Tuesday, August 24, 2010

Mahsuri (sinopsis)

Di sebuah kg. (Kg. Mawat). Watak bapa (Pandak Mayah), ibu (Mak Andak Along) & anak perempuan (Mek Yah). Keluarga miskin, menjalankan kegiatan pertanian. Mahsuri dilahirkan.

Zaman Perawan Mahsuri

· Gadis yang paling tercantik di Langkawi.

· Telah menarik minat pembesar Langkawi ( Dato Seri Kama Jaya) & ingin memperisterikan Mahsuri (isteri ke-2) tetapi dihalang/ ditolak oleh isterinya (Mahura), seorang yang pintar, berpengaruh besar di Langkawi & banyak membantu suaminya dalam pentadbiran Langkawi, & Dato Seri Kama Jaya terpaksa akur.

Tragedi Mahsuri

· Bagi menyelesaikan masalah, Mahura telah mengahwinkan anaknya (Wan Mat Deris) dengan Mahsuri dan mereka tinggal bersama dengan keluarga Pandak Mayah. Hasil perkahwinan, Wan Mat Deris & Mahsuri dikurniakan anak lelaki (Wan Mat Arus).

· Datang pemuda miskin/perantau dari Melaka/Sumatera (Deramang) pandai dalam membaca hikayat dan syair. Pandak Maya selalu meminta Deramang membacakan hikayat dan syair di rumahnya pada waktu malam. Mahsuri juga merupakan peminat setia Deramang.

· Mahura yang dengki dengan kepopularan Mahsuri & bimbang suaminya masih menyimpan hasrat terhadap Mahsuri telah membuat tuduhan/fitnah ke atas Mahsuri dengan alasan Mahsuri & Deramang mempunyai hubungan sulit dan bukti cincin dipakai Deramang, berlaku ketika Wan Mat Deris berdagang ke Siam.

· Maka oleh itu, tanpa usul periksa Dato Seri Kama Jaya telah menjatuhkan hukuman bunuh tanpa merujuk kepada Sultan Kedah. Mahsuri dibawa ke Padang Hangus & diikat di pokok asam jawa, Diperintahkan bunuh Mahsuri dengan rejaman tombak tetapi aneh tombak tidak lut ke tubuh Mahsuri. Mahsuri memberitahu rahsia kekebalannya iaitu tombaknya sendiri yang mampu menembusi tubuhnya. Apabila menggunakan tombak tersebut, darah putih terpancut keluar. Mahsuri mati.

Kesan Tragedi Mahsuri

· Namun sebelum itu, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi tidak akan aman & makmur selama 7 keturunan. Selepas itu, Langkawi diserang askar Siam, Dato Seri Kama Jaya & Mahura mati. Ramai masyarakat Langkawi di serang dan di tawan serta dijadikan hamba.

*ini adalah tajuk kami (ahli kumpulan) utk xsigment Pergerakan Kreatif Teater di mana kami perlu berlakon dan mewujudkan pergerakan kreatif. Susahnyer nak buat sume ini. Oleh demikian, kami telah memegang satu tema dalam cerita Mahsuri ini iaitu 'Cemburu'. bagaimanakah kami mengolah cerita menjadi bab2 pendek dan pergerakan nanti. Hurm !!!!! agak mencabar di situ. MINTA DIPERMUDAHKAN urusan dan kerja kami nanti ~~~*

0 comments:

Post a Comment