Monday, July 4, 2011

P.AM _ K2 _ BAH. C _ ULASAN TEKS

*** just untuk perKONGSIan bersama ***

Tajuk: Pencemaran

Pendapat umum sering menyatakan bahan buangan domestik daripada rumah yang menjadi penyumbang besar kepada pencemaran terutamanya di sungai. Tetapi realitinya berlainan kerana sisa buangan industri lebih membimbangkan kerana ia bukan sahaja dalam jumlah yang besar, bahkan bertoksid “.

1. Apakah faktor yang menyumbangkan kepada pencemaran ?

Faktor pencemaran adalah pembuangan sampah sarap daripada rumah dan pembuangan sisa-sisa industri bertoksik dalam kuantiti yang besar.

2. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, terangkan kesan pencemaran kepada kehidupan manusia dan alam sekitar.

Pencemaran akan mengakibatkan kemusnahan hidupan akuatik. Kemusnahan habitat akan menjejaskan pembiakan kehidupan akuatik. Spesies yang sensitif lama-kelamaan akan lenyap. Seterusnya, manusia mudah mendapat penyakit. Manusia mudah dijangkiti penyakit setelah minum air yang kotor. Ini adalah disebabkan bakteria yang membiak dalam air. Ia akan menyebarkan toksik dan mempengaruhi tahap kesihatan manusia.

- Menjejaskan kesihatan manusia kerana sisa buangan industry mungkin mengandungi bahan beracun dan jika manusia mengambil sumber makanan dari sungai ia akan menjejaskan kesihatan manusia.

- Berlakunya banjir akibat daripada parit tersumbat disebabkan bahan buangan ini telah menyumbatkan aliran air ke sungai.

- Kepupusan flora dan fauna mampu menyebabkan tumbesaran flora dan fauna akan dijejaskan sekiranya sumber air telah tercemar dan ini akan memusnahkan ekosistem.


Tajuk: Vandalisme

“ Vandalisme merupakan perbuatan merosakkan harta benda dan kemudahan awam seperti telefon awam. Wujud amalan yang tidak bermoral ini kerana tahap kesedaran sivik yang rendah seperti tidak menghargai kemudahan untuk orang ramai dan untuk kegunaan bersama. Jika kegiatan ini tidak dibendung, fenomena vandalisme akan berleluasa dan kemungkinan wujud masalah lain seperti mencuri “.

1) Apakah punca berlaku kegiatan vandalisme ?

Vandalisme berpunca daripada kekurangan kesedaran sivik misalnya tidak menghargai kemudahan awam dan bersikap mementingkan diri sedangkan kemudahan itu untuk kepentingan semua.

2) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan nyatakan langkah –langkah untuk membendung vandalisme.

Vandalisme dapat dicegah melalui pendidikan. Contohnya di sekolah, pelajar-pelajar harus disemai dan dipupuk dengan nilai-nilai moral dan kesedaran sivik supaya mereka akan lebih menghargai kemudahan awam. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang juga antara cara membendung vandalisme. dendaan dan hukuman yang lebih berat boleh dikenakan untuk sesiapa yang ditangkap merosakkan kemudahan awam.

- Melalui pendidikan agama supaya dapat mereka lebih bersikap menyayangi dan menghargai harta benda awam.


Tajuk: Kad Kredit

“ Gejala hutang kad kredit yang menjerat pengguna kini telah mendapat perhatian kerajaan. Syarat pemilikan dan pembayaran kad kredit akan diperketatkan bagi mengawal pengeluaran kad kredit oleh institusi perbankan selain memastikan hanya individu yang layak sahaja dapat memilikinya. Langkah ini secara langsung dapat mengajar pemegang kad kredit agar berbelanja secara bijaksana “.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Mohd Razif Ahmad,”Muflis Pada Usia Muda, Bahana Kad Kredit”, Dewan Ekonomi Julai 2005)

(i) Apakah tujuan memperketatkan syarat pemilikan dan pembayaran kad kredit?

Syarat pemilikan dan pembayaran kad kredit diperketatkan untuk mengawal pengeluaran kad kredit oleh bank-bank dan memastikan hanya pemohon yang layak sahaja dapat memilikinya

@

Syarat pemilikan dan pembayaran kad kredit diperketatkan untuk memastikan pemilik kad kredit tersebut mampu menjelaskan wang dan memastikan pembayaran mengawal pengeluaran kad kredit oleh institusi perbankan.

(ii)Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung tabiat boros berbelanja dengan menggunakan kad kredit.

Tabiat boros berbelanja menggunakan kad kredit dapat diatasi dengan membuat belanjawan bulanan. Belanjawan boleh dibuat dengan mempertimbangkan pendapatan bulanan seseorang dan menyenaraikan perbelanjaan yang diperlukan sahaja. Di samping itu, pembelian barangan atau perkhidmatan yang wajar juga dapat membendung tabiat ini. Kualiti dan kuantiti barangan perlu dipertikaikan supaya setimpal dengan harganya.

- Ceramah tentang penggunaan kad kredit dapat membendung tabiat ini.

- Penyedaran tentang kad kredit seperti cara pengiraan faedah dan syarat permohonan boleh memberi amaran kepada pemilik kad.

- Mengurangkan kadar menggunakan kad kredit untuk mengelakkan bunga yang tinggi.

- Membuat perbandingan dari banyak segi seperti kualiti , harga , kandungan dan lain-lain dapat menjimat sejumlah kos juga.


Tajuk: Benchmarking/ penanda aras

“ Penanda aras atau benchmarking merupakan alat yang digunakan dalam organisasi kini untuk menentukan arah dan aras pencapaian sebenar yang sepatutnya dicapai oleh setiap organisasi. Pada masa yang sama penanda aras ini akan berperanan untuk melihat dan menentukan kedudukan pencapaian dan prestasi syarikat atau organisasi kini serta melihat cara atau kaedah untuk mengetahui kedudukan prestasi tersebut “.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Benchmarking’: Tentukan Keberkesanan Fungsi Sistem Kualiti oleh Haji Mohd Abd. Manaf: Dewan ekonomi, April 2005)

1) Apakah yang dimaksudkan dengan penanda aras ?

Penanda aras digunakan untuk menentukan arah dan tahap pencapaian yang sepatutnya serta meninjau prestasi syarikat.

2) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataaan , huraikan kepentingan penanda aras kepada sesebuah organisasi.

Penanda aras penting dalam sesebuah organisasi dalam meningkatan prestasi kerja. Pekerja akan mengetahui matlamat yang perlu dicapai oleh organisasi lalu menunjukkan sikap yang perlu untuk mencapai maklumat itu. Selain itu, penanda aras mendorong perkembangan sesebuah organisasi. Persaingan sihat membawa kemajuan berterusan kerana organisasi sentiasa berusaha mencapai matlamat yang lebih tinggi.

- Menentukan sesuatu matlamat dalam sebuah organisasi. Ia dapat digunakkan sebagai penentu bagi semua pekerja dan tahu apa yang perlu dilakukan.

- Melihat kaedah untuk mengetahui kedudukan prestasi sesebuah syarikat.

- Memastikan sesuatu objektif dalam sebuah organisasi. Dengan itu, pekerja-pekerja syarikat tersebut dapat mengetahui matlamat utama dan ini akan menjadikan pekerja lebih memahami tentang organisasi mereka. Kefahaman akan menjadi satu motivasi dan ini akan mendorong pekerja untuk mendapat pencapaian yang cemerlang serta memajukan kerjaya syarikat mereka.

- Membantu organisasi menetapkan matlamat yang membolehkannya bersaing di sesuatu kategori pasaran. Organisasi yang maju dijadikan tanda penyelarasan kemampuan syarikat yang sedang membangun.

- Mendorong pihak majikan untuk mangembangkan organisasi seperti sumber manusia akan diberi latihan dan motivasi yang lebih agresif untuk memastikan objektif pertumbuhan syarikat tercapai.


Tajuk: Merokok

Kempen anti merokok kurang manampakkan keberkesanannya. Semakin ramai golongan remaja menjadi perokok baru walaupun cukai dan harga rokok naik sehingga 20%. Peningkatan jumlah perokok dalam kalangan remaja serius kerana pengaruh rakan yang sukar dibendung.kerajaan mempergiatkan kempen anti merokok terutama di sekolah “.

1) Apakah petunjuk kempen anti merokok kurang berkesan?
Kempen anti merokok kurang berkesan boleh ditunjukkan melalui pertambahan bilangan golongan remaja yang menjadi perokok baru walaupun harga rokok semakin mahal.

2) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bagaimanakah pihak sekolah menangani masalah pelajar merokok?

Antara langkah-langkah oleh pihak sekolah dalam menangani masalah pelajar merokok ialah dengan mengadakan ceramah atau sesi kaunseling bagi menyedarkan serta menasihati pelajar mengenai bahaya. Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan kempen anti-rokok di peringkat sekolah.
- Pihak sekolah bekerjasama dengan ibu bapa seperti ibu bapa mengawal pemberian wang saku yang berlebihan kepada pelajar bagi membendung masalah pelajar dari terjabak dalam merokok.


Tajuk: Samseng Jalan

“ Masalah samseng jalanan tidak boleh dilakukan secara bersendirian kerana melibatkan banyak pihak khususnya ibu bapa yang ada di kalangan mereka membiayai pembelian motosikal kepada anak-anak sejak mereka di bangku sekolah lagi atau sebaik memasuki kolej. Apabila pergaulan semakin luas dan bebas, pelajar tersebut mula terbabit dengan kegiatan merempit yang dianggap hebat, seronok dan mampu memberi kepuasan,” katanya.
-BERNAMA

1) Apakah kesan gejala samseng jalan ?

Kesan yang akan timbul akibat gejalan samseng jalan ini ialah berlakunya kegiatan merempit akibat pergaulan bebas sesame remaja.

2) Terangkan keburukan yang bakal berlaku akibat perbuatan samseng jalanan ?

Mampu menjejaskan industri pelancongan dan keadaan ini akan mengakibatkan imej negara mungkin terjejas Selain itu, kemalangan jalan raya akan berlaku. Hal ini disebabkan, samseng jalanan ini yang terlalu asyik mempersembahkan aksi-aksi mereka sehingga mengabaikan kewujudan pengguna jalan raya yang lain sekaligus akan mengganggu penghuni-penghuni yang berhampiran tidak dapat menjalankan kehidupan mereka dengan tenang kerana bunyi bising yang kuat.

- Keselamatan negara merosot. Hal ini disebabkan, mereka juga terlibat dalam kelakuan jenayah seperti kes rompak,rogol dan penyalahgunaan dadah.Kawasan pentempatan yang terdapat mat rempit menjadi huru-hara.

- Mengancam keselamatan dan ketengan penduduk.

- Imej ibu bapa akan terjejas.



0 comments:

Post a Comment