Monday, July 4, 2011

P.AM _ K2 _ BAH. D _ GRAF BAR KOMPONEN

*** just untuk perKONGSIan bersama ***

LATIHAN 1

Berdasarkan petikan di bawah, lukiskan sebuah graf bar yang sesuai menunjukkan hasil eksport Malaysia mengikut sektor tertentu bagi tahun 1980 dan 1985.

Sektor pertanian, pembalakan, perlombongan, perkilangan dan sektor lain ialah sektor yang memberikan hasil kepada eksport Malaysia. Sumbangan terbesar pada 1980 datangnya daripada sektor perlombongan iaitu sebanyak RM 9381.3 juta. Kemudian, diikuti sektor pertanian dan perkilangan yang menyumbangkan sebanyak RM 7409.2 juta dan RM 6254. 2 juta. Sementara itu, sebanyak RM 3803.3 juta diperolehi daripada sektor pembalakan manakala sektor lain menyumbangkan sebanyak RM 1324.1 juta.

Pada 1985, sektor perkilangan semakin maju di Malaysia menyebabkan sumbangan sektor ini meningkat kepada 32.1 % daripada jumlah eksport Malaysia yang berjumlah RM 38094 juta. Keadaan ini berlaku disebabkan galakan kerajaan memperluaskan dan memajukan sektor perkilangan agar ekonomi negara tidak terlalu bergantung kepada sektor pertanian dan perlombongan.

Sektor kedua pentingnya pada 1985 ialah perlombongan menyumbangkan RM 10704.4 juta. Sebanyak RM 7352.1 juta diperolehi daripada sektor pertanian dan RM 3695.1 juta daripada sektor pembalakan. Selebihnya diperolehi daripada sektor lain.


(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 1985/86)

LATIHAN 2

Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kecederaan dan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalanraya pada tahun 2000 hingga 2004.

Stratistik kemalangan jalanraya sering menjadi perhatian masyarakat kerana dikatakan bahawa statistik yang dicatatkan di negara kita adalah antara yang tertinggi di dunia walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalanraya. Pada tahun 2000 sebanyak 50054 kes kemalangan telah dilaporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Daripada jumlah kemalangan tersebut 34245 kes dilaporkan hanya mengalami cedera ringan, manakala 9773 kes dilaporkan parah manakala 12.058 peratus dilaporkan meninggal dunia.

Pada tahun 2002 pula jumlah kemalangan yang dilaporkan menurun sebanyak 991 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun tersebut, 5887 telah maut dalam kemalangan jalanraya berbanding 8424 yang cedera parah manakala yang cedera ringan ialah sebanyak 35171 kes yang ringan.

Sebanyak 52741 kes kemalangan jalanraya telah dilaporkan pada tahun 2003. Sebanyak 70.94 peratus telah dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan manakala 11.92 peratus dilaporkan meninggal dunia dan 9040 kes dilaporkan cedera parah.

Pada tahun 2001, seramai 5849 orang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya, 8680 orang pula dilaporkan cedera parah manakala 35944 hanya mengalami cedera ringan.

Jumlah kes-kes kemalangan jalanraya terus meningkat pada tahun 2004 hingga mencecah 54084 kes dan 11.51 peratus daripada jumlah itu ialah kemalangan maut dan 38631 kes hanya mengalami cedera ringan.

Pihak Polis Diraja Malaysia menjalankan operasi dari semasa ke semasa dalam usaha mencegah kemalangan dan mengenakan saman kepada pemandu-pemandu yang melanggar kesalahan lalu lintas terutama pada musim-musim perayaan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Polis Diraja Malaysia 2005)

LATIHAN 3

Berdasarkan maklumat berikut, sediakan graf bar yang sesuai untuk menggambarkan jumlah penumpang yang dikendali oleh Lapangan Terbang Antarabangsa dari tahun 2001 hingga tahun 2004.

Menurut laporan daripada Malaysia Airport Holding Berhad, seramai 24068 penumpang telah dikendali oleh Lapangan Terbang Antarabangsa pada tahun 2001.

Daripada jumlah penumpang tersebut, 14206 adalah dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) manakala 2913 penumpang adalah dari Kota Kinabalu, 2503 adalah dari Pulau Pinang, dari Langkawi seramai 1821 penumpang selebihnya adalah dari Kuching.

Pada tahun 2002, 61 peratus penumpang adalah dari KLIA, manakala 3138 penumpanga adalah dari Kota Kinabalu. 2861 penumpang pula adalah dari Kuching, 2478 pula adalah penumpang dari Pulau Pinang dan dari Langkawi pula adalah seramai 1713 daripada keseluruhan penumpang seramai 26129 penumpang yang dikendali pada tahun itu.

Pada tahun 2004 jumlah penumpang meningkat dengan mendadak kepada 32290 orang iaitu peningkatan sebanyak 19.68 peratus berbanding jumlah penumpang pada tahu 2003. KLIA terus menjadi destinasi yang paling ramai penumpang dari Kota Kinabalu manakala dari Kuching pula meningkat sebanyak 366 penumpang berbanding jumlah dari destinasi yang sama pada tahun 2003. Jumlah dari destinasi Pulau Pinang juga semakin meningkat kepada 2961 manakal dari Langkawi juga meningkat daripada tahun 2003 sebanyak 112 penumpang.

Pada tahun 2003, penumpang yang dikendali berjumlah 26980 orang. Jumlah penumpang dari KLIA adalah kurang sebanyak 3588 berbanding tahun 2004 manakala penumpang dari destinasi Kota Kinabalu pula ialah kurang seramai 598 orang. Penumpang dari Pulau Pinang pula adalah seramai 2315 dan penumpang dari Langkawi ialah seramai 1835 orang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Laporan Malaysia Airport Holding Berhad)

LATIHAN 4


Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar dan juga data setiap jenis kenderaan bermotor di Malaysia bagi tempoh yang dilaporkan.

Bilangan kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia sentiasa bertambah tahun demi tahun. Pertambahan ini jika tidak diseimbangkan dengan perkembangan rangkaian dan sistem jalan raya pasti akan menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh, pada tahun 1996 terdapat sejumlah 7 686 684 unit pelbagai jenis kenderaan, dan bilangannya meningkat sebanyak 863 785 unit pada tahun berikutnya. Bilangan ini terus meningkat kira-kira hampir 600,000 unit pada tahun 1998.

Kenderaan bermotor yang paling banyak didaftarkan sepanjang tempoh tersebut ialah motosikal. Pada tahun 1996, sebanyak 3 951 931 unit motosikal didaftarkan, dan bilangan ini meningkat kepada 4 328 997 unit pada tahun 1997. Bilangan motosikal yang didaftarkan terus meningkat sebanyak 363 186 unit pada tahun berikutnya. Seterusnya, motokar merupakan kenderaan kedua popular di Malaysia selepas motosikal. Pada tahun 1996, sebanyak 2 886 536 unit motokar telah didaftarkan, dan bilangan ini terus bertambah untuk dua tahun berturut-turut, iaitu masing-masing sebanyak 384 768 dan 181 584 unit berbanding berbanding motokar pada tahun sebelumnya.

Selain itu, pendaftaran kereta sewa atau teksi dan bas juga turut bertambah. Walaupun tidak sebanyak bilangan motosikal dan motokar, perkembangan ini menggambarkan kemajuan yang baik dalam bidang pengangkutan awam di Malaysia. Pada tahun 1996, sebanyak 59 456 unit kereta sewa atau teksi dan 38 965 unit bas telah didaftarkan. Bilangan kereta sewa atau teksi terus bertambah menjadi 62 119 unit manakala bilangan bas bertambah menjadi 43 444 unit pada tahun 1997. Seterusnya pada tahun 1998, bilangan kereta sewa atau teksi yang didaftarkan bertambah kepada 64 632 unit. Begitu juga dengan bilangan bas yang didaftarkan bertambah kepada 45 643 unit pada tahun 1998.

Perkembangan pendaftaran kenderaan barang di Malaysia dalam tempoh ini menunjukkan ciri yang agak menarik kerana bilangannya sentiasa melebihi 500 000 unit. Pada tahun 1997, sebanyak 574 622 unit kenderaan barang telah didaftarkan dan bilangan ini melebihi sebanyak 62 457 unit berbanding tahun sebelumnya, tetapi kurang sebanyak 24 527 unit berbanding bilangan pada tahun 1998.

Malahan, pada tahun 1998 juga terdapat sejumlah 286 898 unit kenderaan-kenderaan lain seperti kereta kerajaan, treler, dan kenderaan sekolah memandu yang didaftarkan. Bilangan ini merupakan jumlah terbanyak berbanding tahun-tahun sebelumnya, iaitu 237 631 unit pada tahun 1996 dan 269 983 unit pada tahun 1997.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Statistics Handbook 1999)



0 comments:

Post a Comment