Monday, August 2, 2010

Betul Kew Tgn Wanita Lebih Byk Kuman Berbanding Lelaki?

Salam semua..

Haa..Isu ini agak panas sikit. Betul ke tangan wanita lebih banyak kuman berbanding lelaki? Errmm..Satu persoalan yang menarik sebenarnya. Mungkin betul mungkin tidak. Namun, perkara ini telah dibuat kajian oleh Asisten Profesor Rob Knight dari Universty of Pennsylvania. Nak tahu lebih lanjut? Jom Layan…

Dalam tubuh manusia sesungguhnya terdapat pelbagai bakteria yang bersarang, entah itu bakteria jahat ataupun bakteria baik. Tetapi tahukah anda, ternyata wanita lebih banyak menyimpan bakteria berbanding lelaki, terutama pada sekitar sekitar tangan.

Asisten Profesor Rob Knight dari Universty of Pennsylvania mengungkapkan, sudah menjadi hal yang lumrah jika bakteria hinggap di dalam setiap individu. Namun dari semua spesies bakteria yang dia pengesanan, para peneliti sangat terkejut jika sebahagian besar bakteria bersarang di sekitar tangan. Dan ternyata wanita lebih banyak mempunyai bakteria yang dipilih berbanding dengan lelaki.

“Daripada beberapa nombor spesis bakteria yang dikenal pasti, kami terkejut sebahagian besar berada di sekitar tangan. Setakat ini tangan wanita yang paling banyak terdapat bakteria,” ucap Noah Fierer, salah seorang penyelidik dari Jabatan Ekologi dan Evolutionar Biologi Colorado University.

Meski pun penelitian ini masih belum terus dikembangkan, penyelidik yakin perbezaan kulit antara wanita dan lelaki berbeza jauh, apalagi kulit wanita jauh lebih sensitif. Pengeluaran minyak dalam tangan dan kelembapan yang berbeza menjadi faktor utama kulit wanita lebih disukai bakteria. Apalagi pengguna kosmetik, serta pengeluaran hormon berlebih juga turut berperanan.

“Bakteria juga makin subur hidup di bawah permukaan kulit wanita jika mereka tidak membiasakan cuci tangan,” kata Robert Knight. Sampel daripada kajian ini mereka turun dari 5 kampus berbeza. Terdapat 102 pasang tangan daripada mahasiswa tersebut yang di teliti. Mereka pun berjaya mengenalpasti 150 spesis bakteria di tangan. Dan bakteria tersebut lebih banyak berada pada wanita berbanding dengan lelaki.

Haa..apa pendapat anda? Anda setuju dengan artikel di atas?

(artikel ini sy dpt dari blog org laen...just hanya nak berkongsi - minta halal ye!-)

0 comments:

Post a Comment