January 17, 2010
Durian Pelik!ermmmm
perhatikan dgn teliti...durian2 nie kat bawah pokok ke kat atas pokok? tengoklah!
kalo nak kwn2 nak tahu durian2 nie sumenyer kt bwh pokok sbnrnyer...Nama pokok durian nie kalo tak silap saya 'Pokok Durian Kura-kura'. Durian nie tumbuh kat bah. batang pokok dan bukannya pada bahagian ranting/cabang seperti pokok durian yang biasa kita tengok. Jika perhatikan lagi, kalau kwn2 perasan durian nie tumbuh selonggok2 kn???persis kayaknya buah kelapa tumbuh kat pokok kan? sekali die berbuah boleh sampai 30-50 biji...pehhhh!!!byk tu!
Kebiasaan kalau kwn2 mkn buah durian....fuhhhhh mmg sodap!sampai menjilat tapak tgn!!tp yg nie die beza sikit sbb durian nie die berair and manis lah jgk, buah die mmg sama buah durian biasa tp yg terok lg bau buah durian nie mmg kwn2 xkn thn r....org2 kate bau durian nie mcm bau kencing kura-kura and sbb tu lah mereka gelarkan buah durian nie dgn 'Durian Kura-kura'. iskhhhhhhhhhhh
Saturday, January 16, 2010
About Me!!!
ASSALAMMUALIKUM
4 Perkara Untuk Menguatkan Badan Mengikut Ulama'
4 PERKARA UNTUK SIHAT:
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Selamat Datang
Pertama kali saya memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana diberi peluang dan akhirnya dapat saya mencipta blog saya sendiri. Jika pada sebelum-sebelumnya, saya hanya melihat blong-blog daripada kawan-kawan...dan Alhamdulillah sekarang saya mempunyai blog sendiri.
Di sini juga saya berharap dapat berkongsi idea-idea atau sebarang pandangan yang dapat memberikan kita pedoman sekaligus juga sebagai wahana pendidikan untuk semua warga yang sudi mengunjungi blog saya ini. Saya juga mengalu-alukan sebarang pendapat atau wahana daripada rakan-rakan dalam mempelbagaikan dan sekaligus dapat juga memeriahkan blog ini.
Akhir kata terima kasih atas segalanya.