Monday, July 4, 2011

P.AM _ K2 _ BAH. D _ GRAF BAR PIRAMID

*** just untuk perKONGSIan bersama ***

LATIHAN 1

Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan satu graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pencarian pekerja berdaftar mengikut jantina dan umur dalam tempoh Januari hingga Jun pada tahun 2005.

Jabatan Buruh menerima pendaftaran pencarian kerja dari seluruh negara dan dari pelbagai peringkat umur dari semasa ke semasa. Dalam tempoh enam bulan pertama pada tahun 2005, Jabatan Buruh menerima pendaftaran daripada pelbagai peringkat umur dan kelulusan. Bagi peringkat umur 15 hingga 19 tahun, seramai 6361 pencari kerja mendaftar dalam tempih tersebut. Daripada jumlah tersebut seramai 3216 adalah lelaki manakala bakinya adalah perempuan.

Bagi kumpulan umur 20 hingga 24 tahun pula, jumlah pencari kerja bagi kaum lelaki adalah seramai 10434 orang manakala pencari kerja bagi golongan perempuan pula ialah seramai 7867 orang. Jumlah pencari kerja bagi kategori umur ini adalah paling ramai kerana mereka baru selesai menamatkan pelajaran dari kolej dan universiti.

Bagi pencari kerja yang berumur 25 hingga 30 tahun pula mencatatkan pendaftaran seramai 5109 orang. Jumlah pencari kerja perempuan ialah seramai 2674 orang dan bakinya adalah pencari kerja lelaki.

Jumlah pencari kerja semakin berkurang bagi tempoh umur 30 hingga 35 yahun iaitu mencatat jumlah 2363 orang sahaja. Daripada jumlah tersebut hanya 931 wanita yang mendaftarkan diri.

Pekerja dalam lingkungan umur 40 tahun ke atas mencatatkan jumlah yang paling sedikit iaitu hanya seramai 664 orang sahaja dan kaum lelaki lebih ramai iaitu sebanyak 430 orang.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Kementerian Sumber Manusia, 2005 )

LATIHAN 2

Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menggambarkan jumlah petugas kesihatan di sektor awam dan swasta di Malaysia pada tahun 2005.

Petugas kesihatan memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau di luar bandar. Apabila penduduk semakin bertambah maka jumlah para petugas kesihatan juga sepatutnya semakin bertambah dengan tujuan agar perkhidmatan kesihatan dapat menampung keperluan rakyat. Pada tahun 2005, jumlah petugas kesihatan di negara kita adalah berjumlah 68840 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 40334 orang adalah petugas awam manakala selebihnya seramai 28506 adalah petugas kesihatan di sektor swasta.

Jururawat adalah merupakan petugas kesihatan yang paling ramai iaitu seramai 29545 orang bagi kedua-dua sektor, jururawat di sektor swasta sahaja mencatat sebanyak 10977 petugas. Manakala bagi jawatan bidan pula, sektor awam mencatatkan sejumlah 7327 orang petugas manakala di sektor swasta adalah seramai 822 orang.

Bagi ahli farmasi, sektor swasta menunjukkan statistic yang lebih ramai iaitu 4847 orang berbanding jumlah semua seramai 7096 orang petugas. Walaupun kita dapati pada hari ini banyak klinik-klinik dan hospital swasta yang ditubuhkan namun doktor kerajaan masih ramai jika dibandingkan dengan doktor swasta iaitu seramai 10735 orang berbanding dengan sektor swasta yang berkurangan sebanyak 2222 orang petugas.

Doktor gigi pula menunjukkan bahawa petugas di sektor swasta adalah lebih ramai berbanding dengan petugas di sektor kerajaan iaitu berbeza seramai 1892 orang daripada doktor gigi swasta seramai 3347 orang dalam tahun tersebut.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Laporan Kementerian Kesihatan, 2005 )



0 comments:

Post a Comment