Saturday, July 17, 2010

AnTaRa CinTa, PendEriTaaN & DenDam

Antara 3 perkataan yang saya nyatakan di atas manalah satu menjadi pilihan?
Adakah apabila kita memilih salah satunya & keputusan yang dibuat itu akan terlerai & selamat semuanya?
Jika bagi saya pula, ianya ada perkaitan!hurmmmm...betol kew?

Pengalaman saya pernah menonton teater. Kisahnya mengenai 'CINTA' yang amat mendalam bagi saya ketika saya menontonnya.
Cinta dalam kisah teater ini sangat & menunjukkan bahawasanya pasangan Adam & Hawa ini saling mencintai lebih dari segalanya.
Mereka diibaratkan seperti 'isi dan kuku' yang tidak dapat dipasahkan lagi oleh sesiapa pun.
Mereka bercinta seperti pasangan putera puteri, dewa dewi kayangan, romeo & juliet, pari pari dari alam syurga yang sangat gembira dalam melayari alam percintaan mereka.

Namun, akibat daripada dendam seseorang yang mempunyai sekeping hati yang busuk, penuh dengan hasad dengki, dendam yang tidak berhenti membuatkan si penjahat sanggup menghuru-harakan masyarakat yang tidak bersalah dan tempat mereka menjadi kelam-kabut dek kebencian mendalam si penjahat.

Malah, pasangan ini juga tidak terlepas peluang daripada persengketaan & amarah kebencian yang menusuk ke dalam jiwa penjahat menyebabkan pasangan 'CINTA' hidup dalam kesengsaraan hati dan nurani. Dek dendam yang lama sanggup si penjahat membunuh dan menyakiti orang yang tidak bersalah.

Pasangan yang dalam kesusahan & dilema segera mencari penyelesaian dari segala kekusutan ini akhirnya dapat dileraikan. Namun, penyelesaian tersebut telah mengundang bencana & musibah yang tidak pernah disangkakan oleh sesiapa pun di mana jejaka pujaan hati wanita tersebut mati di tangannya akibat kesalahan yang tidak disengajakan menyebabkan si jejaka mati.
Tinggallah si wanita 'cinta' ini tanpa belaian dan pernyataan cinta suci jejakanya itu...

Saya amat tersentuh dengan percintaan yang mendalam bagi pasangan ini walaupun ia hanya dipentas dalam teater. Kesannya kepada penonton dan saya tidak dapat saya lupakan.
Saya juga tertanya-tanya, adakah cinta suci ini wujud di zaman sekarang?
Iya, mugkin ada mungkin tidak.
Kata noktah yang saya lihat cinta suci yang wujud akan dilandai bermacam perkara sama ada suka & duka.
Indah sungguh percintaan sekiranya penderitaan dapat dijauhkan. Begitu juga dengan dendam minta sekali dielakkan.

*Kenangan Indah Bersama Insan Adalah Cinta*
Cinta wujud dalam pelbagai bentuk & aturan cinta itu mestilah tepat mengikut lumrah kehidupan manusia.

0 comments:

Post a Comment