Monday, July 4, 2011

P.AM _ K2 _ BAH. D _ GRAF GARIS MUDAH

*** just untuk perKONGSIan bersama ***

LATIHAN 1

Baca petikan yang berikut dengan teliti kemudian lukiskan sebuah graf garis yang dapat menunjukkan perubahan jumlah perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan Syarikat Negarawan bagi tahun 1990 hingga 1995 di Malaysia.

Belanjawan sesebuah syarikat biasanya melibatkan 2 komponen yang besar iaitu perbelanjaan untuk mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Jumlah perbelanjaan untuk mengurus lazimnya lebih besar daripada perbelanjaan pembangunan. Bagi Syarikat Negarawan pada tahun 1990, jumlah perbelanjaan pengurusannya ialah RM 15412.00. Jumlah ini bertambah sebanyak RM 7130.00 menjelang tahun 1995 iaitu pertambahan sebanyak 46.3%. Pada tahun 1991, pertambahan adalah sebanyak RM 3109.00 berbanding dengan tahun sebelumnya, manakala pada tahun 1992 angkanya meningkat kepada RM 19411.00. Jumlah pada tahun 1993 pula, bertambah sebanyak RM 5098.00 berbanding dengan tahun 1990, manakala bagi tahun 1994, pertambahan hanya mencatat angka RM 802.00 berbanding tahun 1993.

Perbelanjaan mengurus mencatat jumlah yang besar. Pada tahun 1995, jumlahnya ialah RM 32000.00 iaitu pertambahan sebanyak RM 8834.00 berbanding dengan tahun 1990. Angka bagi tahun 1995 itu mencatat pertambahan sebanyak berbanding tahun 1994. Pada tahun 1991, jumlah perbelanjaan untuk tujuan ini ialah RM 25401 manakala pada tahun berikutnya jumlah itu bertambah sebanyak RM 1809.00. Catatan bagi tahun 1993 pula menunjukkan jumlah pertambahan sebanyak RM 4934.00 berbanding dengan tahun 1990.

(Dipetik dan disesuaikan dari Laporan Tahunan Syarikat Negarawan, 1996)


LATIHAN 2

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk mengikut etnik bagi tahun 2000 hingga 2003 di Malaysia.

Jumlah penduduk Malaysia bagi tempoh 2000 hingga 2003 menunjukkan peningkatan yang berterusan. Terdapat sejumlah 24494 ribu orang penduduk pada tahun 2000 menjadi 26181 ribu orang pada tahun 2003. Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Bumiputera buka Melayu, Cina, India dan juga warga asing.

Penduduk Melayu merupakan penduduk paling banyak berbanding kaum-kaum lain. Pada tahun 2000, bilangan penduduk Melayu berjumlah 12185 ribu orang dan bertambah 121 ribu orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2002, bilangannya meningkat ke paras 13001 ribu orang dan seterusnya meningkat sebanyak 67 ribu orang pada tahun berikutnya.

Jumlah penduduk Bumiputera bukan Melayu juga terus meningkat dari setahun ke setahun. Misalnya pada tahun 2000, jumlah penduduknya mencapai 2564 ribu orang dan jumlah ini terus meningkat pada tahun berikutnya iaitu 60 ribu orang dan 61 ribu orang berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2003, jumlahnya mencapai paras 2762 ribu orang.

Kaum Cina merupakan etnik yang ke-2 banyak di Malaysia. Pada tahun 2000, jumlahnya kurang sebanyak 6024 ribu orang berbanding penduduk Melayu pada tahun yang sama. Pada tahun berikutnya, bilangan penduduk Cina terus meningkat menjadi 6271 ribu orang. Penduduk Cina terus meningkat sebanyak 95 ribu orang dan 98 ribu orang pada 2 tahun berikutnya berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2000, jumlah penduduk kaum India ialah 1682 ribu orang dan terus meningkat sebanyak 53 ribu orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2002, jumlahnya meningkat ke paras 1783 ribu orang dan terus meningkat sebanyak 56 ribu orang pada tahun berikutnya.

Selaras dengan pembangunan yang pesat serta permintaan kepada tenaga buruh yang meningkat telah menyebabkan pertambahan penduduk dari kalangan warga asing. Pada tahun 2000, angkanya mencapai paras 1902 ribu orang dan terus meningkat sebanyak 21 ribu orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2002 jumlah warga asing di Malaysia terus meningkat menjadi 1984 ribu orang. Pertambahan jumlah penduduk di Malaysia telah membolehkan ekonomi negara berkembang dengan pesat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia 2004)


0 comments:

Post a Comment