Tuesday, January 19, 2010

Tips Kesihatan (Senaman & Preparation)

Ramai kalangan remaja sekarang gemar bersenam. Namun, ramai juga yg tidak mengetahui persedian yg harus dibuat terlebih dahulu sebelum memulakan senaman! Mari kita baca apakah persediaan sebelum, semasa dan selepas senaman......

Preparation yg kita lakukan sebenarnya berhubungkait bagi mencegah kita daripada kemalangan semasa senaman. Persediaan yg kurang sempurna akan membuatkan kita mengalami sakit2 bdn. Oleh itu, persedian amatlah penting bagi mencegah sebelum merawat!

Persediaan Sebelum Senaman

Sebelum kita lakukan senaman, sebaik2nya kita pastikan kita telah mengambil makanan dan minuman yang secukupnya, ini penting untuk kita mempunyai tenaga awal yang mencukupi. Memang ramai yang ingin bersenam untuk menurunkan berat badan dan justeru itu mereka tidak ingin mengambil makanan atau minuman yang secukupnya. Ini akan menyebabkan perkara-perkara atau kemalangan yang tidak diingini akan berlaku hanya kerana kita pitam atau sebagainya.

Biasakan diri melakukukan aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti senaman yang penuh. ini penting untuk membolehkan otot-otot badan kita bekerja dalam keadaan yang sihat. Aktiviti pemanasan badan ini perlulah melibatkan pergerakan otot-otot seluruh badan. Contoh alat terbaik untuk aktiviti pemanasan ini adalah Cross Trainer. Lakukan aktiviti pemanasan badan dari 5-10 minit

Persediaan Semasa Senaman

Semasa melakukan aktiviti senaman, banyakkan mengambil minuman untuk membolehkan kita berpeluh dan memastikan kita mempunyai oksigen yang cukup untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Jika kita tidak mengambil air yang secukupnya, kebarangkalian kita akan mengalami dehidration adalah tinggi.

Pastikan juga, kita lakukan senaman kita mengikut aturan yang betul. Jika senaman itu melibatkan kita perlu mengangkat sebarang berat, pastikan ianya adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Elakkan mengangkat barang berat secara berlebihan hanya kerana ingin mendapat keputusan yang cepat. Jika tidak kebarangkalian mendapat kecederaan dalaman lebih mudah dialami.

Persediaan Selepas Senaman

Perkara yang paling penting selepas bersenam adalah melakukan aktiviti regangan. Ini adalah penting terutama selepas kita melakukan aktiviti angkat berat. Aktiviti regangan ini akan mengelakkan otot-otot kita daripada memendek dan kekal memendek hanya kerana kita melakukan aktiviti regangan ini. Kalau kita perasan, ramai yang melakukan kegiatan angkat berat dan berjalan seperti robot, dengan tangan yang kembang semacam jer tu. (hahahahahahaha)

Ini adalah disebabkan ototnya yg telah memendek kerana tidak mengambil berat kegiatan regangan selepas melakukan senaman.

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MELAKUKAN SENAMAN UNTUK SIHAT......
INGAT! WARM UP DULU!!!

0 comments:

Post a Comment